Universiti Malaysia Kelantan

universiti awam di Malaysia

Universiti Malaysia Kelantan (singkatan: UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan universiti awam (UA) yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai sembilan buah fakulti dan empat pusat tanggungjawab.

Universiti Malaysia Kelantan
اونيۏرسيتي مليسيا كلنتن
MotoEntrepreneurship is Our Thrust
JenisAwam
Ditubuhkan pada2007
PengarahDato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
CanselorSultan Muhammad V, Sultan Kelantan
Naib CanselorProf. Dato’ Dr. Razli bin Che Razak[1]
Pro-Canselor
  1. Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  2. Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan
  3. Tan Sri Dato' Dr. Asiah binti Abu Samah
Pelajar9000+
Lokasi,
06°09′52″N, 102°16!59!E′{{{7}}}″{{{8}}}
KampusBachok (Induk), Pengkalan Chepa, Jeli
Laman sesawanghttp://www.umk.edu.my
Universiti Malaysia Kelantan

UMK mempunyai 3 buah kampus utama iaitu kampus kota yang terletak di Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli.

Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.

Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai naib canselor pada 31 Disember 2011 dan digantikan dengan Prof Datuk Dr. Raduan bin Che Rose yang merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.

UMK yang dikategorikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti berfokus. Dengan moto 'Keusahawanan ialah Teras Kami', universiti ini menekankan ilmu keusahawanan dalam kalangan mahasiswanya tanpa mengira disiplin ilmu dan bidang.

Kampus sunting

  • Kampus Induk, Bachok
  • Kampus Kota, Pengkalan Chepa
  • Kampus Jeli

Fakulti sunting

  • Kampus Jeli
    • Fakulti Industri Asas Tani (FIAT)
    • Fakulti Sains Bumi (FSB)
    • Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT)
  • Kampus Pengkalan Chepa
    • Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP)
    • Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
    • Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK)
  • Kampus Bachok


Pusat Tanggungjawab sunting

  • Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPS)
  • Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE)
  • Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB)
  • Jabatan Data Sains (JDS)

Institut dan Pusat Kecemerlangan (COE) sunting

  • Insititut Penyelidikan Makanan dan Pertanian Lestari (IFFSA
  • Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG)
  • Insititut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK)
  • Pusat Penyelidikan Keusahawan dan Inovasi Global (GERIC)
  • Institut Keusahawanan UMK (UMKEI)

Program Pra-Siswazah sunting

  • Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
    • Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian (2u2i)
    • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik
    • Sarjana Muda Keusahawan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian
  • Fakulti Perubatan Veterinar
    • Doktor Perubatan Veterinar
  • Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
    • Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kesejahteraan) dengan Kepujian
  • Jabatan Data Sains
    • Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
  • Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
    • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
      • Elektif Rekabentuk Komunikasi Visual
      • Elektif Rekabentuk Perindustrian
      • Elektif Pengajian Skrin
      • Elektif Tekstil Fesyen
      • Elektif Multimedia
      • Elektif SeniHalus
      • Elektif Animasi
    • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
      • Elektif Konservasi Warisan
      • Elektif Kesusasteraan Warisan
      • Elektif Seni Persembahan
      • Elektif Warisan Budaya
  • Fakulti Seni Bina dan Ekistik
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan Kepujian
  • Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah
    • Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris (Kepujian)
    • Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian)
  • Fakulti Industri Asas Tani
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Jaminan Makanan) dengan Kepujian
  •   Fakulti Sains Bumi
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian
  • Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) dengan Kepujian

Lirik Lagu Rasmi UMK sunting

Sebagai sebuah universiti awam, UMK turut mempunyai sebuah lagu rasmi bernama Terbilang UMK gubahan lagu oleh Ariffin bin Pawanchik dan lirik oleh Marwan bin Ismail.


Biru, Jingga Dan Merah Warnanya

Semangat Sumpah Setia

Inovasi Integriti

Ilmu Di Terokai

Warisan Budaya Sumber Asli

Keusahawanan Teras Kami

Kekayaan Akal Dan Budi

Mendidik Insan Yang Sejati

Merintis Perubahan Terkini

Demi Mu Yang Maha Pencipta

Merealisasi Mimpi Menjadi Realiti

Demi Negara Yang Tercinta

Relevan Unik Dan Berbeza

Menjana Peradaban Bangsa

Janji Kami Pada Semua

Taburi Jasa Di Mana Jua

Universiti Malaysia Kelantan

Terbilang UMK!

Pakaian Konvokesyen sunting

Sebagai sebuah universiti, UMK akan menjalankan istiadat konvokesyen sekurang kurangnya sekali setahun. Sekarang, UMK telah dilengkapi dengan Dewan Tuanku Canselor di Kampus Bachok dan kebiasaanya majlis tersebut dilakukan disini. Untuk rekod, UMK juga pernah menjalankan istiadat konvokesyen di Dewan Keusahawan di Kampus Pengakalan Chepa dan Dewan Hotel Perdana, Kota Bharu.

Bidang Pengajian Jenis Pakaian Konvokesyen
i.    Ijazah Doktor Falsafah Jubah, Bonet & Hood
ii.   Ijazah Sarjana Jubah, Mortar Board & Hood (berjalur emas)
iii.  Ijazah Sarjana Muda Jubah, Mortar Board & Hood
Fakulti Warna Hood
Ijazah Sarjana Muda Sarjana Doktor Falsafah
FIAT Hijau Kepala Itik Warna yang sama dengan

hood Ijazah Sarjana Muda

tetapi ditambah dengan jalur

berwarna emas

Baldu biru ditambah

dengan jalur

berwarna emas

FSB Coklat
FKP Maroon
FTKW Ungu
FPV Merah
FHPK Putih
FBKT Kelabu
FBI Biru turqoise
MGSEB - Kuning emas ditambah

dengan jalur berwarna emas

-


Fasiliti Universiti sunting

Kolej Kediaman di Kampus Jeli, Kampus Pengkalan Chepa dan Kampus Bachok sunting

  1. Pusat Islam di Kampus Jeli dan Kampus Bachok
  2. Pusat Pengurusan Ilmu di Kampus Jeli dan Kampus Pengkalan Chepa.
  3. Dewan Agung Tuanku Canselor, Kampus Bachok
  4. Dewan Keusahawan, Kampus Kota
  5. Dewan Besar UMK, Kampus Jeli
  6. Agro-Park di UMK Kampus Jeli
  7. Pusat Kesihatan Universiti di Kampus Jeli dan Kampus Bachok
  8. Kemudahan Sukan:
    • Padang Bola Sepak
    • Gelanggang Petanque
    • Gelanggang Tenis
    • Gelanggang Bola Keranjang
    • Gelanggang Bola Jaring
    • Gelanggang Bola Tampar
    • Gelanggang Sepak Takraw
    • Gelanggang Futsal
    • Gelanggang Skuasy
    • Meja Ping Pong
    • Sukan Memanah
    • Gym Outdoor (UMK Bachok dan UMK Kampus Jeli)
    • Gym Indoor (UMK Kampus Kota)
  9. Ruang Aktiviti:
    • Llamar (UMK Kampus Kota)
    • Laman siswa (UMK Kampus Kota)
    • Laman Monsun (UMK Bachok)
    • Laman Kemarau (UMK Bachok)
    • Dewan Serbaguna (UMK Kampus Jeli)
    • Dewan Keusahawanan (UMK Kampus Kota)
    • Dewan Eksperimental (UMK Kampus Kota)
    • Tamu Waris (UMK Bachok)
    • Teniat (UMK Bachok)
    • Bilik Aktiviti Pelajar (Pejabat HEPA UMK Bachok)

Naib Canselor sunting

  1. Prof. Emeritus Dato' Ir. Dr. Zainai bin Mohamed (2008-2011)
  2. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose (2012-2014)
  3. Prof. Dato' Dr. Mortaza bin Mohamed (2015-2017)
  4. Prof. Dato' Dr. Husaini bin Omar (2018-2019)
  5. Prof. Dato' Ts. Dr. Azizi bin Ismail (2019-2021)
  6. Prof. Dato' Dr. Razli bin Che Razak (2022-kini)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting