Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

universiti awam di Malaysia
(Dilencongkan dari Universiti Malaysia Pahang)

Koordinat: 3°32′35″N 103°26′10″E / 3.54306°N 103.43611°E / 3.54306; 103.43611

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (singkatan UMPSA, sebelum ini Universiti Malaysia Pahang atau UMP) ialah salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Dahulunya universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).

Universiti Malaysia Pahang
Nama lama
Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM)
MotoEngineering, Technology, Creativity
JenisUniversiti Awam
Ditubuhkan pada16 Februari 2002
CanselorAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Naib CanselorProfesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin[1]
Staf akademik
Tujuh
Pelajar6000+
Lokasi, ,
KampusGambang, Kuantan (kampus kedua) dan Pekan (kampus tetap)
Nama samaranUMP
PenggabunganASAIHL
Laman sesawanghttp://www.ump.edu.my/

UMP telah ditukar nama kepada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah atau UMPSA pada 30 Julai 2023[2].

Sejarah sunting

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM. KUKTEM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-16 yang diwartakan pada 16 Februari 2002 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Atas arahan Kementerian Pendidikan, kampus UTM-KCP telah diambil alih dan dijadikan kampus sementara KUKTEM pada 1 Mei 2002 dan memulakan Sesi Akademik 2002/2003 dengan mengambil seramai 307 orang pelajar pada 30 Mei 2002.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.

Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Walaupun telah bertukar nama, bidang fokus utama universiti dan program pengajian serta enrolmen tidak berubah mengikut matlamat tujuan penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pelajar. UMP turut mengekalkan bidang-bidang yang difokuskan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .

Lembaga Pengarah sunting

Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang terdiri daripada

Pengerusi: Y.H. Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman
Ahli-ahli Lembaga Pengarah:
  • Y.H. Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin
  • Y.H Dato' Sri Abdul Aziz bin Abdul Rahman
  • Y.Bhg. Datuk Aishah binti Shaikh Ahmad
  • Y.Bhg. Puan Sri Datin Sri Dato' Rohani binti Abdullah
  • Y.Bhg. Dato' Haji Maliami bin Hamad
  • Y.Bhg. Datuk Aminar Rashid bin Salleh
  • Y.Brs. Encik Ahmad Rahimi bin Abdul Samad
  • Y.Brs. Tuan Syed Mohamad Hamzah Al-Junid bin Syed Abdul Rahman
  • Y.Brs. Dato' Ustaz Dr Haji Umrah Muhammad Sheikh Iqmal Allif bin Hj Ibrahim
Setiausaha: Y.Brs. Tuan Haji Mustafa bin Ibrahim

Fakulti sunting

  1. Fakulti Sains dan Teknologi Industri
  2. Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  3. Fakulti Komputeran (FK)
  4. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  5. Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
  6. Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam
  7. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
  8. Fakulti Pengurusan Industri
  9. Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Persatuan Fakulti sunting

Persatuan Fakulti di Universiti Malaysia Pahang merupakan antara barisan kepimpinan mahasiswa yang paling berpengaruh di dalam Universiti. Kewujudan Persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan dan merangka halatuju fakulti serta universiti.

Setiap Persatuan fakulti ini akan diketuai oleh seorang Presiden yang mana akan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menilai serta memantau apa sahaja tindakan yang dilaksanakan oleh pihak Universiti serta barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi memastikan apa sahaja keputusan yang diambil memenuhi kehendak dan aspirasi pelajar.

Persatuan Fakulti yang wujud di Universiti Malaysia Pahang adalah seperti berikut.

  • Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal (MECHAPRO)
  • Persatuan Mahasiswa Sains dan Teknologi Industri (SCITEXS)
  • Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (CIVER)
  • Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (EEES)
  • Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (CHEST)
  • Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Pembuatan (SMACH)
  • Persatuan Mahasiswa Pengurusan Teknologi (IMPROSH)
  • Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan komputer dan Sistem Perisian (PETAKOM)

Pusat Kecemerlangan sunting

  1. Pusat Pengajian Bahasa Moden & Sains Manusia
  2. Pusat Pengurusan Teknologi

Kemudahan sunting

Terdapat kemudahan-kemudahan yang disediakan di UMP termasuk:

  • Bilik asrama
    • Bilik asrama di UMP dikenali sebagai Kolej Kediaman. Secara terkini, bilik asrama di UMP dibahagikan kepada 5:
      • Kolej Kediaman Pelajar 1(KK 1) - Bilik asrama untuk mahasiswa lelaki. Mengandungi 6 blok, setiap blok mempunyai 5 tingkat, 12 bilik, 2 bilik belajar, dan bilik air. 4 pelajar diperuntukkan untuk setiap bilik. Untuk blok C9 , dua tingkat atas di khas kepada pelajar antarabangsa yang belajar di UMP. Bermula tahun 2009, sebanyak 4 blok telah dijadikan blok wanita. iaitu blok C12 sehingga blok C15.
      • Kolej Kediaman Pelajar 2(KK 2) - Kompleks bilik asrama baru yang kelihatan seperti rumah teres. Kompleks bilik asrama ini diberi nama Kompleks Kediaman Gambang Perdana. Setiap rumah memiliki 4 bilik dan boleh dimuatkan sama ada 7 atau 8 orang pelajar. Ia hanya diperuntukkan untuk pelajar lelaki sahaja. Bagi blok B sehingga blok L, pelajar tahun 1 di tempatkan disini manakala selebihnya untuk pelajar tahun 2 dan ke atas.
      • Kolej Kediaman Pelajar 3(KK 3) - Bilik asrama untuk mahasiswa perempuan. Semua mahasiswa perempuan dari tahun 1 hingga tahun akhir ditempatkan di KK 3 Mengandungi 8 blok, setiap blok mempunyai 5 tingkat, 12 bilik, 2 bilik belajar, dan bilik air. 4 pelajar diperuntukkan untuk setiap bilik.
      • Kolej Kediaman Pelajar 4(KK 4) - Bilik asrama untuk mahasiswa lelaki. Mengandungi 2 blok.
      • Kolej Kediaman Pelajar 5 (KK 5) - Telah siap sepenuhnya pada sesi kemasukkan 2010/2011. Terdapat 9 blok. Keutamaan untuk pelajar duduk disini adalah untuk pelajar tahun satu. Terdiri daripada 4 aras, setiap aras mengandungi 8 unit kediaman yang masing masing memiliki 4 bilik. Setiap bilik hanya terhad kepada 2 orang sahaja. Setiap bilik disediakan 2 port internet dan pihak kolej kediaman memberi pinjaman kabel internet untuk digunakan oleh pelajar.
  • Kemudahan Internet
    • UMP merupakan universiti pertama di Asia Pasifik yang mempunyai sambungan akses Internet kepada pelajar[perlu rujukan]. Hampir semua kawasan di kampus Gambang mempunyai kemudahan Wi-Fi, untuk pelajar dan kakitangan. Tambahan pula, di sini mempunyai pelabuhan LAN kepada pelajar mengakses Internet melalui kabel LAN di lokasi yang strategik seperti perpustakaan. Selain itu, setiap asrama kini dilengkapi dengan kemudahan LAN. Sebanyak satu port LAN disediakan untuk setiap bilik di KK 1 dan KK 3 manakala dua port untuk setiap rumah bagi KK 2.
    • ISP utama Malaysia (Internet Service Provider), TMNET, juga memberikan perkhidmatan sambungan akses Internet (mengikut caj bulanan) secara berseorangan yang mahukan sambungan Internet yang lebih efisen di kampus. Ia dikenali sebagai TMNET Hotspot, yang menawarkan sambungan akses Internet berkelajuan tinggi di kawasan tertentu di kampus yang mengenakan caj RM19.00 sebulan.
  • Perpustakaan
  • Dewan Kuliah/Bilik
  • Makmal (mengikut keperluan fakulti)
  • Makmal mempunyai kelengkapan baru
  • Kafeteria
  • Koperasi
  • Mesin Juruwang Automatik (ATM) - daripada Bank Islam, Maybank, Bank Muammalat dan CIMB
  • Mesin Deposit Tunai (CDM)
  • Kemudahan Sukan - padang, gim, gelanggang bola keranjang, gelanggang tenis dan lain-lain.
  • Masjid
  • Bilik TV untuk setiap Kolej Kediaman.

Kampus Tetap sunting

Lokasi kampus tetap UMP terletak kira-kira empat kilometer dari Kuala Pahang, 7 kilometer dari Bandar Pekan dan 40 kilometer dari Bandar Kuantan. Kedudukannya yang bersebelahan dengan Lagenda Golf Country Club merupakan lokasi yang sesuai dalam suasana santai di pesisir pantai.

Cadangan pembangunannya di atas tanah yang berkeluasan 745 ekar dilakukan secara dua fasa. Kampus tetap UMP dijangka siap pada tahun 2012.

Pada sesi pembelajaran 2009/2010, dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah memulakan pembelajarannya di kampus tetap ini pada minggu ketiga semester. Pembangunan bagi asrama dan bangunan yang lain masih didalam perancangan dan pembangunan. Kolej kediaman pelajar telah siap pada sesi kemasukkan 2010/2011 dan menempatkan hampir kesemua pelajar tahun akhir dan sedikit pelajar tahun 3 daripada dua fakulti iaitu mekanikal serta elektrik dan elektronik. Kolej kediaman ini berkapasiti sebanyak 648 orang pelajar. Pembinaan bagi asrama untuk 1400 orang pelajar giat dijalankan selain daripada bangunan bangunana lain seperti bangunan fakulti pembuatan, fakulti sains komputer, perpustakaan dan bangunan pentadbiran lain.

Di dalam Media sunting

Drama Namaku Bedah (2017) telah menjalani pengambaraannya disini.

Teknologi pendidikan sunting

Sejak 2003, UMP telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka yang diberi nama e-Community.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ [1]
  2. ^ YUSOF, NORAWAZNI (2023-07-30). "UMP kini dikenali sebagai UMPSA". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-19.
  3. ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.

Pautan luar sunting