Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

sebuah universiti awam yang terletak di dalam negeri Johor, Malaysia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (singkatan: UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September 2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang Kejuruteraan elektrik dan elektronik, Kejuruteraan awam dan alam sekitar,Kejuruteraan mekanikal dan pembuatan,Pengurusan teknologi,Perniagaan dan keusahawanan, Sains komputer dan Teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional. Universiti ini juga adalah salah satu daripada Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) .

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Motto Dengan Hikmah Kita Meneroka
Penubuhan 1993
Jenis Universiti Awam (IPTA)
Canselor DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor
Pro Canselor
  1. YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim
    Tunku Temenggong Johor
  2. Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani
    Setiausaha Kerajaan Johor
Pengerusi LPU YBhg. Dato’ Sri Ibrahim Ahmad [1]
Naib Canselor YB Professor Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim[2]
Bandar Batu Pahat, Johor
Negara Malaysia
Kampus Kampus Bandar Parit Raja,Batu Pahat,

Luar Bandar Pagoh

Pelajar 19 421 (28/02/2022)
Laman Sesawang http://www.uthm.edu.my

Sejarah sunting

Penubuhan sunting

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyumbang kepada perkembangan yang berteraskan sains dan teknologi dan bertindak sebagai nadi penggerak dalam membantu merealisasikan peranan negara serta kepercayaan oleh kerajaan, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju menaiktaraf ITTHO kepada sebuah Universiti di bawah Akta 30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO). Pengumuman bersejarah ini telah dibuat oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia pada 30 September 2000.

Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.[3]

Perubahan Nama sunting

  • Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) - 1993
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO)- 1996
  • Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)- 2000
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)- 2007

Peneraju sunting

Pendaftar sunting

Nama Pendaftar Tahun Berkhidmat
Encik Naim bin Maslan 2023 hingga kini
Encik Abdul Halim bin Abdul Rahman 2014 hingga 2023
Tuan Haji Sulam bin Hamid 2006 hingga 2014
Encik Abdul Halim bin Abdul Rahman 2005 hingga 2006
YBhg. Datuk Shuib bin Md. Yusop 2002 hingga 2005
Encik Misman bin Hj. Ramly 2001 hingga 2002
YBhg. Datuk Hasan bin Sirun 1997 hingga 2001

Siswazah-siswazah Kehormat UTHM sunting

Konvokesyen Kali Ke Penerima Ijazah Kehormat
18 (Tahun 2018) YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Jamilus Md Hussein Ijazah Kehormat Doktor Falsafah(Kejuruteraan Teknologi)
17 (Tahun 2017) YBhg. Dr. Mazlan bin Abas Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kejuruteraan Elektrik)
16 (Tahun 2016) YBhg. Dr. H. Syahrul Yasin Limpo, SH., MSi. MH. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti )
15 (Tahun 2015) YBhg. Prof. Datuk Ir. Adanan bin Mohamed Hussain Ijazah Kehormat Doktor Falsafah(Kejuruteraan Teknologi)
15 (Tahun 2015) YBhg. Prof. Dr Josu Takala Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
15 (Tahun 2015) Yang Berhormat Dato' Haji Noh bin Gadot Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains(Pembangunan Insan)
14 (Tahun 2014) YBhg. Prof. Emeritus Dr. Koichi Niihara Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal)
14 (Tahun 2014) YBhg. Prof. Dr. Georg Spottl Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal dan Vokasional)
14 (Tahun 2014) YBhg. Prof. Datuk Mohmed Misbun b. Dato' Hj. Sidek Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains(Pembangunan Insan)
13 (Tahun 2013) Baginda Sri Sultan Hamengkubuwono X Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti)
12 (Tahun 2012) Tiada Penerima Tiada
11 (Tahun 2011) YBhg. Datuk K.Y Mustafa Ijazah Kehormat Sarjana (Pengurusan Teknologi)
10 (Tahun 2010) YBhg. Tan Sri Musa bin Tan Sri Hj. Hassan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
10 (Tahun 2010) YBhg. Dato' Hj. Imran bin Idris Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
9 (Tahun 2010) YAB Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
8 (Tahun 2009) YBhg. Dato' Ir. Wahab bin Suhaili Ijazah Kehormat Sarjana Kejuruteraan Awam
7 (Tahun 2008) Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan)
6 (Tahun 2007) YBhg. Tan Sri Dato' Muhammad Ali bin Hashim Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
6 (Tahun 2007) YBhg. Dato' Dr. Ahamad bin Sipon Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
5 (Tahun 2006) YBhg. Tan Sri Dato' Ainuddin bin Abdul Wahid Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
4 (Tahun 2005) YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
3 (Tahun 2004) YBhg. Tan Sri Dato' Musa bin Mohamad Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
3 (Tahun 2004) YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin bin Idrus Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Teknologi Kejuruteraan)
3 (Tahun 2004) YBhg. Dato' Seri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
2 (Tahun 2003) YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Hj. Zaini bin Omar Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kejuruteraan)
2 (Tahun 2003) YBhg. Tan Sri Nuraizah binti Abdul Hamid Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
1 (Tahun 2002) Tiada Penerima Tiada

Penerima Gelaran Profesor Emeritus sunting

Tahun Terima Penerima
2018 YBhg. Profesor Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim
2018 YBhg. Profesor Dr. Hashim bin Saim
2016 YBhg. Profesor Datin Dr. Maryati Mohamed
2016 YBhg. Profesor Dr. Jailani Md. Yunos
2013 YBhg. Profesor Emeritus Dato Dr. Hj. Ismail bin Hj. Bakar
2012 YBhg. Profesor Emeritus Ir. Mohammad Zainal bin Md. Yusof
2011 YBhg. Profesor Emeritus Ir Dr. Zainal Abidin bin Ahmad

Fakulti dan Pusat Pengajian Akademik di UTHM sunting

  • Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina(FKAAB)
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan(FKMP)
  • Fakulti Pegurusan Teknologi dan Perniagaan(FPTP)
  • Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional(FPTV)
  • Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat(FSKTM)
  • Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST)
  • Fakulti Teknologi Kejuruteraan(FTK)
  • Pusat Pengajian Siswazah
  • Pusat Pengajian Diploma
  • Pusat Pendidikan Berterusan

Program sunting

Senarai program yang ditawarkan di UTHM:[4]

Program Diploma sunting

Pengajian diploma ditawarkan kepada mana-mana pemohon yang mempunyai kelayakan SPM/SPMV dan setaraf.

Senarai program diploma yang ditawarkan oleh UTHM:[5]

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia
  • Diploma Sains Gunaan
  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Teknologi Animasi

Program Sarjana Muda sunting

Pengajian sarjana muda ditawarkan kepada mana-mana pemohon yang mempunyai kelayakan STPM / Matrik / Asasi/ STAM / Diploma/ Setaraf.

Senarai program sarjana muda yang ditawarkan oleh UTHM:[6]

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Seni Bina dengan Kepujian


Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) dengan kepujian


Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang) dengan Kepujian


Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengeluaran & Operasi) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah Dengan Kepujian


Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

  • Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional
  • Elektif
    • Automotif
    • Amalan Bengkel dan Pemesinan
    • Kimpalan dan Fabrikasi Logam
    • Kemahiran Hidup
    • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    • Binaan Bangunan
    • Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Maklumat) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Web) dengan Kepujian


Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

  • Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian


Fakulti Teknologi Kejuruteraan

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam(Perkhidmatan Bangunan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam(Alam Sekitar) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam(Pembinaan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Tekstil dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Automasi Industri dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komunikasi dan Komputer dengan Kepujian

Program Pasca Ijazah sunting

Pengajian pasca ijazah ditawarkan kepada mana-mana pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan mereka yang mempunyai pengalaman kerja yang luas.


Senarai program pasca ijazah yang ditawarkan oleh UTHM:[7]


Ijazah Sarjana Secara Kerja Kursus Sepenuh Masa Sahaja

  • Sarjana Kejuruteraan Awam
  • Sarjana Kejuruteraan Elektrik
  • Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
  • Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional
  • Sarjana Pendidikan Teknikal ( Kejuruteraan Awam)
  • Sarjana Pendidikan Teknikal ( Kejuruteraan Elektrik)
  • Sarjana Pendidikan Teknikal ( Kejuruteraan Mekanikal)
  • Sarjana Pendidikan Teknikal ( Reka bentuk Instruksional dan Teknologi)
  • Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan
  • Sarjana Sains Kejuruteraan Nuklear


Ijazah Sarjana Secara Penyelidikan Sepenuh Masa Atau Separuh Masa

  • Sarjana Kejuruteraan Awam
  • Sarjana Kejuruteraan Elektrik
  • Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
  • Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
  • Sarjana Sains Pengurusan Teknoogi
  • Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti
  • Sarjana Teknologi Maklumat
  • Sarjana Sains


Ijazah Sarjana Secara Mod Campuran

  • Sarjana Sains Komputer (Keselamatan Maklumat)
  • Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • Sarjana Sains Komputer (Teknologi Web)
  • Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeran Lembut)
  • Sarjana Sains Kejuruteraan Pengangkutan Rel


Doktor Falsafah Secara Penyelidikan Sepenuh Masa Atau Sepenuh Masa

  • Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam
  • Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik
  • Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal
  • Doktor Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional
  • Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi
  • Doktor Falsafah Pengurusan Harta Tanah Dan Fasiliti
  • Doktor Falsafah Teknologi Maklumat
  • Doktor Falsafah Sains

Program Pesisir sunting

Program-program pengajian UTHM yang dijalankan ditempat lain samada melalui mod separuh masa atau sepenuh masa. Buat masa ini CEC hanya menawarkan program pengajian diperingkat pengajian siswazah iaitu peringkat Sarjana secara separuh masa.


Senarai program pesisir yang ditawarkan oleh UTHM:[8]

  • Sarjana Kejuruteraan Awam
  • Sarjana Kejuruteraan Elektrik
  • Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
  • Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
  • Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam)
  • Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik)
  • Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional Dan Teknologi)


Pusat-Pusat Pembelajaran

  • Arau
  • Bangi
  • Beranang
  • Dungun
  • Ipoh
  • Jitra
  • Kemaman
  • Kota Kinabalu
  • Kuantan
  • Kuching
  • Ledang
  • Melaka Tengah
  • Temerloh
  • UTHM

Kursus Eksekutif sunting

Program Diploma/Diploma lanjutan secara sepenuh atau separuh masa dalam tempoh melebihi 6 bulan atau melebihi 150 jam kredit.

Senarai kursus eksekutif yang ditawarkan oleh UTHM:[9]

  • Diploma Eksekutif Bahasa Inggeris untuk Kemahiran Professional
  • Diploma Eksekutif Teknologi Pembuatan
  • Diploma Eksekutif Instruktor Latihan bagi Industri
  • Diploma Eksekutif Kejuruteraan Elektronik Perubatan
  • Diploma Eksekutif Teknologi Mikroelektronik
  • Diploma Eksekutif Rangkaian Komputer & Aplikasi
  • Diploma Eksekutif Automasi Industri
  • Diploma Eksekutif Kejuruteraan Perpaipan bagi Logi Pemprosesan
  • Diploma Eksekutif Sistem Pembuatan
  • Diploma Eksekutif Pengurusan Operasi Industri
  • Diploma Eksekutif Rekabentuk Produk Kejuruteraan
  • Diploma Eksekutif Perkhidmatan Bangunan (Mekanikal & Elektrikal)
  • Diploma Eksekutif Teknologi Pembinaan Bangunan
  • Diploma Eksekutif Pengurusan Projek landskap
  • Diploma Eksekutif Projek Kejuruteraan
  • Diploma Eksekutif Rekabentuk & Teknologi Pembuatan Perabot
  • Diploma Eksekutif Pembinaan & Selengaraan Jalanraya
  • Diploma Eksekutif Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan
  • Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan & Keusahawanan
  • Diploma Eksekutif Pengurusan Fasiliti
  • Diploma Eksekutif Kimpalan & Ujian Tanpa Musnah
  • Diploma Eksekutif Pengurusan Teknologi (Operasi Logistik)
  • Diploma Eksekutif Pengurusan Teknologi (Pengurusan Operasi)
  • Diploma Eksekutif / Sijil Eksekutif (Modul INSEP)

Kursus Jangka Pendek sunting

Kursus pendek ini tertumpu pada kekuatan, kelemahan dan memberi peluang kepada mereka yang menginginkan peningkatan prestasi dalam diri mereka sendiri dibidang yang mereka ceburi.

Kemudahan Kampus sunting

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di UTHM adalah:[10]

Kolej kediaman sunting

Di UTHM, asrama tempat tinggal bagi siswa serta siswi dipanggil "kolej kediaman" (KK). Istilah ini mula digunakan selepas institut ini mendapat gelaran universiti, istilah lamanya adalah "desasiswa". Kolej kediaman ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, dalam kampus (bagi pelajar kejuruteraan) dan luar kampus (selalunya bagi pelajar di kampus bandar serta PALAPES).[11]

Perjanjian menduduki kolej kediaman sunting

Setiap pelajar yang memasuki institut ini akan diberikan tempat tinggal di kolej kediaman tertentu di mana tempat menetap tersebut ditentukan oleh Universiti, pelajar tidak dibenarkan memilih tempat tinggal pada awal kemasukan mereka. Pelajar akan duduk menetap di Kolej Kediaman yang ditetapkan dalam tempoh dua tahun tanpa membuat rayuan. Namun begitu, mulai kemasukan pelajar baru sesi 2009/2010, pelajar akan tinggal di dalam kolej kediaman untuk tempoh satu tahun sahaja. Tahun berikutnya pelajar perlu sewa di luar. Selepas tempoh tersebut tamat, pelajar yang masih ingin menetap di kolej kediaman dikehendaki membuat rayuan pada Kolej Kediaman yang mereka ingin duduki. Kelayakan menduduki diukur dengan keaktifan pelajar berkenaan dalam aktiviti KK serta aktiviti Universiti selama mereka menduduki KK. Pelajar yang tidak berjaya terpaksa mencari rumah sewa di kawasan berhampiran.

Nama-nama kolej kediaman sunting

  • Dalam kampus
    • KK Tun Dr. Ismail
    • KK Tun Fatimah
    • KK Tun Syed Nasir
  • Luar Kampus
    • KK Bestari
    • KK Perwira

Galeri sunting

Teknologi pendidikan sunting

Sejak 2000, UTHM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran berasaskan teknologi Blackboard Learn.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ Pengurusan tertinggi UTHM
  2. ^ [1]
  3. ^ "Sejarah UTHM" Laman Web Rasmi UTHM
  4. ^ [2]"Kemasukan" Laman Web Rasmi UTHM
  5. ^ "Diploma" Laman Web Rasmi UTHM
  6. ^ "Sarjana Muda" Laman Web Rasmi UTHM/
  7. ^ "Pasca Ijazah" Laman Web Rasmi UTHM
  8. ^ "Program Pesisir" Laman Web Rasmi UTHM
  9. ^ "Kursus Eksekutif" Laman Web Rasmi UTHM
  10. ^ "Kemudahan" Laman Web Rasmi UTHM
  11. ^ "Kolej Kediaman" Laman Web Rasmi UTHM
  12. ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: 1°51′11″N 103°05′11″E / 1.85306°N 103.08639°E / 1.85306; 103.08639