Universiti al-Azhar

Universiti Al-Azhar ([undefined] Error: {{Lang-xx}}: tiada teks (bantuan); /ˈɑːzhɑːr/ AHZ-har) ialah sebuah universiti awam di Kaherah, Mesir. Ia turut merangkumi Masjid Al-Azhar. Ia merupakan universiti tertua yang melahirkan sarjana di Mesir – dan kedua tertua di dunia – dan dikenali sebagai universiti paling unggul bagi pembelajaran Islam.[1][2] Sebagai tambahan, bagi pengajian tinggi, Al-Azhar menyelia sebuah rangkaian sekolah dengan anggaran pelajar seramai dua juta orang.[3] Sehingga tahun 1996, lebih 4,000 pusat pengajian di Mesir membina jaringan dengan universiti ini.[4]

Universiti Al-Azhar
جامعة الأزهر
Game'at Al-ʾAzhar al-Šarīf
Masjid Al-Azhar di Kaherah Mesir
JenisAwam
Ditubuhkan pada970~972 (penubuhan)
1961 (rasmi sebagai universiti)
PresidenSalamah Daud (2022-kini)
Imam BesarAhmad al-Tayib
Lokasi,
Kampuspelbagai kawasan
Laman sesawangwww.azhar.edu.eg

Diasaskan pada 970 atau 972 oleh Khilafah Fatimiyah sebagai sebuah pusat pembelajaran Islam, para penuntutnya mempelajari al-Quran dan perundangan Islam secara terperinci, di samping pengajian mantik, nahu dan bagaimana untuk mengira fasa perubahan bulan. Kini, ia menjadi pusat utama bagi kesusasteraan Arab dan pengajian Islam di dunia.[5] Pada 1961 mata pelajaran tambahan bukan agama telah ditambah dalam kurikulumnya.[6]

Perpustakaannya dianggap kedua terpenting di Mesir selain Perpustakaan dan Arkib Kebangsaan Mesir.[7] Pada Mei 2005, Al-Azhar bekerjasama dengan sebuah perusahaan teknologi maklumat Dubai , Projek Pendidikan IT (ITEP) dilancarkan oleh Mohammed bin Rashid Al Maktoum untuk memelihara naskhah Al Azhar dan menerbitkannya secara dalam talian ("Al-Azhar Online Project") untuk memberi kemudahan penerbitan dalam talian kepada himpunan simpanan manuskrip nadir perpustakaan ini, yang menghimpunkan lebih tujuh juta laman bahan-bahan.[8][9]

Lihat juga sunting

 
Al-Azhar, gambar Masjid lama.
Mesir

Rujukan sunting

  1. ^ Delman, Edward (February 26, 2015). "An Anti-ISIS Summit in Mecca". The Atlantic.
  2. ^ Aishah Ahmad Sabki (2018). Pedagogy in Islamic Education: The Madrasah Context. Emerald Group Publishing. m/s. 16.
  3. ^ Brown, Nathan J. (September 2011). Post-Revolutionary al-Azhar (PDF). Carnegie Endowment for International Peace. m/s. 4. Dicapai pada 4 April 2015.
  4. ^ Roy, Olivier (2004). Globalized Islam: The Search for a New Ummah. Columbia University Press. m/s. 92–93. ISBN 9780231134996. Dicapai pada 4 April 2015. In Egypt the number of teaching institutes dependent on Al-Azhar University increased from 1855 in 1986-7 to 4314 in 1995-6.
  5. ^ "Al-Azhar University". Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2015-08-19.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Encyclopaedia of Islam: al-Azhar, modern period tidak disediakan
  7. ^ Egyptian National Library Publications (dalam bahasa Inggeris). Egyptian National Library Press.
  8. ^ "AME Info, 26 September 2005". AME Info. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2010. Dicapai pada 2010-03-21.
  9. ^ ITEP press release, 10 October 2006

Pautan luar sunting

Koordinat: 30°02′45″N 31°15′45″E / 30.04583°N 31.26250°E / 30.04583; 31.26250