Unsur kala 2 merupakan kala unsur kimia yang terkandung dalam baris kedua (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kala kedua ini mengandungi lebih banyak unsur berbanding kala 1 iaitu sebanyak 8 unsur : litium (Li), berilium (Be), boron (B), karbon (C), nitrogen (N), oksigen (O), fluorin (F) dan neon (Ne). Dari segi penerangan berdasarkan mekanik kuantum bagi struktur atom, kala ini menyerupai pengisian orbital 2s dan 2p. Unsur kala 2 mematuhi hukum oktet di mana mereka memerlukan 8 elektron yang diisi dalam petala valensnya untuk mencapai kestabilan. Jumlah maksimum elektron yang boleh diterima dan diisi dalam semua petala bagi unsur kala ini ialah 10 (1s22s22p6). Situasi ini boleh diterangkan berdasarkan teori moden struktur atom. Semua unsur dalam kumpulan ini mempunyai 2 petala yang berisi elektron.

Unsur kimia dalam kala 2
Kumpulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Nombor atom
Nama
3
Li
4
Be
5
B
6
C
7
N
8
O
9
F
10
Ne
konf.-e-
semua bermula dengan [He}
2s1 2s2 2s22p1 2s22p2 2s22p3 2s22p4 2s22p5 2s22p6



Lihat juga sunting