Upin & Ipin (musim 4)

(Dilencongkan dari Upin & Ipin (Musim ke-4))

Musim keempat Upin & Ipin bermula pada 15 Mac 2010 dengan episod "Juara Kampung (bahagian 1)", selain diperkenalkan mula jenama baru dengan kad tajuk dalam bentuk pensel warna gambar di dalam buku latihan. Asyiela Putri menggantikan Fathiah sebagai pengubah suara Upin & Ipin. Musim ini juga ditaja oleh syarikat TM.[1] Sebelumnya, Asyiela telah menterjemahkan musim ketiga siri Upin & Ipin dalam bahasa Inggeris untuk Disney Channel Asia. Sembilan episod pertama musim keempat ini diputar selama dua musim cuti sekolah pada 2010 sehubungan dengan Piala Thomas dan Piala Dunia. Tayangan ulang episod musim lalu juga disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad, pukul 17.30 hingga Ogos.

Upin & Ipin
Musim 4
Negara asalMalaysia
Bil. episod42
Keluaran
RangkaianTV9
Astro Warna
Tarikh siaran15 Mac (2010-03-15) –
29 Disember 2010 (2010-12-29)
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 3
Selanjutnya →
Musim 5
Senarai episod Upin & Ipin

Selama musim Ramadan (Ogos - September), slot waktu Upin & Ipin berpindah ke setiap hari, jam 7 malam, dengan episod baru. Ini diakhiri dengan maraton selama satu jam yang diisi dengan enam episod baru berjudul "Menjelang Syawal" dan "Bila Besar Nanti". Upin & Ipin menyiarkan kembali tayangan ulang hujung minggu hingga episod baru mengudara setiap Isnin, Selasa, dan Rabu bersamaan dengan cuti sekolah akhir tahun, seperti yang mereka lakukan tahun lalu.

Episod sunting

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Siaran pertama DVD
611"Juara Kampung (bhg 1)"15 Mac 2010Vol. 12
Fizi mengajak Upin dan Ipin untuk menyaksikan Ehsan bermain badminton bersama bapanya di rumah mereka. Bapa Ehsan mengajak Upin cuba bermain, tetapi Upin tidak reti. Sekembalinya di rumah, Upin dan Ipin bertanya jika Opah dan Kak Ros tahu apa-apa mengenai sukan badminton, dan Opah berpesan agar mereka bertanya kepada Tok Dalang. Pada hari keesokannya, Upin dan Ipin meminta Tok Dalang mengajar mereka bermain badminton.
622"Juara Kampung (bhg 2)"16 Mac 2010Vol. 12
Dengan berbekalkan dua batang raket lama dalam simpanannya, Tok Dalang melatih Upin dan Ipin bermain badminton sehingga tulang belakangnya menjadi sengal. Apapun, Upin dan Ipin sudah berupaya bermain badminton dengan sendiri walaupun hanya dilatih dalam separuh hari. Pada hari keesokannya, mereka membawa raket lama berian Tok Dalang untuk mencabar Ehsan. Upin bertanding dengan Ehsan dahulu, tetapi permainan tamat dengan patahnya kepala raket Upin yang melayang hingga terkena kepala Ehsan.
633"Juara Kampung (bhg 3)"17 Mac 2010Vol. 12
Apabila berlari balik ke rumah atas kejadian itu, Upin dan Ipin dikejutkan dengan raket baru sebagai hadiah dari Kak Ros dan Opah. Tok Dalang tidak mengambil hati akan kerosakan raket lamanya. Pada hari keesokannya, Upin dan Ipin melawan Ehsan dan Fizi secara beregu. Perlawanan tamat dengan memihak kepada adik-beradik kembar itu, dengan set bulu tangkis baru sebagai ganjaran.
644"Anak Harimau (bhg 1)"7 Jun 2010Vol. 13
Orang-orang dewasa heboh berborak mengenai Piala Dunia di gerai Muthu, menyambut kedatangan Upin dan Ipin. Apabila ditanya pasukan mana dijangka menjuarai juara, Upin dan Ipin mengejutkan yang lain dengan menjawab Malaysia, walaupun tidak layak sekalipun ke temasya itu sendiri.
655"Anak Harimau (bhg 2)"8 Jun 2010Vol. 13
Cikgu Jasmin mengajar murid-murid yang heboh memperkatakan Piala Dunia, betapa jauh letaknya Afrika Selatan dari Malaysia, tetapi Piala Dunia boleh ditonton melalui kaca TV. Biarpun tidak berjaya meminta izin Kak Ros agar dapat menonton siaran langsung Piala Dunia di malam buta, Upin dan Ipin cuba mengesetkan jam loceng mereka ke pukul dua pagi untuk curi-curi menonton bola, tetapi tidak menjadi akhirnya.
666"Anak Harimau (bhg 3)"9 Jun 2010Vol. 13
Di bilik darjah, Upin dan Ipin melawan Fizi dan Ehsan dengan bermain bola sepak kertas, yang mana keratan kertas dijadikan "pemain" yang dihempap untuk "menendang bola". Pada petang kemudian, Upin dan Ipin menerima pelawaan Tok Dalang untuk menonton perlawanan pertama Piala Dunia bersama, dan akhirnya Opah merestuinya memandangkan hari keesokannya cuti.
677"Anak Harimau (bhg 4)"14 Jun 2010Vol. 13
Upin dan Ipin diajak oleh Ijat untuk bermain bola sepak olok-olok dengan tin minuman sebagai 'bola' untuk disepak di antara dua batang ranting yang ditegakkan atas tanah sebagai gol. Malam nanti, mereka berdua cuba menahan mengantuk untuk sempat menonton perlawanan Piala Dunia di gerai Muthu.
688"Anak Harimau (bhg 5)"15 Jun 2010Vol. 13
Sempena tayangan khas, Mail dan Sally turut membantu menghidangkan makanan kepada para penonton di gerai Muthu. Di hadapan layar lebar yang tengah menerima siaran iklan, Tok Dalang, Muthu dan Ah Tong terus berborak mengenai bola...sehingga perlawanan bermula. Pada pagi keesokan, bersusah payah Kak Ros mengejutkan Upin dan Ipin dari tidur yang tak cukup.
699"Anak Harimau (bhg 6)"16 Jun 2010Vol. 13
Akhirnya tin digantikan dengan bola yang sebetulnya, barulah dapat bermain dengan seronok, sehingga Upin dan Ipin dan kawan-kawan membayangkan diri mereka bermain sebagai pasukan kebangsaan di arena sebenar.
7010"Ramadhan Kembali Lagi (bhg 1)"11 Ogos 2010Vol. 16
Selepas balik dari tadika pada hari sebelum bulan puasa, Upin & Ipin bergurau senda mencabar Kak Ros agar memasak ayam goreng secukup-cukupnya, jika tidak mereka enggan bersahur. Waktu petang nanti, kawan-kawan mereka membincangkan persediaan Hari Raya walaupun bulan puasa belum bermula.
7111"Ramadhan Kembali Lagi (bhg 2)"12 Ogos 2010Vol. 16
Sempena bulan Ramadan yang menjelang, Upin, Ipin dan kawan-kawan memikirkan permainan yang sesuai untuk menghabiskan petang mereka. Jarjit mencadangkan baling selipar, dan leka sangat mereka bermain.
7212"Ramadhan Kembali Lagi (bhg 3)"13 Ogos 2010Vol. 16
Atas pengaruh kawan-kawan mereka, Upin dan Ipin meminta Kak Ros mendapatkan baju raya baru sempena Hari Raya. Selepas waktu terawih di surau, Upin dan Ipin menjawab keraguan Kak Ros dan Opah dengan cerita orang kentut dalam surau. Pada pukul tiga pagi, Upin dan Ipin cuba membangunkan Kak Ros agar sempat untuk bersahur.
7313"Ramadhan Kembali Lagi (bhg 4)"14 Ogos 2010Vol. 16
Ketika bersahur, Opah berpesan Upin dan Ipin untuk bersahur lambat sedikit supaya dapat pahala. Petang nanti, Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin memerah kelapa untuk dibuat dodol dengan mesin pemerah yang dipasang pada motosikal buruk, seronok sekali. Waktu berbuka puasa, Opah membetulkan salah faham Upin dan Ipin, bahawa berbuka mestilah cepat-cepat, lain dengan sahur.
7414"Ramadhan Kembali Lagi (bhg 5)"15 Ogos 2010Vol. 16
Upin, Ipin, Fizi dan Jarjit tiba di halaman rumah Tok Dalang untuk membantunya dan Salleh dalam persiapan memasak dodol. Upin dan Ipin ditugaskan mengangkat kawah, membuka api dengan kipas, dan bergilir-gilir dengan Fizi dan Jarjit mengacau ramuan dodol dalam kawah panas. Sebaik sahaja siap, mereka terkilan dengan betapa kecil dodol yang mereka buat; Tok Dalang menjelaskan memang inilah hasilnya.
7515"Ramadhan Kembali Lagi (bhg 6)"16 Ogos 2010Vol. 16
Mail meminta Upin dan Ipin menjaga gerainya seketika, tetapi tidak dapat menunjuk ajar dengan betul-betul kerana bergegas untuk melegakan sakit perutnya. Tanpa bimbingan Mail, berpandai-pandailah mereka berdua menjual. Mereka tidak lupa memberi duit baki kepada pelanggan yang terbayar lebih, tetapi apabila mereka diminta tiga ketul ayam barulah mereka memikirkan sesuatu yang menyebabkan Mail kerugian – 'tiga seringgit'.
7616"Menjelang Syawal (bhg 1)"10 September 2010Vol. 17
Dua hari sebelum lebaran, Upin dan Ipin hairan Opah tidak keluar untuk bersahur, kononnya sudah makan awal. Pagi nanti, Tok Dalang mengedarkan bungkusan dodol kepada kanak-kanak sebelum pergi beraya di Kuala Lumpur bersama anak cucunya. Waktu berbuka, sekali lagi Opah tidak kelihatan, dan terpaksalah Ros menjelaskan kepada Upin dan Ipin bahawa Opah tidak sihat. Maka Upin dan Ipin menjenguk Opah di bilik tidurnya, dan Opah memesan mereka agar berdoa demi kesejahteraannya.
7717"Menjelang Syawal (bhg 2)"10 September 2010Vol. 17
Selepas siap mengurut-urut Opah yang kesakitan, Upin dan Ipin juga membantu Kak Ros mengemas rumah sampai bersih sempena Hari Raya. Di tengah-tengah kerja, mereka menerima panggilan dari Tok Dalang, tetapi tanpa sengaja mereka mengotorkan lantai yang baru dimop dengan kaki semata-mata untuk ke arah telefon.
7818"Menjelang Syawal (bhg 3)"10 September 2010Vol. 17
Hari Raya sudah tiba sekali lagi, mujurlah Opah cukup sihat untuk beraya bersama cucu-cucu dan jiran tetangga tersayang. Keluarga Upin dan Ipin menyambut kedatangan semua rakan-rakan setadika mereka, kecuali Susanti yang pulang ke Jakarta untuk beraya. Upin dan Ipin boleh berhubung dengan Susanti menerusi telefon.
7919"Bila Besar Nanti (bhg 1)"10 September 2010Vol. 12
Cikgu Jasmin mengajar apa itu cita-cita, lalu menyuruh murid-murid agar melukis gambaran cita-cita masing-masing untuk kelas pendidikan seni keesokan harinya. Untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik ini, Upin dan Ipin bertanya kepada Kak Ros dan Opah.
8020"Bila Besar Nanti (bhg 2)"10 September 2010Vol. 12
Upin dan Ipin dimarahi Kak Ros kerana tergelak cita-cita Kak Ros menjadi doktor. Apapun, mereka tetap memikirkan cita-cita sendiri untuk dilukiskan pada hasil seni mereka untuk kelas esok. Pada pagi keesokannya, murid-murid memperdengarkan cita-cita mereka: Ehsan hendak menjadi tukang masak selebriti; Fizi hendak jadi pengumpul sampah demi kebersihan alam.
8121"Bila Besar Nanti (bhg 3)"10 September 2010Vol. 12
Jarjit melukis gambar polis menahan penjenayah, kemudian berolok-olok menjadi wartawan di depan satu kelas yang tertanya-tanyakan isi gambarnya. Giliran Upin dan Ipin membentangkan cita-cita mereka bersama-sama: Upin hendak menjadi angkasawan negara, dan Ipin pula hendak menjadi saintis roket.
8222"Rasa Sayang (bhg 1)"15 November 2010Vol. 15
Upin dan Ipin menghabiskan satu malam dengan persiapan untuk rombongan berkelah satu kelas yang tak sabar hendak mereka sertai pada hari keesokan, tetapi hampir terlupa pesan Cikgu Jasmin supaya membawa bekalan makanan dan air sendiri, tidak perlu membawa mainan.
8323"Rasa Sayang (bhg 2)"16 November 2010Vol. 15
Harinya sudah tiba, dan selepas kesemua 12 murid hadir, barulah rombongan murid-murid Tadika Mesra bertolak ke taman untuk berkelah, berarak sambil menyanyikan lagu "Rasa Sayang", tetapi dalam nyanyian ada sahaja murid-murid yang bergurau sakan. Setibanya di tempat perkelahan, Ehsan selaku 'ketua kelas' tidak berapa menunjukkan sikap yang betul, seperti lalai dalam kiraan ahli mahupun bermalas ketika orang lain membuka kelah. Selepas itu, semua berkongsi makanan sambil bersembang tentang makanan.
8424"Rasa Sayang (bhg 3)"17 November 2010Vol. 15
Mail terpaksa dipujuk dari sikap kedekutnya supaya berkongsi ayam goreng yang dibawanya. Cikgu Jasmin pula membawa salad untuk dikongsikan, tetapi ramai yang kurang suka kecuali Mei Mei dan Devi. Oleh itu, Cikgu Jasmin menasihati murid-murid supaya mengurangkan makanan ringan kerana tidak menyihatkan badan, lantas berjaya memujuk mereka semua untuk mencuba salad yang berkhasiat. Perkelahan Tadika Mesra berakhir selepas bermain, dengan memungut sampah dan berkemas.
8525"Kisah Raja Pemburu (bhg 1)"22 November 2010Vol. 17
Jarjit Singh dimarahi oleh Saleh si pustakawan kerana kehilangan buku "Kisah Raja Pemburu" yang dipinjamnya dari perpustakaan bergerak. Oleh itu, Jarjit meminta pertolongan Penyiasat Upin dan Ipin agar mencari buku itu kembali, bermula dengan bayangan bahawa mungkin Ehsan dan Fizi pernah membaca sekilas buku Jarjit itu di gerai sewaktu buku itu baru dipinjam.
8626"Kisah Raja Pemburu (bhg 2)"23 November 2010Vol. 17
Ketika disoal siasat oleh Upin dan Ipin, Ehsan dan Fizi menjelaskan bahawa Jarjit masih memegang bukuya ketika berpisah dari mereka untuk bermain tenteng dengan Mei Mei, Susanti dan Devi. Kemudian, Upin dan Ipin menyoal Mei Mei, kebetulan Mei Mei memiliki senaskhah lagi buku "Kisah Raja Pemburu" yang dihadiahkan oleh ibunya. Jelasnya, Jarjit memang meletakkan buku itu di sebelah tenteng, kemudian mereka berempat bermain puas-puas sehingga tiba-tiba ditakutkan oleh seekor monyet.
8727"Kisah Raja Pemburu (bhg 3)"24 November 2010Vol. 17
Upin dan Ipin menyoal siasat Ijat dan Dzul pula. Mengikut keterangan Ijat, dia tengah bertengkah dengan monyet yang mencuri pisangnya, apabila buku itu terjatuh dari dahan pokok. Monyet inilah yang mengambil buku Jarjit! Kemudian, Ijat menyerahkan buku itu kepada Cikgu Jasmin. Jadi, semua sudah tahu di mana letaknya buku Jarjit itu.
8828"Kisah Pisang & Cangkerang (bhg 1)"29 November 2010Vol. 14
Tok Dalang menceritakan kisah cubaan seekor monyet untuk menipu dua ekor kura-kura demi buah-buahan yang dicucuk tanam oleh kura-kura itu. Pertandingan buah-buahan gergasi di kampung bersebelahan menjadi peluang baik untuk sang monyet menipu adik-beradik kura-kura; untuk itu, ia hanya menjemput si adik kura-kura.
8929"Kisah Pisang & Cangkerang (bhg 2)"30 November 2010Vol. 14
Adik kura-kura hanya pergi bersama monyet tanpa abangnya, tetapi mujurlah abang kura-kura mengikut secara curi-curi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Bermacam-macam helah yang digunakan oleh sang monyet untuk merampas buah-buahan sang kura-kura, tetapi semuanya tidak menjadi...
9030"Kisah Pisang & Cangkerang (bhg 3)"1 Disember 2010Vol. 14
Dengan meminta sahaja, monyet akhirnya merampas kantung buah-buahan kura-kura lantas menghabiskan semua isinya. Tiba-tiba, pemburu datang dan berjaya menangkap kura-kura sementara haiwan lain berlari, maka bergegaslah sang monyet untuk pergi menyelamatkannya. Sang monyet menawarkan diri untuk mengganti tempat sang kura-kura dalam ikatan demi buah-buahan simpanan pemburu, tetapi akhirnya sang monyet sendiri yang rugi.
9131"Kenangan Manis (bhg 1)"6 Disember 2010Vol. 14
Kelas Cikgu Jasmin dipilih untuk bergambar istimewa bersama pengetua tadika sebagai tanda penghargaan sebagai kelas terbersih di Tadika Mesra. Sebaik sahaja pulang ke rumah, Upin dan Ipin disuruh oleh Kak Ros untuk mengemas bilik tidur mereka agar mereka meneruskan sikap murni yang membawa kepada kejayaan bilik darjah mereka.
9232"Kenangan Manis (bhg 2)"7 Disember 2010Vol. 14
Ketika Upin, Ipin dan kawan-kawan menyaksikan Mei Mei dan Devi bermain batu seremban, Susanti muncul untuk memperkenalkan kamera segera kepada mereka. Pada pagi keesokan, Upin dan Ipin tergesa-gesa ke tadika supaya tidak terlewat untuk sesi bergambar, sampai mereka sanggup minum susu sahaja sebagai sarapan, tetapi lupa memastikan kebersihan kasut.
9333"Kenangan Manis (bhg 3)"8 Disember 2010Vol. 14
Semua murid dalam kelas Upin dan Ipin sudah hadir, tetapi Cikgu Jasmin menggemparkan mereka dengan berita sedih bahawa sesi bergambar dibatalkan kerana pengetua tidak sihat. Mujurlah, Susanti membawa sekali kamera segeranya, supaya satu kelas masih dapat bergambar walau apa pun.
9434"Lama Tapi Berharga (bhg 1)"13 Disember 2010Vol. 15
Upin dan Ipin bermain motosikal olok-olok (yang diperbuat daripada penutup tin dan batang kayu) dan mengikut Ah Tong yang tengah berlaung-laung untuk membeli barang terbuang. Mereka bertiga di rumah Mei Mei untuk membeli surat khabar lama, dan di sinilah Upin dan Ipin belajar bahawa barang lama masih ada harganya. Mereka balik ke rumah semata-mata demi mencari barang lama yang boleh dijual, seperti majalah lama dan tin kosong.
9535"Lama Tapi Berharga (bhg 2)"14 Disember 2010Vol. 15
Upin dan Ipin tengah mengosongkan tin susu yang hampir habis dengan makanan baki serbuknya, tetapi disampuk oleh Kak Ros yang mengisi semula tin itu. Mujurlah masih ada sebuah tin biskut kosong yang sempat dicari mereka, tetapi ia tidak mendatangkan harga yang lumayan, apabila Ah Tong hanya memberikan dua biji gula-gula kepada mereka. Upin dan Ipin menebus kekecewaan dengan bermain motosikal olok-olok, kemudian meminjam mainan mereka itu kepada Fizi dan Jarjit.
9636"Lama Tapi Berharga (bhg 3)"15 Disember 2010Vol. 15
Malangnya, Jarjit leka bermain sehingga terlanggar batu lalu menyebabkan motosikal olok-olok Ipin habis rosak. Demi melupakan kejadian tadi, Mail mencadangkan supaya semua bergegas ke merata kampung untuk mencari barang terpakai daripada semua penduduk untuk dijual kepada Ah Tong. Malangnya, basikal Ah Tong sudah penuh dengan benda terpakai orang lain!
9737"Demi Metromillenium (bhg 1)"20 Disember 2010Vol. 18
Ketika semua kawan-kawan tengah bermain gasing, Ehsan muncul untuk memperagakan kostum Sarjan Husin 3000 yang baru dan mahal dan dibeli oleh bapanya. Sungguhpun tidak mampu membeli baju sedemikian, namun Upin dan Ipin mendapatkan kostum mereka sendiri dengan barang-barang terpakai di rumah, supaya mereka juga boleh bermain sebagai polis masa depan di Kota Metromillenium.
9838"Demi Metromillenium (bhg 2)"21 Disember 2010Vol. 18
Sarjan Upin dan Sarjan Ipin ditugaskan menyiasat kejadian pencerobohan di Pusat Janakuasa Petromileni. Mereka terpaksa berlawan dengan tiga ekor robot yang membuat kerja laku musnah dan mencuri untuk seorang penyangak yang berjambul ungu.
9939"Demi Metromillenium (bhg 3)"22 Disember 2010Vol. 18
Prof. Jarjit Singh menjelaskan kepada Sarjan Upin dan Sarjan Ipin, bahawa pihak Petromileni kecurian sejenis ciptaan berbentuk gasing yang bernama Leucadendron Vroom Vroom, yang dikhususkan untuk menjana bekalan tenaga elektrik seluruh kota Metromillenium; tanpa benda itu, maka satu kota hilang elektrik, melainkan ada penjana simpanan yang berbentuk hamster dalam bebola. Sarjan Upin dan Ipin mengimbas bangkai robot dengan kaca mata mereka untuk menghantar maklumat untuk diselidik oleh Ehsan dan Fizi.
10040"Demi Metromillenium (bhg 4)"27 Disember 2010Vol. 18
Dengan bantuan maklumat yang ditemui oleh pasukan Dr. Ehsan dan Fizi, Sarjan Upin dan Ipin boleh menjejak semula bagaimana robot-robot itu boleh memasuki Pusat Janakuasa dengan begitu mudah dan apa tujuan mereka berbuat demikian. Mereka teringatkan bagaimana mereka mematikan seekor robot itu dengan tercabut engkol di belakangnya, supaya Prof Jarjit boleh membayangkan siapa dalang di sebalik kecurian peranti seakan gasing itu.
10141"Demi Metromillenium (bhg 5)"28 Disember 2010Vol. 18
Berasaskan klu-klu yang dikupas setakat ini, Sarjan Upin dan Ipin bergegas ke sebuah kedai antik yang cukup mencurigakan. Rupa-rupanya di bawah kedai antik inilah tersembunyinya markas penyangak yang dicari-cari, iaitu Dr. Sally, seorang saintis yang disanjungi oleh pihak bandaraya pada suatu ketika dahulu, sehingga kecemerlangannya diatasi oleh Dr. Jarjit Singh dan diketepikan begitu sahaja. Dr. Sally mengurung Sarjan Upin dan Ipin dalam sangkar sambil menghidupkan mechanya yang dijana kuasa oleh peranti yang dicurinya.
10242"Demi Metromillenium (bhg 6)"29 Disember 2010Vol. 18
Sarjan Upin dan Ipin berjaya melepaskan diri daripada kurungan masing-masing, tetapi Dr. Sally sudah pun mengganas di kota dengan mecha gergasi yang dipandunya. Mereka berdua bertungkus lumus untuk mematahkan serangan jentera Dr. Sally sehingga berjaya ... sebelum Kak Ros memanggil mereka balik ke rumah.

Rujukan sunting

  1. ^ [1], 14 June 2010, Accessed 7 April 2011.

Pautan luar sunting