Usahawan (bahasa Perancis: entrepreneur) adalah sesiapa yang:

  • terlibat dalam perniagaan, baik membuat, menjual ataupun berdagang barang-barang;
  • pemilik tunggal bagi syarikatnya; serta
  • telah bertapak dari segi keperluan harian tetapi masih bercita-cita mengembangkan pengaruh dan kekayaannya.

Banyak penyelidikan yang telah dijalani mempertunjukkan bahawa usahawan-usahawan yakin pada keupayaan mereka untuk mengawal takdir kendiri. Adalah disebabkan kepercayaan ini bahawa mereka bertindak dengan cara yang amat individualistik dan sentiasanya juga suka memberontak. Ia juga menyebabkan sikap yang sudi menerima terlalu banyak kerja yang tidak diterima oleh orang biasa, menggalakkan ketabahan yang luar biasa dan menumpang populariti kepada sebuah konsep, produk ataupun peluang usaha dalam perniagaan.

Jenis usahawan sunting

Terdapatnya tiga jenis usahawan:

  • peramal;
  • orang yang berusaha bersungguh-sungguh (strivers);
  • orang tengah.

Peramal sunting

Usahawan yang merupakan peramal didorong oleh ketidakpuasan hati dengan keadaan di dunia. Mereka yang terlibat dalam rekaan baru teknologi mempunyai keyakinan yang mendalam bahawa cara pelaksanaan sekarang tidak memuaskan dan boleh diperbaiki. Oleh sebab itu, mereka akan mencari bahan-bahan dan proses-proses yang lebih baik ataupun produk-produk yang lebih berkesan untuk kegunaan pengguna-pengguna serta pelanggan-pelanggan perindustrian.

Dalam banyak daya usaha di sektor perkhidmatan, gagasan-gagasan yang baru telah membasmikan sebahagian daripada sistem-sistem yang tidak cekap. Walaupun peramal masih memerlukan untung, kuasa motivasinya melampaui sejuta dolar dan pada kelihatannya, usahawan yang mempunyai sifat ini tidak akan hilangnya. Daripada ketiga-tiga jenis usahawan, peramal merupakan jenis yang mungkin sekali menjadi pereka baru yang sebenar.

Mereka yang berusaha bersungguh-sungguh (striver) sunting

Seperti dengan peramal, usahawan dalam golongan ini mempunyai pandangan dunia yang resah. Minat mereka lebih cenderung kepada sifat eklektik dalam pencarian projek-projek baru. Rupa-rupanya mereka tidak berpuas hati dengan apa yang telah dicapai. Tanpa henti-hentinya, mereka berusaha dengan sedaya upayanya dan harus mempunyai sekurang-kurang satu ataupun sebaik-baiknya beberapa projek pada mana-mana satu waktu. Bagi mereka, jenis usaha tidak mustahak berbanding dengan peluang untuk melibatkan diri dalam usaha. Mereka bersaing dengan garang dan tidak henti-henti menyelidik dan menguji gagasan-gagasan dan teori-teori yang baru. Pada kes keterlaluan, mereka akan memilih membuat apa-apa sahaja, termasuk mengambil risiko yang amat tinggi daripada ketidakgiatan. Secara amnya, hidup mereka tidak gembira.

Kebanyakan usahawan dalam golongan ini tidak yakin pada diri sendiri dalam perhubungan dengan masyarakat dan sentiasa kena membuktikan keupayaan mereka. Adalah ajaib bahawa lagi kaya dan lagi berjaya jenis usahawan ini, lebih takut mereka terhadap kemungkinan kegagalan. Usahawan yang telah mencapai kekayaan yang jauh melebihi keperluan untuk hidup dengan selesa sepanjang umur masih mengumpulkan lebih dan lebih pencapaian dan modal secara berterusan. Adalah disebabkan golongan ini bahawa tertimbulnya bayangan jutawan yang mencurigai, kedekut dan egosentrik.

Orang tengah sunting

Antara ketiga-tiga golongan usahawan, golongan ini adalah golongan yang lebih bersifat licik dan tidak dipengaruhi perasaan. Orang tengah akan mencari peluang di mana-mana pasaran, negara ataupun barangan sahaja. Mereka menganggapi bahawa kemahiran mereka adalah keupayaan untuk bertindak dengan lebih cerdik, lebih pantas ataupun lebih berkuasa berbanding pesaing-pesaing mereka. Usahawan dalam golongan ini adalah usahawan yang akan:

  • mengesan kekurangan di sesuatu pasaran dan penawaran berlebihan di pasaran yang lain;
  • nampak potensi yang belum direalisasikan di harta tanah; ataupun
  • membawa dua pihak bersama-sama untuk kepentingan bersama.

Selain daripada makan banyak garam, mereka juga mempunyai daya cipta dan sering kalanya cekap dalam penilaian orang. Motif kewangan adalah amat kuat bagi usahawan golongan ini, akan tetapi sewaktu kecekapan diperolehi, proses berurusan lebih memberi kepuasan hati kepada mereka daripada hanya keuntungan wang sahaja.

Adakah usahawan dilahir ataupun dicipta? sunting

Dalam Business Horizons, Edisi September-Oktober 1986, John G Burch menyatakan bahawa seseorang usahawan harus mempunyai sembilan sifat keperibadian seperti berikut:

  1. Keinginan untuk mencapai: daya usaha untuk mengatasi masalah dan melahirkan usaha niaga yang berjaya.
  2. Kerja keras: sikap mabuk kerja.
  3. Sikap pembelaan: kesanggupan mengetuai dan mengawasi usaha mereka sehingga ia boleh berdikari.
  4. Pengakuan bertanggungjawab: kesanggupan memikul tanggungjawab kepada usaha-usaha dari segi moral, undang-undang dan mental.
  5. Orientasi ganjaran: keinginan mendapat ganjaran untuk ikhtiar; ganjaran boleh mengambil bentuk selain daripada wang, seperti pengiktirafan dan rasa hormat.
  6. Sikap yang optimistik: pengamalan falsafah bahawa masa kini adalah masa yang terbaik dan apa-apa sahaja dapat dilakukan.
  7. Orientasi kepada kecemerlangan: pencapaian sesuatu yang dapat memberi kebanggaan.
  8. Pengurusan: kemahiran dalam penggabungan bahan-bahan usaha serta dalam pengelolaan manusia.
  9. Orientasi mendapat untung: keinginan mendapat ganjaran, akan tetapi untung cuma merupakan kayu ukur kejayaan.

Daripada sifat-sifat ini, salah dua antaranya lebih merupakan sifat yang semula jadi, yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerja keras". Keupayaan untuk bekerja secara keras dan lama dalam penerusan projek yang tertentu memerlukan penggabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat diransang secara dibuat-buat.

Oleh demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpulan sifat, yakni satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu yang dapat diperolehi. Dengan kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu dimiliki sewaktu dilahir dan sebahagian lagi harus diperolehi. Sesiapa yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut sewaktu dilahir tidak dapat menjadi usahawan ataupun tidak mungkin berjaya sebagai usahawan, dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua ciri ini tetapi malas memperolehi ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan berjaya sebagai usahawan.

Penentuukur kecenderungan keusahawanan sunting

John Burch memberikan penentukur untuk menentukan kecenderungan seseorang kepada keusahawanan. Matriksnya adalah seperti di bawah.

Pada hujung nyah keusahawanan adalah buruh sedangkan pada hujung keusahawanan adalah usahawan pereka yang bukan sahaja mengeksplotasikan gagasan tetapi juga merekakannya. Antara kedua-dua keterlaluan terdapat jenis-jenis pekerjaaan yang lain, menurut kecenderungan yang dipertunjukkan.

Jika kesemua unsur sikap seseorang adalah disebelah kanan skala, namum mereka mempunyai kemungkinan yang besar untuk menjadi usahawan, akan tetapi sekiranya terdapat mana-mana satu unsur yang berada pada kiri skala, kemungkinan ini akan terjejas.

 
frames

Rujukan sunting

  • David Robinson. The Naked Enterpeneur, Kogan Page Limited (1990).

Pautan Luar sunting