Uwais Al-Qarni (Arab: أويس القرني) merupakan seorang pemuda yang masuk Islam semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. Berasal dari daerah Qaran di Yaman. Beliau wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.

Kehidupannya sunting

Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Nabi, namun beliau tidak pernah berjumpa dengan baginda. Namun selepas kewafatan Nabi, beliau sempat berjumpa dengan Umar Al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib.

Beliau merupakan seorang pengembala kambing.Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Baginda SAW bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian (sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a.) bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi

Kematiannya sunting

Beliau terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib khalifah yang sah ketika itu dalam Perang Siffin yang diperangi Muawiyah bin Abu Sufian .