Dalam bidang meteorologi, virga adalah renyai atau titisan kerpasan yang jatuh daripada awan tetapi tersejat sebelum mencecah tanah.[1] Pada altitud tinggi, kerpasan kebanyakannya jatuh sebagai kristal air batu sebelum cair dan termeluap; ini biasanya disebabkan pemanasan pemampatan, kerana tekanan atmosfera meningkat apabila semakin menghampiri bumi. Ia amat biasa di gurun dan di kawasan beriklim serdahana. Di Amerika Utara, ia biasanya dilihat di Amerika Utara Barat dan Prairi Kanada.

Awan Nimbostratus atau virga Nimbostratus

Virga boleh menyebabkan pelbagai kesan cuaca, kerana ketika hujan berubah daripada cecair kepada wap, haba daripada udara diserap berikutan suhu pengewapan air yang tinggi. Dalam sesetengah keadaan, kantung-kantung udara lebih sejuk ini mampu turun dengan pantas lantas menghasilkan letusan mikro kering yang boleh menjadi amat berbahaya bagi penerbangan. Sebaliknya pula, kerpasan yang tersejat pada altitud tinggi mampu menjadi panas hasil pemampatan ketika ia jatuh, lalu menghasilkan letusan kebawah kencang yang mungkin memanaskan permukaan bumi dengan banyak dan pantas. Letusan haba, suatu fenomena yang jarang berlaku, juga cenderung terhasil daripada keadaan udara yang terlampau kering.

Virga juga memainkan peranan dalam pembenihan sel ribut di mana zarah-zarah kecil daripada satu awan ditiup kedalam udara terlampau tepu dan bertindak sebagai zarah penukleusan untuk pembentukan awan kumulonimbus berikutnya.[perlu rujukan]

Etimologi sunting

Perkataan virga diterbitkan daripada bahasa Latin, bermaksud ranting atau dahan.

Kejadian di luar bumi sunting

Hujan asid sulfurik dalam atmosfera Zuhrah tersejat sebelum mencecah tanah disebabkan oleh haba yang tinggi berhampiran permukaannya.[2] Kejadian serupa juga berlaku di planet-planet gergasi gas seperti Musytari. Pada bulan September 2008, pendarat Phoenix NASA menemui virga berupa salji yang turun daripada awan-awan di Marikh.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Glossary of Meteorology. American Meteorological Society. 2000. ISBN 1878220349. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-06. Dicapai pada 2011-10-18.
  2. ^ "Planet Venus: Earth's 'evil twin'". BBC News. 7 November 2005.
  3. ^ "NASA Mars Lander Sees Falling Snow, Soil Data Suggest Liquid Past". 2008-09-29. Dicapai pada 2008-10-03.

Pautan luar sunting