Waktu Bumi (bahasa Inggeris: Terrestrial Time, Perancis: Temps terrestre, TT) merupakan piawaian waktu astronomi moden yang ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa, khususnya untuk menyukat masa pencerapan astronomi dari permukaan bumi.[1]

Misalnya, Astronomical Almanac menggunakan TT untuk melakar jadual kedudukan (efemeris) Matahari, Bulan dan cakerawala-cakerawala seperti yang dilihat dari Bumi. Dalam peranan ini, TT menyinambungi Waktu Dinamik Bumi (TDT)[2] yang terdahulu mengganti waktu efemeris (ET). TT berkongsi tujuan asal dengan perekaan ET agar bebas dari ketidaksekataan waktu suria min.

Unit TT masa kini merupakan saat SI yang ditakrifkan berasaskan jam atom sesium,[3] tetapi TT sendri tidak ditentukan oleh jam atom, sebaliknya merupakan gagasan teori yang hanya boleh dianggarkan oleh jam biasa.

TT berbeza dengan skala waktu yang sering digunakan sebagai asas untuk kegunaan awam, iaitu Waktu Semesta Berkoordinat (UTC). TT secara tidak langsung mendasari UTC melalui Waktu Atom Antarabangsa (TAI).

Rujukan sunting

  1. ^ The 1991 definition refers to the scale agreeing with the SI second "on the geoid", i.e. close to mean sea level on the Earth's surface, see IAU 1991 XXIst General Assembly (Buenos Aires) Resolutions, Resolution A.4 (Recommendation IV). A redefinition by resolution of the IAU 2000 24th General Assembly (Manchester), at Resolution B1.9, is in different terms intended for continuity and to come very close to the same standard.
  2. ^ TT is equivalent to TDT, see IAU conference 1991, Resolution A4, recommendation IV, note 4.
  3. ^ IAU conference 1991, Resolution A4, recommendation IV, part 2 states that the unit for TT is to agree with the SI second 'on the geoid'.