Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot' (lahir 5 Jun 1979) ialah seorang bekas pengacara, model dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja. Bakatnya bermula sebagai pengacara program Carta RIM di saluran NTV7 pada tahun 1997 hingga 1999. Sebagai seorang pelakon, beliau terkenal dengan watak-watak komedi terutama menerusi sitkom Spanar Jaya yang dibintanginya dari tahun 1999 hingga 2002. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario[1] pada tahun 2001.

Wardina Safiyyah
Kelahiran
Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot

5 Jun 1979(umur 44)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Malaysia
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPengacara,pelakon,model
Tahun aktif1997-2013
Ketinggian1.68 m (5 ka 6 in)
PasanganIkhwan Johari(k.2002)
Anak-anak3
IbuAsmah Abd Ghani
BapaFadlullah Wilmot

Kehidupan peribadi sunting

Wardina mempunyai darah campuran Australia[2][3] di sebelah bapanya dan Melayu Aceh di sebelah ibunya.[4] Berketinggian 5 kaki 6 inci, beliau telahpun mendirikan rumahtangga bersama arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.

Sebelum berubah imej dan berkahwin, beliau pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan penyanyi kumpulan KRU yang juga pelakon, pengarah dan penerbit terkenal Yusry Abdul Halim.[5] Ketika perkahwinan Yusry dan Erra Fazira berlangsung pada 10 Jun 2003, Wardina dan suami hadir memeriahkan majlis.

Kontroversi sunting

Pada penghujung tahun 2000, Wardina nekad mengenakan hijab kepala dan melupakan karier peragaannya. Penghijrahan itu mendapat reaksi positif malahan Wardina dikatakan sebagai pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni biarpun berdepan sedikit halangan.

Pada Jun 2011, Wardina Saffiyah telah menimbulkan kontroversi apabila hadir memberi ceramah keibubapaan yang tanpa disedarinya merupakan Majlis Mesra Rakyat anjuran sebuah parti politik pembangkang. Namun, Wardina Saffiyah sangat terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih 2.0. Tambah Wardina Saffiyah lagi, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas kejadian berkenaan berlaku. [6]

Wardina Safiyya telah mengeluarkan tuduhan bahawa kononnya kerajaan memandang ringan kes remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah. Tuduhan itu dijawab oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang menyatakan bahawa agensi kerajaan iaitu Jabatan Imigresen yang menemui remaja itu di dalam rumah berkenaan. Datuk Seri Rohani turut menyatakan bahawa nasib baik Jabatan Imigresen turun padang dan (agensi) kerajaan yang jumpa.[7]

Kemudian pada awal 2018, penampilan beliau telah menjadi perhatian umum apabila memberi nasihat yang sangat berguna kepada semua pakcik dan makcik di Simpang Renggam sebelum Pilihan Raya Umum ke 14. Dengan perwatakan alim dan bersopan santun telah menjadikan, calon PRU Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menang dengan bergaya. Antara nasihat yang hebat itu berbunyi..

“Dr Maszlee,

kalau jumpa Dr Maszlee dengan keluarga insyaallah sejuk hati makcik.Bukan apa makcik, saya nak cakap macam ni makcik. Dr Maszlee ni memang orang yang baik makcik,

jadi kita,orang yang memang baik makcik, orang Simpang Renggam bertuah dapat Dr Maszlee Malik ni. Makcik, undilah Dr Maszlee Malik ni, dia orang yang jujur, orang yang ikhlas, makcik...

Makcik dan pakcik, bukan apa, kita nak hantar orang baik-baik ni pergi parlimen insya allah makcik. Makcik, pakcik, undi Dr Maszlee Malik yeh? Dia orang baik makcik. Orang yang baik ni jangan kita lepaskan...“

Kini, Wardina berada di Australia untuk memulakan karier barunya.

Pendidikan sunting

Wardina bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta mempunyai ijazah dalam bidang Hiasan Dalaman daripada Centre for Advance Design [8] (CENFAD) Kuala Lumpur. Kini beliau menuntut dalam bidang psikologi.

Wardina menamatkan pengajian menengahnya di SMK (P) Sri Aman pada 1996.

Penglibatan terkini sunting

  • Hos Maher Zain Show Case
  • Malaysia Hari Ini (2005 – 2011)
  • Fitrah Kasih (2009)
  • Ibu Mithali (2008)
  • Menatang Si Manja – RTM (2008)
  • Edu TV – web portal for The Minister of Education (2008)
  • Carta Nasyid Pilihan – TV9 (2008)
  • Sambutan Malidur Rasul peringkat Kebangsaan (TV1)
  • Hits from RIM – VJ
  • Pencarian Bintang RTM
  • Seri Laman (TV1)
  • JOm Tukar!
  • Hijrah Remaja (Astro)
  • Kisah-Kisah Anbia’ (TV3)
  • Ramadhan World Delights 1 & 2
  • High 5 – JAKIM (TV1)

Lakonan sunting

  • IMPIAN (Sunsilk) Musim 2 (2009)[9]
  • Cinta Madinah Musim 1 & 2 (2006)
  • Kalam Cinta Rabiah – TV3 (2007)
  • Impian Illyana TV Musim 1, 2 & 3 (2006 - 2007)
  • “Children of Adam” VCD
  • Wardina & Keluarga Pak Tam VCD
  • Spanar Jaya[10](1999-2004,2005)sebagai Misha
  • Kepulangan (Astro)
  • Julia – a TV series based on the award winning novel of the same name (Astro)
  • Sayangku Puteri – Telemovie (TV1)
  • Maka Diciptakannya Perempuan – Telemovie (ntv7)
  • Jodoh 2 Beradik – Telemovie (TV3)
  • Berakhirnya Sebuah Ramadhan – Telemovie (TV3)
  • Lagi-Lagi Senario– Filem
  • Cinta 200 Ela – Filem

[11]

Jurucakap produk sunting

  • Ubat Gigi Mu'min [12]
  • Ariani Platinum [13]
  • Slim World (2006 - 2009) [14]
  • Anmum Essentials (2006 - 2009) [15][16]
  • International Islamic Fair 2006 & 2007
  • Sunsilk (2003 - 2008)[17]

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.ibnuhasyim.com/2011/09/pelakon-wanita-pertama-bertudung-litup.html
  2. ^ http://notesfromsaudiarabia.blogspot.com/2010/03/fadlullah-wilmot-upholding-islams.html
  3. ^ http://berkleycenter.georgetown.edu/interviews/a-discussion-with-fadlullah-wilmot-country-director-muslim-aid-bangladesh
  4. ^ Actress: No word from Aceh kin theStar Online
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2012-07-18.
  6. ^ "Wardina Saffiyah Hadiri Majlis Mesra Rakyat Anjuran Pembangkang".
  7. ^ Rohani bidas kenyataan Wardina © Utusan Melayu (M) Bhd
  8. ^ Students shine in show theStar Online
  9. ^ http://www.sunsilkgangofgirls.com.my/impian/bio9.htm
  10. ^ Spanar Jaya tidak pinggirkan Wardina Utusan Malaysia
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-09. Dicapai pada 2010-12-07.
  12. ^ http://www.harian-metro-online.com/wardina-ajak-guna-produk-halal
  13. ^ http://www.facebook.com/pages/Galeri-Ariani/356802686159#!/photo.php?fbid=411634396159&set=a.356918081159.161560.356802686159
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-26. Dicapai pada 2010-12-07.
  15. ^ http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/06/wardina-hasilkan-buku-siapa-alien.html
  16. ^ http://www.myselebriti.com/2008/09/30/wardina-up-for-other-roles/
  17. ^ http://www.budiey.com/wardina-safiyah-sunsilk%E2%80%99s-life-can%E2%80%99t-wait-campaign/
  18. ^ http://www.budiey.com/wardina-safiyyah-buku-mama-saya-lapar-siapa-alien/
  19. ^ http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/5/24/mstar_hiburan/20100523181910&sec=mstar_hiburan
  20. ^ http://www.mphclick.com/category/bestsellers/page/2/

Pautan luar sunting