Watak pemain (bahasa Inggeris: Player character), kadang-kala disebut sebagai playable character (PC) merupakan watak dalam sebuah permainan video atau permainan berperanan yang dikawal atau boleh berada di bawah kawalan seorang pemain, dan seringkali merupakan seorang protagonis dalam plot utama ceritanya. Seorang player character merupakan persona para pemain yang mengawal setiap tindakannya.[1][2] Player character seringkali merupakan metonimi yang digelar pemain. Sesetengah permainan video hanya mempunyai seorang watak pemain, namun ada juga yang memiliki dua terutamanya dalam judul-judul dua orang pemain, namun terdapat juga pemilihan yang boleh dibuat daripada sekumpulan watak yang boleh dikawal. Apabila lebih daripada satu watak boleh dipilih, setiap watak mungkin memiliki kebolehan yang sangat berbeza, termasuklah kekuatan dan kelemahannya untuk mempelbagai gaya permainan. Judul-judul permainan misalnya seperti permainan video berlawan seringkali mempunyai jumlah watak yang ramai untuk dipilih para pemain, di mana beberapa pergerakan asas boleh dilakukan oleh hampir setiap watak dan sesetengah pergerakan unik hanya mampu diakses oleh satu atau beberapa watak sahaja. Judul berlawan seringkali tidak mempunyai sebarang aras untuk dibuka atau diakses, justeru mempunyai sejumlah watak yang berbeza dan unik kepada diri masing-masing adalah penting untuk memastikan gaya permainannya tidak terhad, berbeza kepada judul-judul yang mungkin mempunyai aras-aras yang dapat mengembangkan permainannya.

Seorang watak permain mungkin juga dimodel berdasarkan manusia sebenar, atau watak bukan cereka terutamanya dalam permainan video sukan yang menggunakan nama dan rupa ahli sukan sebenar. Mereka yang terutama dalam sejarah dan politik mungkin juga muncul sebagai watak-watak, terutamanya dalam permainan strategi.

Watak rahsia sunting

Satu watak rahsia tidak berkunci adalah watak yang boleh dimainkan dalam permainan video yang tersedia hanya selepas melengkapkan permainan atau memenuhi keperluan lain. Dalam beberapa permainan video, watak-watak yang bukan rahsia tetapi hanya muncul sebagai watak bukan pemain seperti bos atau musuh menjadi watak yang dapat dimainkan setelah menyelesaikan keperluan tertentu, atau kadang-kadang menipu untuk mendaptkannya.[perlu rujukan]


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ La Farge, Paul (2006). "Destroy All Monsters". The Believer Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-04. Dicapai pada 2010-08-28. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ TSR Hobbies, Memahami Dungeons & Dragons, 1979. Dinyatakan dalam Gary Alan Fine, Shared Fantasy: Role-Playing Games as Social Worlds (Chicago: U Chicago Press, 1983)