Kamera web

(Dilencongkan dari Webcam)

Webcam merupakan peranti video yang disambung kepada komputer atau rangkaian komputer, sering kali melalui port USB atau, jika bersambung dengan jaringan, ethernet atau Wi-Fi. Sesetengah komputer riba memiliki webcam bersepadu yang boleh membawa masalah kerana ia tidak boleh dilumpuhkan secara fizikal, sekiranya dirampas oleh perisian Trojan Horse / pengintip.

Webcam murah yang digunakan dengan kebanyakan komputer peribadi
Gambar x-ray set animasi bagi webcam Logitch C500. Gambar didapati dengan menggunakan industrial computed tomograph pada 100kV, 12W, 2 mm penapis aluminum, dedahaan 3000 ms, 533 gambar, 1008 x 1008 pixel, 40 rangka sesaat.

Kegunaan paling popular adalah bagi videotelephony, membenarkan komputer bertindak sebagai videophone atau stesyen persidangan video. Ini boleh digunakan dalam perisian perutusan seperti perkhidmatan perutusan Windows Live Messenger, Skype dan Yahoo!. Kegunaan popular lain, yang termasuk rakaman fail video malah gambar, boleh dicapai melalui banyak perisian, applikasi dan peranti komputer.

Webcams terkenal kerana kos pengilangan rendah dan kepelbagai guna,[1] menjadikan ia bentuk telefon video termurah.

Istilah 'webcam' juga boleh digunakan dalam bentuk asal kamera video bersambung kepada Web berterusan untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan, dan bukannya intuk sesi tertentu, biasanya memberikan pemandangan bagi sesiapa yang melawat laman webnya melalui Internet. Sesetengah darinya, sebagai contoh, yang digunakan sebagai kamera trafik di talian, adalah kamera video profesional yang mahal, dan lasak.

Sejarah sunting

Pertama kali digunakan pada tahun 1991, sabuah webcam di arah kepada teko kopi Bilik Trojan di jabatan sains komputer Universiti Cambridge. Kamera itu akhirnya dipadamkan pada 22 Ogos 2001. Gambar terakhir ditangkap oleh kamera tersebut boleh dilihat di laman webnya.[2][3] The oldest webcam still operating is FogCam at San Francisco State University, which has been running continuously since 1994.[4]

Salah satu tapak webcam yang dilapor secara meluas adalah JenniCam, bermula pada 1996, yang membenarkan pengguna Internet untuk memantau kehidupan peserta rancangan, menyerupai siri reality TV Big Brother]], yang dilancarkan tiga tahun berikutnya.[5] Lebih terkini, laman ‘’Justin.tv’’ memberikan aliran video dan audio dari kamera mudahalih yang dipasang pada kepala peserta. Kamera lain dipasang di jambatan, dataran awam, dan tempat awam lain, gambaran mereka tersedia sebagai laman Web umum menurut konsep asal "webcam". Himpunan laman web telah muncul, membekalkan beribu aliran video atau gambar kaku terkini, membenarkan pengguna menjumpai aliran video berasaskan lokasi dan criteria lain.

Sekitar awal abad ke-21, pengilang hardware komputer mulai membina webcam secara langsung kepada komputer riba dan komputer meja, dengan itu menyingkirkan keperluan bagi menggunakan kamera luaran USB atau Firewire. Secara beransur webcam semakin banyak digunakan bagi perhubungan antara dua orang, atau antara beberapa orang, berbanding menawarkan pandangan di laman Web kepada orang awam yang tidak dikenali.

Panggilan dan persidangan video sunting

 
Kelahiran langsung: pada Julai 2004 NCO perkhidmatan bersenjata mampu melihat kelahiran anaknya melalui webcam di Internet

Ketika keupayaan webcam telah ditambah kepada instant messaging, perkhidmatan text chat services seperti AOL Instant Messenger, perhubungan video secara langsung satu dengan satu di Internet kini mencapai jutaan pengguna komputer peribadi di seluruh dunia. Kualiti video dipertingkat telah membantu webcam memasuki system persidangan video tradisi. Ciri-ciri baru seperti kawalan cahaya automatik, peningkatan masa sebenar (memperelok, menghilangkan kedutan dan meregang menegak), penjejak muka automatik dan fokos automatik membantu pengguna dengan memberikan amat mudah guna, dengan itu menjadikan webcam semakin popular.

Ciri-ciri webcam dan prestasinya berbeza menurut perisian komputer, system pengendaliannya, dan juga keupayaan unit pemproses pusat komputer. Sebagai contoh , 'video berkualiti tinggi' secara prinsipnya boleh digunakan kepada pengguna webcam Logitech tertentu sekiranya komputer mereka memiliki pemproses dwi-teras memenuhi spesifikasi tertentu. Sokongan panggilan video juga turut ditambah kepada beberapa perisian pemesejan segera popular.

Sesetengah tapak penyiar video di talian telah mengambil peluang teknologi ini bagi mencipta program telivisen Internet berpusat pada dua atau lebih orang "diavlog" sesame sendiri dari lokasi berlainan. Antara lain, BloggingHeads.tv menggunakan teknologi ini bagi membolehkan perbualan antara pemberita, pakar sains, pemblog, dan ahli falsafah terkenal.

Keselamatan video sunting

Webcam juga digunakan sebagai kamera keselamatan. Perisian terdapat bagi membenarkan kamera bersambung komputer untuk memantau pergerakan dan bunyi, merakamkan apabila ia dikesan; rakaman ini kemudiannya boleh disimpan pada komputer, e-mail atau dimuat hantar ke Internet. Dalam satu kes yang tersebar meluas,[6] sebuah komputer menghantar surat-eletronik gambar pencuri ketika sedang mencurinya, membenarkan pemilik memberikan kepada polis gambar jelas muka pencuri sungguhpun selepas komputer dicuri.

Peranti pengawal input sunting

Perisian khas mampu menggunakan aliran video daripada webcam bagi membantu atau meningkatkan lagi kawalan pengguna bagi applikasi dan permainan.Ciri video termasuk muka, bentuk, model dan warna dapat dipantau dan dijejak bagi menghasilkan bentuk kawalan seirang. Sebagai contoh, kedudukan satu sumber cahaya tunggal dapat dijejak dan digunakan bagi meniru pointer tetikus, cahaya yang diletakkan pada kepala akan membenarkan penggunaan komputer tanpa menggunakan tangan dan memudahkan capaian komputer. Ini juga boleh digunakan kepada permainan, memberikan kawalan tambahan, peningkatan interaksi dan kekusyukan.

FreeTrack merupakan applikasi penjejak pergerakan webcam bebas bagi Microsoft Windows yang mampu menjejak model khas yang dipasang pada kepala sehingga tahap kebebasan 6 darjah dan output data kepada tetikus, papan kekunci, kayu ria dan permainan disokong FreeTrack. Dengan menyingkirkan penapis IR daripada webcam, IR LED boleh digunakan, yang memiliki kelebihan tidak kelihatan pada mata kasar, menyingkirkan gangguan pada pengguna. TrackIR merupakan versi perdagangan bagi teknologi ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Solomon Negash, Michael E. Whitman. Editors: Solomon Negash, Michael E. Whitman, Amy B. Woszczynski, Ken Hoganson, Herbert Mattord. Handbook of Distance Learning for Real-Time and Asynchronous Information Technology Education, Idea Group Inc (IGI), 2008, p. 17, ISBN 1-59904-964-3, ISBN 978-1-59904-964-9. Note costing: "students had the option to install a webcam on their end (a basic webcam costs about $40.00) to view the class in session."
  2. ^ CoffeeCam
  3. ^ Spiegel CoffeeCam
  4. ^ "Happy Birthday Fogcam" by Anjuli Elais in Golden Gate XPress, September 30, 2004
  5. ^ "Plug pulled on live website seen by millions" by Oliver Burkeman in The Guardian, January 3, 2004
  6. ^ "Serial burglar caught on webcam" BBC News, February 16, 2005, retrieved January 3, 2006