Wesley Michael Brown (lahir 13 Oktober, 1979 di Manchester) merupakan seorang pemain bola sepak Inggeris. Seorang pertahanan tengah yang berbakat, dilahirkan dan dibesarkan dari kawasan Longsight bermain untuk Manchester United.

Wes Brown
Maklumat peribadi
Nama penuh Wesley Michael Brown
Ketinggian 6 ft 1 in (1.85 m)[1]
Posisi permainan Pertahanan tengah, kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester United
Nombor 6
Kerjaya remaja
1992–1996 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1996– Manchester United 198 (2)
Pasukan kebangsaan
1999– England 016 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19:32, 11 Mei 2008 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17:14, 29 Mac 2008 (UTC)

Karier kelab sunting

Awalnya Brown bermain untuk Burnage High School dan Fletcher Moss Rangers, sebuah pasukan remaja daripada Greater Manchester. Beliau juga merupakan bekas pelajar FA School of Excellence di Lilleshall, dan menyertai Akademi Manchester United ketika berusia 12 tahun. Brown menunjukkan bakat dan kematangan pada usia yang muda, dan menandatangani kontrak profesional dengan United pada 4 November 1996 ketika berusia 17 tahun.

Pada 4 Mei 1998, Brown membuat penampilan penuh Liga Perdana pertamanya ketika menentang Leeds United, sebagai pemain gantian. Beliau kemudiannya bermain dalam beberapa perlawanan pada musim seterusnya, yang mana beliau kadangkala bermain di posisi bek kanan selain daripada posisi kebiasaannya, bek tengah.

Pautan luar sunting

  1. ^ "Wes Brown profile". Sky Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-22. Dicapai pada 2008-04-04.