Wikipedia:Log pengguna baru

Hello, dan selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu! Jika anda masih baru di sini, silalah berikan komen di sini dan ceritakan kepada kami serba sedikit tentang diri anda. Yang paling penting, kami ingin tahu tentang minat anda - untuk itu kami mempunyai halaman lain - kawasan pengetahuan anda, dan perkara-perkara yang ingin anda sumbangkan di ensiklopedia ini. Ini lebih memudahkan kami menolong anda untuk menyunting. Kami juga akan berterima kasih jika anda sudi memberitahu kami bagaimana anda terjumpa dengan Wikipedia.

Untuk menambah diri anda ke senarai di bawah, silalah berikan komen anda dan tuliskan nama anda di bahagian tajuk. Jangan lupa tandatangani komen anda dengan menaip 4 tilde, seperti ini: ~~~~ (ini membolehkan para pembaca pergi terus ke halaman perbualan anda dan mengalu-alukan kedatangan anda secara peribadi sekiranya mereka berhajat). Komen anda kemudiannya akan ditambahkan di hujung senarai.