Wikipedia:Pautan antara bahasa

Pautan antara bahasa ialah pautan dari mana-mana laman (khususnya rencana) dalam satu versi bahasa Wikipedia kepada laman yang bersamaan atau lebih kurang bersamaan dengannya dalam versi bahasa lain Wikipedia. Bukan sahaja Wikipedia, malah Wikikamus (Wikitionary), Wikisource, Wikiquote, dan Wikibuku (Wikibooks) juga yang menggunakan pautan antara bahasa.

Ciri pautan antara bahasa juga berfungsi di Commons, dan menghasilkan pautan kepada Wikipedia berbilang bahasa. Pautan dari Wikipedia ke Commons merupakan pautan dalam laman yang muncul pada satu-satu sisi laman web (pada kiri dalam Monobook, pada atas dan bawah dalam Classic) selepas Languages, dan memaparkan nama-nama bahasa yang ada pautannya. Pautan antara bahasa berupa seperti pautan luar (atau berlainan, mengikut CSS-nya), tetapi sintaksnya berupa pautan dalam. Ia merupakan sejenis pautan antara wiki.

Wikidata sunting

 
Pautan untuk menyunting laman Wikidata

Wikidata ialah projek berasingan untuk mewujudkan asas pengetahuan menyunting. Sebahagian daripada projek ini adalah untuk memusatkan pautan antara bahasa untuk semua projek-projek Wikipedia. Kemasukan Wikidata untuk halaman mengandungi (antara lain) senarai pautan untuk masukan itu dalam bahasa yang berbeza. Senarai pautan ini kemudiannya digunakan untuk senarai yang ditunjukkan pada halaman di Wikipedia.

Sintaks sunting

Sintaks pautan antara bahasa berformat sebegini:

[[kod bahasa:Tajuk]]

yang mana kod bahasa merupakan kod dua huruf mengikut ISO 639-1. (Lihat Senarai penuh bahasa Wikipedia yang ada. Bahasa Melayu ialah "ms", bahasa Inggeris ialah "en", dsb.) Misalnya, dalam rencana bahasa Melayu mengenai Harimau yang terdapat di berbilang wiki lain, pautan antara bahasanya berupa seperti berikut:

[[ar:ببر]]
[[id:Harimau]]
[[bn:বাঘ]]
[[be:Тыгр]]
[[da:Tiger]]
[[de:Tiger]]
[[el:Τίγρης]]
[[en:Tiger]]
[[es:Panthera tigris]]
[[fr:Tigre]]
[[ko:호랑이]]
[[hi:बाघ]]
[[it:Panthera tigris]]
[[he:טיגריס]]
[[la:Tigris]]
[[hu:Tigris]]
[[nl:Tijger]]
[[ne:बाघ]]
[[ja:トラ]]
[[pl:Tygrys]]
[[pt:Tigre]]
[[ro:Tigru]]
[[ru:Тигр]]
[[simple:Tiger]]
[[fi:Tiikeri]]
[[sv:Tiger]]
[[ta:புலி]]
[[th:เสือโคร่ง]]
[[tr:Kaplan]]
[[vi:Hổ]]
[[zh:虎]]

PERHATIAN: Pautan-pautan ini tidak terpapar dalam isi teks, tetapi muncul mengikut susunan pada dalam lajur "Bahasa lain" di bar sisi kiri laman. Pautan-pautan ini boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kod sumber rencana tanpa mengubah penampilan visualnya pada laman bacaan kecuali susunannya. Akan tetapi, kita sewajarnya meletakkan pautan-pautan ini di bahagian bawah teks wiki.

Anda tidak patut menyertakan pautan kepada bahasa yang sama dengan Wikipedia yang anda gunakan (cth. rencana Harimau dalam Wikipedia bahasa Melayu tidak memerlukan [[ms:Harimau]] dalam kod sumbernya).

Rencana pilihan bahasa lain sunting

Untuk menandakan mana-mana pautan ini sebagai rencana pilihan dalam bahasa tertentu, tambahkan sahaja {{Link FA}} sebelum pautan-pautan antara bahasa:

{{Link FA|kod bahasa}}
[[kod bahasa:Tajuk]]

Misalnya, jika rencana Tomato menjadi rencana pilihan bahasa Perancis dan Jerman, tuliskanlah:

{{Link FA|fr}} {{Link FA|de}}
[[cy:Tomato]]
[[da:Tomat]]
[[de:Tomate]]
[[fr:Tomate]]

Bot dan pautan antara bahagian sunting

Sistem Wikipedia dilengkapi bot-bot yang membubuh dan cuba membetulkan pautan antara bahasa: jika A berpaut dengan B, maka B berpaut dengan A; begitu juga, jika A berpaut dengan B dan B berpaut dengan C, maka A berpaut dengan C. Masalahnya, kesilapan dalam satu pautan antara bahasa boleh tersebar kepada Wikipedia yang lain. Maka, jika bot menghasilkan hasil yang salah, kita terpaksa mencari kesilapan itu di versi bahasa lain Wikipedia.

Aktiviti bot-bot ini juga memerlukan pautan antara bahasa yang dibuat antara rencana-rencana yang meliputi subjek yang sama, tidak lebih tidak kurang. Anda boleh membuat pautan antara bahasa dari rencana ke bahagian rencana, seperti mana pautan kepada bahagian yang lain. Bot juga boleh menguruskannya, cuma ia tidak akan cuba memaut kembali dari bahagian kepada rencana yang berpaut dengannya. Agak rumit untuk menjaga pautan ini secara manual, jadi anda tidak digalakkan membuat pautan kepada bahagian.

  • Jika anda juga mengusahakan Wikipedia dalam bahasa lain, sila jejaki laman-laman baru di situ dan cari rencana yang sama subjeknya dalam Wikipedia Bahasa Melayu supaya anda boleh membuat pautan dari sini.
  • Jika anda membubuh pautan kepada satu Wikipedia yang juga mempunyai pautan-pautan antara bahasanya, sila hasilkan pautan kembali ke sini di Wikipedia yang lain itu. Juga disaran supaya menyalin pautan-pautan antara bahasa yang lain pada kedua-dua laman.
  • Pastikan ketepatan ejaan dan penggunaan huruf besar bagi tajuk laman dalam bahasa lain apabila membubuh pautan antara bahasa. Menuliskan tajuk yang bermula dengan huruf kecil tidak menjejaskan pautan, tetapi dikhuatiri bahawa bot interwiki mungkin tidak dapat mengecamnya.

Pautan antara bahasa dalam baris sunting

Pautan antara bahasa yang biasa hanya sesuai untuk menjalin hubungan dengan laman yang sepadan dalam bahasa lain. Akan tetapi, jika topik itu tiada lamannya dalam Wikipedia Bahasa Melayu, tetapi wujud dalam Wikipedia bahasa lain, maka ada baiknya membuat pautan sedemikian dari laman yang menyebut topiknya atau membincangkan topik yang lebih umum. Ini boleh mendorong dan membantu pengguna supaya menterjemah rencana itu, kemudian pautan antara bahasa itu boleh digantikan dengan pautan kepada rencana baru itu.

Anda boleh membuat pautan sebegini dengan membubuh tanda titik bertindih sebelum kod bahasa:

[[:fr:Littérature française du XVIIIe siècle]] atau [[:ja:Wikipedia:井戸端]]

Anda boleh menggunakan tanda paip untuk memaparkan tajuknya sahaja:

[[:fr:Littérature française du XVIIIe siècle|Littérature française du XVIIIe siècle]] atau [[:ja:Wikipedia:井戸端|Wikipedia:井戸端]]

Yang berupa sebegini: Littérature française du XVIIIe siècle atau Wikipedia:井戸端 dalam teks anda.