Wikipedia:Penamaan kategori


Inilah laman panduan pemberian nama kategori. Untuk panduan penamaan rencana, rujuk Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana.

Kategori negara sunting

Penggolongan rencana mengikut negara sunting

Subjek statik (geografi, geopolitik) sunting

Rencana berkenaan subjek geografi (termasuk ciri-ciri rupa bumi, geologi, flora dan fauna) dan geopolitik (negeri, wilayah, bandar dsb.) mesti digolongkan dalam kategori yang ada perkataan "di" di antara nama jenis subjek dan nama lokasinya. Cth:

Rencana kategori subbahagian juga dialu-alukan, khususnya bagi petempatan, dan binaan dan struktur:

Penggunaan kata sendi "di" ditekankan kerana subjek berkenaan hanya terdapat dalam lokasi itu. Adakalanya sesebuah bentuk bumi merentas lebih daripada satu negara atau wilayah, maka ia boleh dikategorikan secara berasingan mengikut negara-negara yang diliputinya. Cth: Sungai Mekong yang merentasi enam negara, iaitu China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam, digolongkan seperti berikut:

Sungai di China
Sungai di Kemboja
Sungai di Laos
Sungai di Myanmar
Sungai di Thailand
Sungai di Vietnam

Subjek dinamik (tokoh, pertubuhan, bidang-bidang lain) sunting

Rencana mengenai subjek yang bukan berkenaan dengan geografi, iaitu tokoh, pertubuhan, bidang dsb. mesti digolongkan dalam kategori yang namanya hanya terdiri daripada nama jenis subjek dan lokasinya, tanpa perkataan "di", kerana subjek-subjek sebegini tidak terikat dengan lokasi, sebaliknya ia boleh pergi ke mana sahaja ia berada; lokasi yang diberikan sekadar tempat asal atau bertapaknya subjek itu.

Pengkategorian kategori mengikut negara sunting

Pokoknya, setiap kategori subjek mengikut negara harus digolongkan dalam satu kategori "mengikut negara". Cth:

Kategori subjek geografi mengikut negara juga wajar digolongkan dalam kategori "di benua". Cth:

Bagaimanapun, kategori Geografi keseluruhan sesebuah negara tiada perkataan "di" (cth: Geografi Malaysia) atas sebab-sebab kelaziman.

Kategori tokoh atau kebudayaan mengikut negara harus digolongkan dalam satu kategori "mengikut bangsa" kerana subjek sedemikian tidak terikat kepada satu negara, bahkan tersebar ke seluruh dunia. Cth:

Untuk maklumat lanjut mengenai garis panduan pengkategorian rencana-rencana berkenaan negara, sila rujuk WikiProjek Negara.