Wikipedia:Permohonan izin hak cipta

Untuk menggunakan bahan berhak cipta di Wikipedia, adalah tidak memadai untuk kita mendapat izin untuk menggunakannya di Wikipedia sahaja. Ini adalah kerana Wikipedia menyatakan bahawa kesemua bahannya boleh digunakan oleh semua untuk apa jua tujuan, maka kita hendak memastikan bahawa semua bahan sebenarnya dilesenkan untuk tujuan itu, tak kira siapa yang membekalkannya.

Untuk berbuat demikian, kita mesti sentiasa mengemel atau menghubungi pemegang-pemegang hak cipta untuk meminta izin mereka supaya kita boleh menggunakannya di bawah Creative Commons Attribution-Sharealike 3.0 Unported License (CC-BY-SA) atau lesen yang serasi dengannya, dan juka boleh, tak lupa juga Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL) (tanpa versi, tanpa bahagian terubah, teks kulit depan, atau teks kulit belakang). Rujuk Wikipedia:Hak cipta untuk butiran lanjut.


Cara memohon izin sunting

Cari laman web luaran dan cuba mencari alamat hubungannya. Kebanyakan laman web memaparkan alamat e-mel pentadbir web (webmaster); jika pengarang teks atau jurugambar imej diketahui, cuba menghubungi pengarang atau jurugambar secara terus.

Teks sunting

Teks yang diimport dari laman-laman lain ke dalam rencana Wikipedia mesti dilesenkan di bawah syarat-syarat Creative Commons Attribution-Sharealike 3.0 Unported License (CC-BY-SA) (lesen serasi CC-BY-SA juga diterima, begitu juga dengan pelepasan ke domain awam). Apabila memohon izin, anda harus terangkan bahawa ini bererti bahawa

  1. Teksnya boleh diedarkan semula dan digunakan secara bebas.
  2. Ia boleh diubahsuai secara bebas, dan versi-versi terubah suai ini juga boleh diedarkan semula dan digunakan secara bebas.
  3. Pada semua hal, CC-BY-SA memerlukan penyebutan nama pengarang dengan betul.
  4. CC-BY-SA membenarkan penggunaan semula komersil asalkan penggunaan semula sedemikian juga di bawah CC-BY-SA.

Anda juga boleh menerangkan bahawa pengarang tidak menyerahkan apa-apa haknya untuk menggunakan teks: dia masih bebas menerbitkan teksnya di tempat lain atau melesenkan teks yang sama ke parti-parti lain di bawah mana-mana lesen lain.

Juga disaran supaya anda juga cuba mendapatkan pelesenan berganda untuk teks di bawah GNU Free Documentation License (GFDL) (tanpa versi, tanpa bahagian terubah, teks kulit depan, atau teks kulit belakang), yang serupa ideologinya dengan CC-BY-SA, tetapi tidak serasi. Kandungan am Wikipedia dilesenkan bersama supaya pengguna semula kami lebih mudah mendapatkan bahan-bahan yang ada di bawah kedua-dua lesaen, tetapi adalah tidak penting apabila mengimport teks dari laman luar yang dikarang oleh pihak luar.

Imej sunting

Untuk imej, anda tidak tertakluk pada CC-BY-SA: mana-mana lesen bebas sudah memadai. Jika identiti jurugambarnya tidak jelas (cth. jika imej dimuat naik dengan menyatakan nama jurugambar dan menuntut lesen bebas, tetapi imej tidak terdapat dalam Internet), minta pihak itu untuk mengesahkan bahawa imej itu kepunyaannya. Dalam apa jua hal, minta pihak itu untuk mengesahkan lesen yang dituntutnya. Untuk CC-BY-SA, nyatakan perkara-perkara yang disebut di atas. Mana-mana lesen bebas mesti membenarkan semua yang berikut, untuk imej dan versi-versi terubah suai yang berasaskannya sekali:

  1. Pengubahsuaian
  2. Pengedaran semula
  3. Penggunaan untuk apa jua tujuan, termasuk tujuan komersil.

Sekatan-sekatan yang dibenarkan ialah penyebutan nama pencipta dengan betul serta keperluan bahawa kerja-kerja terbitan dilesenkan seumpamanya juga.

Apabila mendapat izin sunting

Setelah anda menerima surat pengesahan yang memberikan izin, anda harus:

1. Memuat naik imej-imej, rakaman bunyi atau video yang berkenaan ke dalam Commons. Jika anda tiada akaun Commons, rujuk Commons:First steps untuk bantuan selanjutnya. Untuk teks sahaja, muat naik ke Wikipedia sahaja.

2. E-melkan surat izin muat naik Commons ke "permissions-commons AT wikimedia DOT org" dan izin teks pula ke "permissions-en AT wikimedia DOT org" dalam bahasa Inggeris (kedua-duanya adalah alamat pasukan respons sukarelawan). Pastikan anda mengisikan URL laman-laman berkenaan, dan keluaran itu akan diarkibkan dengan selamat. Dalam mel ini, isikan:
-Permintaan asal dan balasan pengesahan
-URL sumber Internet dan pautan Wikipedia yang diusulkan untuk penggunaan imej atau rencana
kerana ini akan membolehkan pasukan maklumat Wikimedia untuk mengesahkan bahan-bahan tersebut.

3. Bubuh {{OTRS pending}} pada laman penerangan imej atau laman perbincangan rencana (yang mana berkenaan). Ini akan membantu penyunting yang ada capaian ke OTRS untuk mengetag rencana atau imej itu dengan {{PermissionOTRS|ticket=http://linktoticket.org }} asalkan dibuktikan emel yang diterima serta menjelaskan status perkara berkenaan. Menyatakan pautan ke nombor tiket OTRS adalah penting untuk pengesahan mudah.

Lihat juga: Wikipedia:Hak cipta, Wikipedia:Pelanggaran hak cipta