Wilhelm II, Maharaja Jerman

William II atau Wilhelm II (nama lahir: Frederick William Albert Victor; bahasa Jerman: Friedrich Wilhelm Albert Victor) (27 Januari 18594 Jun 1941), merupakan Maharaja Jerman dan Raja Prusia (bahasa Jerman: Deutscher Kaiser und König von Preußen) yang terakhir. Baginda memerintah kedua-dua Empayar Jerman dan Prusia dari 15 Jun 1888 sehingga 9 November 1918.

William II
Maharaja Jerman, Raja Prusia
Potret Wilhelm II oleh Philip Alexius de Laszlo.
Pemerintahan1888-1918
PendahuluFrederick III
PenggantiTiada (pemerintahan beraja dibubarkan)
PasanganAugusta Viktoria
AnakandaPutera Mahkota Wilhelm
Putera Eitel Friedrich
Putera Adalbert
Putera August Wilhelm
Putera Oskar
Putera Joachim
Puteri Viktoria Luise
Kerabat dirajaKerabat Diraja Hohenzollern
AyahandaFrederick III
BondaVictoria, Puteri Diraja
Keluarga Diraja Jerman
Hohenzollern

Wilhelm I (1861-1888)
Putera-puteri
Frederick III
Puteri Louise
Frederick III (1888)
Putera-puteri
Wilhelm II
Puteri Charlotte
Putera Heinrich
Putera Sigismund
Puteri Viktoria
Putera Waldemar
Puteri Sophie
Puteri Margaret
Cucunda
Puteri Waldemar
Putera Sigismund
Putera Heinrich
Wilhelm II (1888-1918)
Putera-puteri
Putera Mahkota Wilhelm
Putera Eitel Friedrich
Putera Adalbert
Putera August Wilhelm
Putera Oskar
Putera Joachim
Puteri Viktoria Luise

Peranan William II dalam sejarah Jerman merupakan satu persoalan yang penuh dengan perbalahan dalam kesarjanaan sejarah. Pada mulanya, baginda diperlihatkan sebagai satu tokoh yang penting, walaupun yang memalukan, dalam sejarah Jerman sehingga lewat dekad 1950-an. Selama banyak tahun selepas itu, pandangan utama adalah bahawa baginda tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam dasar Jerman yang mengakibatkan Perang Dunia I. Pandangan ini telah dicabar sejak lewat 1970-an, terutamanya oleh Profesor John C. G. Rohl yang memperlihatkan William II sebagai tokoh utama dalam pemahaman kesemberonoan dan kejatuhan Empayar Jerman yang kemudian. [1]

Kehidupan awal sunting

Wilhelm II dilahirkan di Berlin kepada Putera Frederick William dari Prusia dan isterinya, Victoria, Puteri Diraja United Kingdom. Sebagai anak kepada Putera Mahkota Prusia, William bukan sahaja merupakan (dari tahun 1861) orang kedua dalam susunan untuk menduduki takhta Prusia tetapi selepas tahun 1871, juga takhta Empayar Jerman. Ini disebabkan Perlembagaan Empayar Jerman menetapkan bahawa empayar tersebut diperintah oleh Raja Prusia. Bondanya adalah mak saudara kepada Maharani Alexandra (isteri Tsar Nicholas II) dari Rusia, dan adik perempuan kepada Raja Edward VII dari United Kingdom.

Trauma kelahiran sunting

Kelahiran songsang yang traumatik menyebabkan Wilhem II mempunyai lengan kiri yang layu, akibat palsi Erb. Baginda mencuba menyembunyikan kecacatannya ini dengan setakat kejayaan. Dalam banyak gambar foto, Wilhelm II mengambil sepasang sarung tangan putih dengan tangan kiri supaya lengannya kelihatan lebih panjang, atau meletakkan tangan kirinya pada hulu pedang, ataupun memegang tongkat untuk menimbulkan kesan bahawa lengannya diletakkan pada sudut yang menimbulkan rasa hormat.

 
Wilhelm II. Kelihatan tangan kananya menutup tangan kirinya kerana kecacatan.

Analisis terkini untuk rekod-rekod kelahiran Wilhelm II yang terdapat di Arkib Empayar juga menunjukkan bahawa baginda mungkin mengalami setakat trauma otak yang mengakibatkan kerosakan. Ahli-ahli sejarah berbelah bagi tentang adakah ketakupayaan mental mengakibatkan sikapnya yang sering agresif, tidak bijaksana, keras kepala, dan kekadang mengerasi orang-orang, bukan sahaja dalam hubungan-hubungannya dalam kehidupan peribadi, tetapi juga dalam kehidupan politiknya. Gaya seperti ini sudah tentu merosakkan dasar Jerman di bawah pimpinannya, terutamanya peristiwa pemecatan Otto von Bismarck, Perdana Menterinya yang waspada.

Asuhan sunting

Wilhelm II juga mempunyai hubungan yang amat sukar dengan bondanya, Victoria, yang agak dingin terhadapnya, dan rasa bersalah Victoria terhadap kecacatan anaknya terjelma dalam pemaksaan Wilhem II melakukan senaman yang azab. Victoria mendesak bahawa putera-puteranya dipanggil dengan nama Inggeris — oleh itu, "Wilhelm" dikenali sebagai "William", dan putera keduanya, "Heinrich", menjadi "Henry". Wilhem II memendam rasa bercampur baur terhadap Britain dan orang-orang British pada sepanjang hayatnya; kebanyakan daripada perasaan ini dapat dikesani ke peringkat perkembangannya yang amat awal ini.

 
Wilhelm sebagai seorang pelajar.

William menerima pendidikannya di Friedrichsgymnasium, Kassel, dan kemudiannya di Universiti Bonn. Walaupun beliau mempunyai kecerdasan yang baik, ini malangnya sering dibayangi oleh panas barannya yang perengus dan banyak kerenah. William juga menunjukkan setakat minat dalam sains dan teknologi tetapi dalam perbualan, walaupun beliau suka berlagak sebagai orang yang mementingkan dunia, William masih yakin bahawa beliau tergolong dalam golongan manusia yang istimewa, dan telah dilantik untuk menjadi raja melalui limpah kurnia Tuhan. William dituduh kerana bersikap megalomania seawal tahun 1894 lagi oleh pencinta damai Jerman, Ludwig Quidde.

Sebagai keturunan keluarga diraja Hohenzollern, William juga telah didedahkan kepada masyarakat tentera golongan bangsawan Prusia sejak masa awal lagi. Tidak perlulah ditegaskan bahawa ini kemudian merupakan sebahagian yang utama dalam kehidupannya dan sejak kedewasaannya, William jarang dinampak tanpa pakaian seragamnya. Budaya ketenteraan Prusia yang bersifat kelaki-lakian yang berketerlaluan itu amat mempengaruhi ideal-ideal politik serta hubungan-hubungan peribadi William.

Hubungan William dengan ahli-ahli lelaki keluarganya adalah sama menarik berbanding dengan hubungan dengan bondanya. Ayahandanya, Putera Mahkota Friedrich, diperlihatkan oleh William dengan kasih sayang dan rasa hormat yang mendalam. Taraf ayahandanya sebagai pahlawan dalam perang-perang penyatuan amat membentuk sikap William yang muda ketika itu, selain daripada keadaan-keadaan yang beliau dibesarkan; hubungan emosi antara ayah dan anak tidak digalakkan. Kemudian, ketika William mempunyai hubungan dengan penentang-penentang politik ayahandanya, William bermula mempunyai perasaan yang lebih ambivalen terhadap ayahnya, akibat pengaruh bonda William terhadap seorang tokoh yang sepatutunya mempunyai kebebasan dan kekuatan kelaki-lakian. William juga memuja datuknya, William I yang memainkan peranan yang penting dalam percubaan-percubaan kemudian untuk menggalakkan kultus Maharaja Jerman yang pertama sebagai "William Agung".

Pemerintahan sunting

Naik takhta sunting

Kaiser Wilhelm I meninggal di Berlin pada 9 Mac 1888, dan ayah Pangeran Wilhelm naik takhta sebagai Frederick III. Dia sudah menderita barah tekak yang tidak dapat disembuhkan dan menghabiskan 99 hari pemerintahannya untuk memerangi penyakit itu sebelum tewas kepada barah tersebut. Pada 15 Jun tahun yang sama, puteranya yang berusia 29 tahun menggantikannya sebagai Maharaja Jerman dan Raja Prusia.

 
Kaiser Wilhelm II pada tahun 1905.

Walaupun di masa mudanya dia telah menjadi pengagum Otto von Bismarck yang hebat, sifat tidak sabar Wilhelm segera membawanya bertentangan dengan "Iron Chancellor", tokoh dominan dalam dasar kerajaannya. Maharaja yang baru menentang dasar luar Bismarck yang berhati-hati, lebih memilih pengembangan yang kuat dan pantas untuk melindungi "tempat di bawah sinar matahari" Jerman. Selanjutnya, Kaisar muda telah naik takhta yang bertekad untuk memerintah dan juga memerintah, tidak seperti datuknya. Walaupun surat perlembagaan kekaisaran memberikan kuasa eksekutif kepada maharaja, Wilhelm I telah puas menyerahkan pentadbiran sehari-hari kepada Bismarck. Konflik awal antara Wilhelm II dan kanselornya segera meracuni hubungan antara kedua-dua pemimpin itu. Bismarck percaya bahawa Wilhelm adalah orang lemah yang dapat dikuasai, dan dia menunjukkan sedikit rasa hormat terhadap kebijakan Wilhelm pada akhir tahun 1880-an. Perpecahan terakhir antara raja dan negarawan berlaku sejurus percubaan oleh Bismarck untuk melaksanakan undang-undang anti-Sosialis yang luas pada awal tahun 1890.

Rujukan sunting

  1. ^ Röhl (1994), m.s. 10

Pautan luar sunting



Wilhelm II, Maharaja Jerman
Tarikh keputeraan: 27 Januari 1859 Tarikh kemangkatan: 4 Jun 1941
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Friedrich III
Maharaja Jerman
1888-1918
Diikuti oleh:
Pembubaran pemerintahan beraja
Raja Prusia
1888-1918
Gelar sebagai penuntut
Didahului oleh
Tiada
— TIDAK MEMERINTAH —
Maharaja Jerman
1918-1941
Diikuti oleh:
Putera Mahkota Wilhelm
— TIDAK MEMERINTAH —
Raja Prusia
1918-1941