Akínwándé Olúwo̩lé Babátúndé S̩óyíinká atau nama pena beliau Wole Soyinka [wɔlé ʃójĩnká, wo.lé syo.ying.ka] (lahir 13 Julai 1934) adalah seorang penulis, penyair dan dramawan Nigeria. Beliau melibatkan diri juga sebagai pensyarah mengajar seni dan sastera tidak sahaja dalam negaranya malah juga sejauh institut-institut dunia Barat seperti Universiti Oxford di UK serta Cornell (1988 to 1991)[2][3] Harvard dan Yale di Amerika Syarikat[4][5] Beliau dikenali atas kelantangannya mengkritik penindasan kediktatoran dan ketidakadilan yang melanda tidak sahaja negaranya - terutamanya semasa dalam rejim Sani Abacha di mana beliau menjadi buruan - tetapi juga orang kuat serantau seperti Robert Mugabe.[6]

Wole Soyinka
LahirAkínwándé Olúwolé Babátúndé Sóyíinká[1]
PekerjaanPenulis
WarganegaraNigeria
GenreDrama, Puisi
SubjekKesusasteraan perbandingan
AnugerahHadiah Nobel dalam Kesusasteraan
1986

Beliau merupakan penerima kehormatan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1986 yang pertama dari rantau benua Afrika luar Sahara.[7][8] Pada tahun 1994, dia dilantik oleh UNESCO sebagai Duta Muhibah mempromosikan budaya, hak asasi manusia, kebebasan berekspresi, media dan komunikasi Afrika.

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Akínwándé lahir di kota Abẹokuta, Negeri Ogun anak kedua daripada tujuh adik-beradik kepada Samuel Ayodele Soyinka (whom he called S.A. or "Essay"), seorang paderi Anglikan dan pengetua sebuah sekolah gereja, dan Grace Eniola Soyinka, seorang aktivis dan peniaga. Keluarganya berbangsa Yoruba, malah mereka sebahagian daripada suatu salasilah keluarga berpengaruh di negerinya; antara saudara-maranya Fela Kuti, seorang pemuzik terkenal dan Beko Ransome-Kuti, seorang aktivis.[9]

Kerjaya perguruan sunting

Hasil karya sunting

Drama sunting

Novel sunting

Memoir sunting

Kumpulan puisi sunting

  • A Big Airplane Crashed Into The Earth (original title Poems from Prison)
  • Idanre and other poems
  • Mandela's Earth and other poems
  • Ogun Abibiman
  • Samarkand and Other Markets I Have Known
  • Abiku
  • "After the Deluge"
  • "Telephone Conversation"

Esei sunting

  • Neo-Tarzanism: The Poetics of Pseudo-Transition
  • Art, Dialogue, and Outrage: Essays on Literature and Culture
  • Myth, Literature and the African World
  • "From Drama and the African World View"
  • The Burden of Memory The Muse of Forgiveness

Filemografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Tyler Wasson; Gert H. Brieger (1 Januari 1987). Nobel Prize Winners: An H.W. Wilson Biographical Dictionary, Volume 1. The University of Michigan, U.S.A. m/s. 993. ISBN 9780824207564. Dicapai pada 4 Disember 2014.
  2. ^ "Soyinka, Wole 1934–". Encyclopedia.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 December 2017.
  3. ^ https://ecommons.cornell.edu/bitstream/handle/1813/25283/019_37.pdf?sequence=1&isAllowed=y
  4. ^ "Profile of Nobel Laureate Wole Soyinka" (PDF). The University of Alberta. Dicapai pada 10 December 2013.
  5. ^ Posey, Jacquie (18 November 2004). "Nigerian Writer, Nobel Laureate Wole Soyinka to Speak at Penn". The University of Pennsylvania. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-13. Dicapai pada 10 December 2013.
  6. ^ Maya Jaggi (2 November 2002). "Ousting monsters". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 4 October 2016.
  7. ^ "The Nobel Prize in Literature 1986 Wole Soyinka". The Nobel Prize. Dicapai pada 10 December 2013.
  8. ^ "Africa's Nobel Prize winners: A list". www.aljazeera.com. Dicapai pada 2020-05-27.
  9. ^ Maya Jaggi, "The voice of conscience", The Guardian, 28 May 2007.

Pautan luar sunting