Wolfgang Amadeus Mozart

Senarai opera Wolfgang Amadeus Mozart

Die Schuldigkeit des ersten Gebotes (1767)
Apollo et Hyacinthus (1767)
Bastien und Bastienne (1768)
La finta semplice (1769)
Mitridate, re di Ponto (1770)
Ascanio in Alba (1771)
Il sogno di Scipione (1772)
Lucio Silla (1772)
La finta giardiniera (1775)
Il re pastore (1775)
Thamos, König in Ägypten (1779)
Zaide (1780)
Idomeneo (1781)
Die Entführung aus dem Serail (1782)
L'oca del Cairo (1783)
Lo sposo deluso (1784)
Der Schauspieldirektor (1786)
The Marriage of Figaro (1786)
Don Giovanni (1787)
Così fan tutte (1790)
The Magic Flute (1791)
La clemenza di Tito (1791)


Wolfgang Amadeus Mozart (27 Januari 1756 – 5 Disember 1791), dibaptiskan sebagai Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart adalah seorang penggubah muzik klasikal Eropah dari Austria yang terkemuka dan amat berpengaruh dari era klasikal. Beliau telah menggubah lebih dari 600 hasil karya termasuk kerja-kerja yang diakui secara meluas sebagai kemuncak kepada muzik simfoni orkestra, muzik kamar, piano, opera dan juga muzik koral.

Mozart adalah di antara penggubah Eropah yang amat terkenal dan banyak daripada hasil karya beliau telah menjadi sebahagian dari standard untuk repertoir konsert-konsert simfoni orkestra.

Awal kehidupan sunting

Ayah Mozart, Johann Georg Leopold Mozart ialah penggubah lagu yang penting pada zamannya, salah satu karyanya yang paling penting ialah Kindersinfonie ("Simfoni Anak-Anak"). Wolfgang ialah bongsu bungsu daripada tujuh adik-beradik,[1] tetapi hanya beliau dan kakaknya, Maria Anna Mozart ("Nannerl") yang dapat hidup sampai dewasa.

Menurut Nannerl, beliau mula terikut-ikut dengan bermain alat muzik ketika masih kecil, dan menjelang umur lima tahun, beliau berupaya menggubah beberapa lagu kecil sambil direkodkan oleh ayahnya.[2] Gubahan-gubahan ini, K. 1 ke 5 ada direkodkan dalam Nannerl Notenbuch. Meskipun begitu, para pengkaji tidak dapat pasti sama ada Mozart adalah berumur empat atau lima tahun ketika menghasilkan gubahan itu, meskipun bersepakat bahawa tiga gubahan pertama (1a, 1b dan 1c) dihasilkan hanya dalam masa beberapa minggu.

Pada tahun-tahun awalnya, ayah Mozart ialah satu-satu gurunya. Di samping ilmu muzik, beliau juga mengajar anak-anaknya bahasa serta subjek akademik.[3] Solomon menyatakan bahawa, sementara Leopold adalah guru yang setia kepada anak-anaknya, ada bukti bahawa Mozart ingin menjadi lebih maju daripada apa yang diajarkannya.[3] Komposisi pertamanya yang disalin dengan dakwat dan permainannya dengan biola adalah inisiatifnya sendiri serta mengejutkan Leopold,[4] yang akhirnya berhenti menggubah lagi ketika bakat muzik anaknya menjadi ketara.[5]

Mozart serta keluarganya kemudian dibawa untuk bermain piano di hadapan pelantik diraja Maximillian III di kota München. Pada bulan September 1762, Leopold mengambil cuti panjang daripada kerjanya untuk mempromosikan anaknya kepada para kerabat raja. Kemudian, Mozart berada dalam suatu jelajah konsert yang selama kira-kira 3 tahun di sekitar Eropah seperti Paris (1763, 1765) dan London (1764-1765). Di London, beliau juga bertemu dengan anak Johann Sebastian Bach, yaitu Johann Christian Bach yang sering dipanggil sebagai English Bach. Ketika berusia lapan tahun, beliau berjaya menghasilkan simfoni pertamanya, dengan kebanyakan bahagian mungkin dilakar oleh ayahnya.[6]

Pada tahun 1769, Mozart mengadakan perjalanan ke Itali. Ketika di Itali, beliau menggubah opera Mitridati, rè di Ponto (1770) dan Lucia Silla (1772) dan kedua-dua opera mendapat kejayaan besar dalam pertunjukannya di Milan. Mozart juga mencipatakan banyak simfoni selama perjalanan ini, dan dipengaruhi para penggubah Itali seperti Sammartini. Di Bologna, Mozart juga bertemu denagan para komposer seperti Josef Mysliveček dan Padre Martini.

Di Salzburg sunting

Sebelum kembali dari Itali, Mozart tinggal bersama ayahnya selama 10 minggu di Vienna; Leopold tidak mahu Mozart kembali dan bekerja menjadi “tukang” muzik yang tidak terlalu dihargai di Salzburg. Dengan itu, Leopold berusaha untuk mendapatkan pekerjaan bagi anaknya di situ, tetapi tak berhasil. Sebenarnya, perbuatan Leopold mempromosikan anak-anaknya diseluruh Eropah tak terlalu disukai oleh pihak Empayar Austria. Di Vienna, Mozart mendengar karya-karya Joseph Haydn yang terbaharu dan beliau juga menemui adiknya, Michael. Salah satu karya yang penting pada pada masa ini ialah K.183, Simfoni No. 25 dalam G Minor (1773) dan K. 201, Simfoni dalam A Major (1774). Pada saat yang sama di Salzburg, Uskup Segismundo meninggal dunia dan digantikan oleh Hieronymous von Colloredo yang bersifat autoritatif. Setelah pulang dari Itali, Mozart mendapat jawatan sebagai maestro gereja kecil di Salzburg.

Rujukan sunting

  1. ^ "Maria Anna Pertl"
  2. ^ Deutsch 1965, halaman 455
  3. ^ a b Solomon 1995, halaman 39–40
  4. ^ Deutsch 1965, halaman 453
  5. ^ Solomon 1995, halaman 33
  6. ^ Meerdter, Joe (2009). "Mozart Biography". midiworld.com. Dicapai pada 20 December 2014.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting

Rujukan am

Skor

 
Wolfgang Amadeus Mozart

Rakaman

Topik khusus