Wong Pei Tty (lahir 11 November 1981) merupakan seorang pemain badminton wanita dari Malaysia.

Wong Pei Tty
Maklumat peribadi
Nama kelahiranWong Pei Tty
NegaraMalaysia Malaysia
Cakat tanganKanan
JurulatihRexy Mainaky
Beregu wanita dan campuran
Ranking tertinggi1 (dengan Chin Eei Hui) (15 Januari 2009)
Ranking semasa2 (dengan Chin Eei Hui)
28 (dengan Lim Khim Wah) (22 Januari 2009)
Profil BWF

Wong Pei Tty bersaing dalam Sukan Olimpik 2004 dalam acara beregu wanita bersama pasangannya Chin Eei Hui. Mereka menewaskan Shizuka Yamamoto dan Seiko Yamada dari Jepun di pusingan pertama tetapi ditewaskan oleh pasangan Huang Sui dan Gao Ling dari Republik Rakyat China di pusingan kedua.

Pada 15 Januari 2008, Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui mencapai tangga nombor 1 kedudukan beregu wanita dunia buat kali pertama. Bagaimanapun, hal ini cuma terjadi kerana semua pasangan China tidak menyertai beberapa pertandingan berturut-turut.[1]

Nota sunting

Rujukan sunting