Tan Sri Yahaya bin Ahmad (11 Ogos 1947 - 2 Mac 1997)[1] ialah bekas Pengerusi DRB-HICOM, konglomerat perindustrian Malaysia. Syarikat ini mempunyai 32,000 pekerja. Beliau mendapat jolokan "Car Czar" Malaysia.


Yahaya Ahmad
Kelahiran11 Ogos 1947
Meninggal dunia2 Mac 1997(1997-03-02) (umur 49)
Sebab kematianNahas helikopter
PekerjaanPengasas DRB-HICOM
Nilai bersihTidak diketahui
PasanganRohana Othman (1978-1997)
Anak-anakYatina Yahaya
Nadiya Yahaya
Aman Yahaya
Faez Yahaya

Kehidupan awal sunting

Yahaya Ahmad dilahirkan pada 11 Ogos 1947 di Marang, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Antara kenalan rapat ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dikatakan juga Yahya berkrisis dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menuntut di Universiti Malaya.

Pengerusi DRB-HICOM sunting

Yahaya mula berjinak dengan dunia automobil pada 1981 iaitu semasa selepas pelancaran kereta nasional Malaysia Proton Saga. Beliau mula dilantik menjadi pengerusi DRB-HICOM pada 1 Januari 1994. Menerusi DRB atau Diversified Resources Bhd, Yahaya berjaya menguasai syarikat pengeluar kereta nasional Proton. Pada 1990-an kereta Proton Iswara dan Proton Wira telah dilancarkan. Pada April 1996, Proton Tiara dilancarkan. Seterusnya pada Oktober 1996, Proton melalui Yahaya telah mengambil kawalan terhadap Lotus. Kemudian diambil alih oleh Pengarah Urusan Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dengan Tengku Mahaleel Tengku Ariff. Selepas kematian Yahaya, jawatan Pengerusi DRB HICOM diambil alih oleh Tan Sri Mohd Saleh Sulong.[2]

Pada 1997, Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan Malaysia pemangku Perdana Menteri Malaysia bersama-sama Tan Sri Yahya menyelesaikan kesesakan jalan raya sekitar bandar raya Kuala Lumpur melalui penubuhan bas Intrakota yang menyediakan laluan khas untuk kenderaan awam.

Helikopter terhempas sunting

Beliau meninggal dunia pada 2 Mac 1997 setelah terlibat dalam kemalangan helikopter peribadi yang dinaiki bersama isterinya Rohana Othman yang meletup dan terhempas di Kampung Jeransang, Sungai Tamar, Kuala Lipis, Pahang.[3] Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, menziarahi ibu Mandak Omar di Marang.[4]

Helikopter jenis Agusta A109E pada ketinggian 2,900m terhempas di kebun berhampiran dengan kawasan perumahan di Kampung Atong, Jerangsang kira-kira 40 km dari Kuala Lipis. Juruterbang Mejar (B) Azlizan Abdul Manas (32 tahun) dari Batu Pahat, Johor turut terbunuh. Helikopter tersebut milik syarikat Gadek Aviation Helicopter Sdn. Bhd., salah sebuah anak syarikat DRB-HICOM. Enjinnya berhadapan dengan masalah selepas 30 minit penerbangan dari Helipad Segambut, Kuala Lumpur.[5]

Jenazah Yahaya dan isteri, Rohana dibawa pulang ke Terengganu pada 4 Mac 1997 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Marang. Dua anak mereka yang belajar di UK segera pulang ke rumah di Kelana Jaya.

Penghargaan sunting

Bagi menghargai jasanya, pada 15 Julai 1997 pusat latihan kemahiran Institut Kemahiran Mara Pekan (IKM Pekan) di Pekan, Pahang dinamakan semula sebagai Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad (IKM TSYA).

Terdapat sebuah jalan yang diberi nama Jalan Yahaya Ahmad yang dinamakan sempena namanya, ia terletak di Dungun, Terengganu.

Keluarga sunting

Yahya mendirikan rumah tangga dengan kekasih lamanya, Rohana Othman pada 17 Januari 1978 dan mereka dikurniakan empat orang anak. Anak mereka ialah Yatina, Nadiya, Aman dan Faez.

Rujukan sunting

  1. ^ Michael Harrison (5 Mac 1997). Millionaire behind Lotus killed in crash Independent. Diperoleh pada 30 Ogos 2018.
  2. ^ The long winding road The Star Online (11 April 2009). Diperoleh pada 11 April 2009.
  3. ^ "Business magnate Yahaya Ahmad killed in helicopter crash", New Straits Times, 3 March 1997.
  4. ^ "Pengerusi DRB-HICOM maut nahas helikopter", Berita Harian, 3 Mac 1997.
  5. ^ Enjin helikopter tidak berfungsi secara normal Mail Archive. Diperoleh pada 11 April 2015.