Daerah Yan

(Dilencongkan dari Yan, Kedah)

Yan merupakan sebuah daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah ini terletak di barat negeri Kedah dan berkeluasan 241 kilometer persegi. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kota Setar di utara, Pendang di timur laut, Kuala Muda di tenggara dan Selat Melaka di barat.

Daerah Yan
ين
Lokasi Daerah Yan di Kedah
Lokasi Daerah Yan di Kedah
Daerah Yan is located in Bumi
Daerah Yan
Daerah Yan (Bumi)
Koordinat: 5°48′N 100°22′E / 5.800°N 100.367°E / 5.800; 100.367Koordinat: 5°48′N 100°22′E / 5.800°N 100.367°E / 5.800; 100.367
Negara Malaysia
Negeri Kedah
PusatYan Besar
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Yan
Kerajaan
 • Pegawai daerahMohamad Subhi Abdullah
Keluasan
 • Jumlah241.78 km2 (93.35 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah73,384
 • Kepadatan300/km2 (790/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
06xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Yan Besar.

Etimologi sunting

Perkataan "Yan" dikatakan berasal daripada penghujung perkataan "Sendayan" iaitu suatu tumbuhan yang banyak terdapat di daerah ini dahulu. Perkataan "Yan" juga dikatakan berasal daripada perkataan "durian".[2] Perkataan "Yan" juga dipercayai disebut sebagai "Yen" pada zaman dahulu yang bermaksud sejuk dalam bahasa Thai dan berkemungkinan nama tersebut diambil bersempena nama sebatang sungai di daerah ini.[3]

Sejarah sunting

Daerah Yan telah dibuka secara rasmi pada tahun 1904 dan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri. Sultan Kedah telah menganugerahkan kawasan Yan kepada beliau bagi menjalankan tugas memungut cukai dan mentadbir daerah ini. [2]

Apabila pemerintahan British telah bermula pada tahun 1909, daerah Yan telah diwujudkan secara rasmi dan pegawai daerah pertama telah dilantik iaitu Tengku Mansor ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tugasan utama pegawai daerah ketika itu termasuklah menguruskan pentadbiran, hakim bagi kesalahan kecil dan pemungut cukai.[3]

Pentadbiran sunting

Terdapat lima mukim di daerah Yan yang merangkumi beberapa buah bandar dan pekan;

 
Peta daerah Yan
  1. Mukim Dulang
  2. Mukim Sala Besar
  3. Mukim Singkir
  4. Mukim Sungai Daun
  5. Mukim Yan
  6. Bandar Guar Chempedak
  7. Bandar Yan
  8. Pekan Simpang Tiga Sungai Limau
  9. Pekan Sungai Limau Dalam
  10. Pekan Teroi
  11. Pekan Singkir

Pihak berkuasa tempatan sunting

Daerah Yan ditadbir oleh Majlis Daerah Yan yang berpusat di Yan Besar.

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199160,483—    
200062,217+2.9%
201066,606+7.1%
202073,384+10.2%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Yan ialah seramai 73,384 orang dengan kepadatan penduduk 298 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Yan merupakan Bumiputera, dengan peratusan 96 peratus daripada jumlah penduduk.[4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 69,938
Cina 2,734
India 63
Lain-lain 67
Bukan warganegara - 582
Jumlah 73,384

Kemudahan sunting

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Yan. Terdapat sebanyak 38 buah sekolah di daerah ini. Daerah Yan juga mempunyai enam buah balai polis, dua balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Yan – Mengenai Kami". pty.kedah.gov.my.
  2. ^ a b "Info Yan – Portal PBT Kedah". pbt.kedah.gov.my. Dicapai pada 2023-12-17.
  3. ^ a b "LATAR BELAKANG DAERAH YAN – Portal Rasmi Pejabat Daerah & Tanah Negeri Kedah" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-17.
  4. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.