Yang di-Pertua Negeri Sabah

wakil raja pemerintah di Sabah, Malaysia

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah merupakan ketua dan pemerintah bagi Negeri Sabah. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah. Menurut Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun. Sebelum ini istilah Gabenor digunakan.

Yang di-Pertua Negeri
Sabah
Penyandang
Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin
sejak 1 Januari 2011
GelaranTuan Yang Terutama (T.Y.T.)
Bidang kuasaSabah Edit the value on Wikidata
KediamanIstana Negeri
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong Edit the value on Wikidata
Penjawat sulungTun Datu Mustapha Datu Harun
Dibentuk16 September 1963; 60 tahun yang lalu (1963-09-16)
SenaraiSenarai Yang di-Pertua Negeri Sabah Edit the value on Wikidata
Tapak webistana.sabah.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.

Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

Sabah tidak mempunyai raja atau sultan. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah. Bagaimanapun, Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.


Senarai Yang di-Pertua Negeri Sabah sunting

No. Jata Negeri Potret Yang di-Pertua Negeri Tarikh Perkhidmatan
Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat Tempoh
1     Mustapha Harun 16 September 1963 16 September 1965 2 tahun, 0 hari
2     Pengiran Ahmad Raffae 16 September 1965 16 September 1973 8 tahun, 0 hari
3     Tun Fuad Stephens 16 September 1973 28 Julai 1975 1 tahun, 315 hari
4     Mohd Hamdan Abdullah 28 Julai 1975 10 Oktober 1977 2 tahun, 74 hari
5     Ahmad Koroh 12 Oktober 1977 25 Jun 1978 256 hari
6     Mohamad Adnan Robert 25 Jun 1978 31 Disember 1986 8 tahun, 189 hari
7     Mohamed Said Keruak 1 Januari 1987 31 Disember 1994 7 tahun, 364 hari
8     Sakaran Dandai 1 Januari 1995 31 Disember 2002 7 tahun, 364 hari
9     Ahmadshah Abdullah 1 Januari 2003 31 Disember 2010 7 tahun, 364 hari
10     Juhar Mahiruddin 1 Januari 2011 Incumbent 13 tahun, 83 hari