Yasuo Fukuda (Jepun: 福田 康夫, Fukuda Yasuo) lahir pada 16 Julai 1936 , merupakan ahli politik Jepun. Beliau adalah presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) setelah terpilih pada 23 September 2007 , menggantikan Shinzo Abe. Parti LDP menang majoriti di Dewan Perwakilan di mana Fukuda terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun ke-91 pada 25 September 2007.

Yasuo Fukuda
Perdana Menteri Jepun yang ke-91
Dalam jawatan
26 September 2007 – 24 September 2008
RajaAkihito
Didahului olehShinzo Abe
Digantikan olehTaro Aso
Butiran peribadi
Lahir (1936-07-16) 16 Julai 1936 (umur 87)
Jepun Takasaki, Gunma, Jepun
Parti politikParti Demokratik Liberal
PasanganKiyoko Yasuda

Pada 1 September 2008, Fukuda mengumumkan perletakan jawatannya, maka diadakan satu sidang pemilihan kepimpinan.[1]

Fukuda adalah yang paling lama berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kabinet dalam sejarah Jepun, 1289 hari di bawah Perdana Menteri Yoshiro Mori dan Junichiro Koizumi.[2] Beliau adalah anak bekas Perdana Menteri Jepun (Takeo Fukuda) pertama yang menyandang jawatan ini.

Kehidupan awal sunting

Yasuo Fukuda dilahirkan di Takasaki, Gunma dan anak sulung kepada Perdana Menteri Takeo Fukuda. Dia sekolah di Sekolah Tinggi Azabu dan menerima ijazah dari Universiti Waseda pada 1959.

Selepas belajar di universiti, Fukuda bekerja di Maruzen Petroleum ( Cosmo Oil Company) . Terlibat dalam politik secara minima selama 17 tahun. Dia telah ditempatkan di Amerika Syarikat dari 1962 - 1964.

Ketika ayahnya Takeo Fukuda menjadi perdana menteri dari 1976 hingga 1978 , Yasuo menjadi setiausaha politik. Dari 1978-1989 , beliau menjadi pengarah Institut Kinzai - Hal Ehwal Kewangan, bertugas sebagai pemegang amanah sejak 1996 .

Kerjaya politik sunting

Fukuda bertanding untuk Dewan Perwakilan pada 1990 dan menang. Pada 1997 terpilih menjadi timbalan pengarah Parti Liberal Demokrat dan menjadi Ketua Setiausaha Kabinet kepada Yoshiro Mori pada Oktober 2000. Tetapi meletak jawatan itu pada 7 Mei 2004 kerana dikaitkan dengan skandal sistem pencen.

Fukuda menjadi calon untuk kepimpinan LDP pada 2006 tetapi 21 Julai dia menarik diri. Dengan itu Shinzo Abe menggantikan Junichiro Koizumi sebagai presiden LDP dan Perdana Menteri Jepun.

Satu daripada prasyarat untuk menjadi perdana menteri ialah mestilah melawat Kuil Yasukuni. Pada Jun 2006, Fukuda menyertai 134 pembuat undang-undang untuk mengenepikan syarat tersebut. Selepas Shinzo Abe bersara pada September 2007, Fukura diwar-warkan sebagai presiden LDP. Ini kerana LDP merupakan parti majoriti dalam Dewan Perwakilan dan secara automatik , calon LDP menjadi perdana menteri. Fukuda menerima sokongan kuat dari pelbagai pihak terutama dari paksi Menteri Luar, Nobutaka Machimura di mana Fukuda menjadi ahlinya. Menteri Kewangan, Fukushiro Nukaga‎ turut berada di belakangnya. Tarō Asō merupakan pesaing bagi Fukuda.

Fukuda mempunyai peluang cerah memang dalam pemilihan presiden pada 23 September 2007. Tetapi Taro Aso juga ada lebih peluang. Pada 23 September 2007, Fukuda menewaskan Taro Aso dengan 330 undi berbanding 197 undi. Fukuda akan dilantik secara rasmi sebagai perdana menteri Jepun pada 25 September 2007.

Rujukan sunting

  1. ^ Kato, Taku (1 September 2008). "Fukuda Resigns as Japan's Prime Minister Citing Gridlock". Bloomberg.com. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Keiichi Yamamura and Sachiko Sakamaki, "Fukuda Challenges Aso in Race to Be Prime Minister", Bloomberg.com, 14 September 2007.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Shinzo Abe
Perdana Menteri Jepun
2007 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Hidenao Nakagawa
Ketua Setiusaha Kabinet Jepun
2000 – 2004
Diikuti oleh:
Hiroyuki Hosoda