Zainul Abidin Rasheed

Singaporean politician

Zainul Abidin bin Mohamed Rasheed (lahir 17 Mac 1948)[1] ialah seorang ahli politik dari Singapura dan bekas Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied (Aljunied GRC) dari tahun 2001 hingga 2011.

Pendidikan sunting

Zainul menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Daud dan Institusi Raffles. Beliau kemudian menuntut di Universiti Nasional Singapura dalam jurusan ekonomi. Sebagai seorang mahasiswa, beliau telah menerima anugerah Gold Outstanding Young Singaporean Award pada tahun 1974.

Kerjaya sunting

Setelah sekian lama bekerja dengan Singapore Press Holdings (Asia News Bulletin, The Sunday Times, The Straits Times, Berita Harian) beliau dilantik untuk bertugas dengan badan-badan pemerintah seperti Yayasan Mendaki (1990 - 1993) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) (1991-1996).

Beliau pernah memegang beberapa jawatan yang penting, antaranya:

  • Ahli Majlis Universiti Nasional Singapura
  • Ahli lembaga pemegang amanah, NTUC Healthcare Co-operative Ltd
  • Ahli lembaga pengarah, Mendaki Holdings
  • Ahli lembaga pengelola, Institusi Raffles
  • Penasihat Singapore Port Workers Union
  • Mantan pengerusi Yayasan Warisan Melayu
  • Ahli National Medical Ethics Committee

Beliau bertanding buat kali pertama pada tahun 1997 di bawah Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk mewakili Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Cheng San (Cheng San GRC) dan berjaya mengalahkan calon-calon yang mapan daripada Parti Pekerja (WP) seperti J. B. Jeyaratnam dan Tang Liang Hong.

Pada tahun 2001, Zainul memenangi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied tanpa bertanding. Beliau memenangi pilihan raya di kawasan undi yang sama pada tahun 2006 dengan mengalahkan Parti Pekerja. Parti PAP berjaya merangkul 56.09% undi.

Zainul telah dilantik sebagai Setiausaha Kanan Parlimen, Kementerian Ehwal Luar dari 1998 hingga 2001. Beliau juga memegang jawatan datuk bandar Majlis Pembangunan Masyarakat Northeast dari 2001 hingga 2008. Beliau dilantik sebagai Menteri Negara di kementerian yang sama pada 2004 dan kemudian sebagai Menteri Negara Kanan pada 2006.

Dalam pilihan raya 2011, Parti Pekerja berjaya mengalahkan Zainul dan pasukannya.

Beliau kini berkhidmat sebagai Duta Singapura ke Kuwait.

Kehidupan peribadi sunting

Zainul Abidin sudah berumahtangga dan mempunyai empat orang anak.

Rujukan sunting

  1. ^ Vitae kurikulum.[pautan mati kekal] www.parliament.gov.sg, 1 Jun 2009. Retrieved 27 Jun 2011.