Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, manusia mula bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan. Zaman ini bermula kira-kira sekitar 9500 SM di Timur Tengah[1] dan secara tradisionalnya dianggap sebagai fasa terakhir Zaman Batu. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar seperti bekas air, periuk dan belanga. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter.

Pameran artifak Neolitik, antaranya gelang rantai, kepala kapak, pahat, dan alat penggilap

Rujukan sunting

  1. ^ Figure 3.3 daripada First Farmers: The Origins of Agricultural Societies oleh Peter Bellwood, 2004