Zetsu (ゼツ) merupakan seorang daripada anggota Akatsuki yang berperanan sebagai perisik organisasi tersebut.

Maklumat
Muncul dalamAnime dan Manga
Seiyū (Japanese)Nobuo Tobita
Suara latar (English)Brian Beacock (bahagian terang)
Michael Sorich (bahagian gelap)
Info
Ketinggian177.0cm
JantinaLelaki
Jenis darahB
Cincin亥 (Gai, "simbol untuk khinzir")
Kedudukan cincinJari kelingking kanan
PasanganBersendirian
(secara teknikal kedua-dua bahagian tubuhnya)
PertubuhanAkatsuki
Pertubuhan (terdahulu)Tidak diketahui
KeluargaTidak diketahui
JutsuMayfly (蜉蝣, Kagerō)

Templat:Spoiler

Latar belakang sunting

Hanya sedikit informasi yang diketahui mengenai anggota Akatsuki bernama Zetsu. Setakat ini, masih tidak terdapat sebarang imbasan kembali atau keterangan mengenai kampung asal usulnya atau jenis jenayah yang dilakukan olehnya sehingga menyebabkan dia melarikan diri, atau pun sebarang pernyataan yang mengatakan Zetsu sebenarnya seorang ninja pelarian. Kebanyak peminat siri Naruto menganggap Zetsu berasal dari perkampungan Kusagakure (oleh kerana keadaan fizikalnya yang seperti tumbuhan). Namun begitu, ianya masih tidak boleh diterima dianggap rasmi kerana ianya hanya andaian daripada peminat dan keterangan mengenai asal-usul Zetsu di dalam buku data karekter masih ditinggalkan kosong..

Personaliti sunting

Zetsu boleh dikenalpasti dengan rupa luarannya yang memiliki bentuk seakan-akan sepasang "tumbuhan pemerangkap serangga" yang meliputi bahagian kepala dan bahagian atas tubuhnya. Bentuk luaran khas tersebut juga boleh digunakan untuk menutup dan meliputi keseluruhan tubuhnya, ini membolehkan Zetsu menyamar dengan rupa luaran seakan-akan tumbuhan. Apabila bahagian yang berbentuk khas ini terbuka dan kepala Zetsu boleh dilihat, ia turut menunjukkan bahawa Zetsu memiliki warna yang berbeza untuk setiap separuh bahagian tubuhnya; di mana bahagian sebelah kiri berwarna cerah manakala bahagian sebelah kanan berwarna gelap.

Zetsu juga dilihat seperti memiliki dua personaliti berbeza (personaliti pelbagai atau memiliki lebih daripada satu personaliti di dalam satu badan). Ini dibuktikan di dalam manga versi bahasa Jepun apabila perbualan oleh separuh daripada tubuhnya yang berwarna gelap ditulis dalam tulisan Katakana manakala perbualan oleh separuh daripada tubuhnya yang berwarna terang ditulis dalam tulisan Kanji dan Kana. Di dalam episod anime (Inggeris), kedua-dua bahagian menggunakan suara latar yang berbeza. Kedua-dua bahagian juga dilihat seperti berkomunikasi sesama sendiriyang nyata adalah kedua-dua personaliti tersebut memiliki pendirian yang berbeza [1]. Mereka juga dilihat mampu berkomunikasi dan berhubung menggunakan minda dalaman mereka. Zetsu juga dilihat sebagai seorang kanibal kerana dia akan menguruskan setiap mayat yang berkaitan dengan Akatsuki.

Zetsu berperanan sebagai perisik dan selalu dilihat melakukan tugas seperti "ninja pemburu" kepada organisasi Akatsuki. Zetsu dilihat mampu memindahkan tubuhnya (asal) walaupun sedang terlibat dalam ritual untuk mengekstrak makhluk berekor daripada kuasa pujaan yang telah ditangkap. Ini merupakan kebolehan unik yang dimiliki oleh Zetsu dan ianya membolehkannya bergerak dari satu ke satu tempat yang lain dan melakukan melakukan tugas sebagai peninjau ketika proses pengekstrakkan sedang dilakukan. Ini berkemungkinan kerana kebolehan personaliti pendua yang dimilikinya; membolehkan dia mampu bertindak berasingan di mana mungkin seorang terlibat dengan ritual dan seorang lagi meninjau keadaan sekeliling [2]. Apabila mana-mana ejen atau pihak yang berkaitan dengan Akatsuki atau anggota Akatsuki itu sendiri mati, Zetsu dihantar untuk menguruskan mayat mereka agar ianya tidak mendedahkan pergerakkan organisasi Akatsuki [3]. Oleh kerana peranan yang dimainkan olehnya, Zetsu adalah satu-satunya anggota Akatsuki yang bertindak berseorangan dalam kebanyakan masa. Walaupun begitu, Zetsu dilihat bertindak sebagai seorang individu yang memiliki taraf pangkat yang lebih tinggi daripada anggota lain oleh kerana kebanyakan daripada mereka akan melaporkan semua tindakan kepadanya berbanding melaporkannya kepada ketua mereka iaitu Pain [4]. Zetsu juga merupakan anggota yang dihantar untuk mengambil semula cincin yang ditinggalkan oleh anggota Akatsuki yang mati [5].

Zetsu menunjukkan ketaatan yang tinggi kepada organisasi Akatsuki, sehinggakan ketua mereka iaitu Pain, mempercayai Zetsu sepenuhnya dengan mendedahkan identitinya. Sebagai kemungkinan kepada ketaatannya, Zetsu telah diberikan seorang pengikut bernama Tobi; yang mana kemudiannya Tobi turut menjadi anggota baru di dalm Akatsuki. Zetsu juga turut diperlihatkan sebagai seorang anggota yang mengetahui bahawa Madara Uchiha adalah pengasas kepada Akatsuki. Zetsu juga tahu bahawa Tobi sebenarnya adalah Madara dan ini dibuktikan dalam bab 395 siri manga Naruto apabila Zetsu memberikan laporannya kepada Madara yang sedang memakai topeng yang dimiliki oleh Tobi. Ketika dalam satu perbualan bersama dengan Madara, Zetsu telah menyatakan bahawa "Ia telah agak lama..." dan ini menunjukkan bahawa Zetsu telah mengenali Madara serta telah terlibat dengan segala perancangan Madara selama ini.

Kebolehan sunting

Hanya sedikit yang diketahui mengenai kebolehan yang dimiliki oleh Zetsu. Namun begitu, berkemungkinan Zetsu menggunakan segala kebolehannya yang ada untuk menyempurnakan ke semua tugasannya bagi pihak Akatsuki. Hanya satu teknik sahaja yang pernah ditunjukkan iaitu teknik Mayfly (蜉蝣, Kagerō), yang mana ianya membolehkan Zetsu muncul di mana-mana permukaan dan bergerak serta merta ke lokasi yang diingininya. Zetsu juga didapati memiliki kebolehan untuk merekod segala apa yang dilihat olehnya. Selepas pertarungan di antara Sasuke dan Itachi, Madara telah mengemukakn soalan "Adakah awak telah merekodkan segala yang awak lihat?", dan Zetsu menjawab, "Tenang, saya telah dapatkan ke semuanya". Zetsu juga berkemungkinan berkebolehan untuk membenarkan sesiapa sahaja melihat kembali apa yang pernah dilihat oleh dirinya. Madara turut menyatakan "Saya akan menikmati tayangan itu kemudian" atau mungkin hanya kerana Madara menggunakan kebolehan Sharingan yang dimiliki olehnya, membaca fikiran Zetsu [6].

Bahagian I sunting

Babak membawa pulang Sasuke sunting

Kemunculan pertama Zetsu adalah sewaktu tamatnya pertarungan di antara Uzumaki Naruto dan Sasuke Uchiha di Lembah Penamat. apabila kedua-dua mereka melepaskan serangan terakhir, Zetsu dilihat telah muncul di kejauhan, kelihatan seperti sedang memerhatikan kekuatan mereka. Zetsu kemudiannya telah muncul ketika perhimpunan anggota Akatsuki mengadakan perbincangan mengenai rancangan mereka dan keadaan dunia ninja di sekekliling mereka, sambil menyatakan bahawa Orochimaru telah mendapatkan kebolehan Sharingan melalui Sasuke

Bahagian II sunting

Babak menyelamatkan Gaara sunting

Zetsu membuat kemunculan dalam Bahagian II ketika Akatsuki sedang mengekstrak Shukaku berekor satu untuk memberikan amaran kepada Pain bahawa pasukan penyelamat telah mula bergerak untuk menyelamatkan Gaara yang telah mereka tangkap. Selepas Yura dan Mukade daripada Sunagakure tewas, Zetsu telah bergerak ke tempat mayat mereka berada untuk menguruskannya bagi mengelakkan sebarang rahsia mengenai Akatsuki terdedah kepada orang luar. Selepas kekalahan Sasori, Zetsu dan Tobi telah pergi ke pangkalan rahsia lama Akatsuki untuk mendapatkan cincin milik Sasori dan Deidara. Itu merupakan saat di mana Zetsu pertama kali melihat rupa sebenar Sasori. Ketika cuba untuk mendapatkan mayat Deidara, mereka mendapati bahawa Deidara masih hidup, manakala Tobi telah menjumpai cincin milik Sasori and percaya bahawa dengan memiliki cincin tersebut membolehkan dia (Tobi) menjadi ahli Akatsuki secara automatik. Namun begitu, Zetsu mengeluarkan kenyataan bahawa - tidak semudah itu untuk emnjadi ahli Akatsuki (kelihatan seperti Zetsu cuba untuk melindungi identiti sebenar Tobi di hadapan Deidara dengan mengeluarkan kenyataan tersebut).

Babak Hidan dan Kakuzu sunting

Penglibatan Zetsu di dalam babak ini hanya ketika dia cuba untuk mendapatkan tubuh Jinchuriki bernama Yugito Nii yang telah berjaya ditewaskan dan ditangkap oleh Hidan dan Kakuzu. yang amna mayat tersebut telah dibawa ke tempat persembunyian Akatsuki yang baru; ini juga membolehkan mereka untuk mencari jejak sasaran pasukan yang lain terutamanya naruto Uzumaki. Bagaimana pun, Zetsu telah dilihat muncul dalam ke semua perjumpaan Akatsuki ketika babak ini berlangsung.

Babak pemburuan Uchiha sunting

Ketika Deidara telah ditewaskan, Zetsu telah memberitahu bahawa semua anggota Akatsuki bahawa Deidara dan Tobi telah mati bersama dengan Sasuke Uchiha (namun begitu hanya Deidara seorang sahaja yang terbunuh). Zetsu juga turut didapati memerhatikan pertarungan di antara Jiraiya dan Pain. Selepas menyaksikan pertarungan tersebut, kedua-dua personaliti di dalam tubuhnya bertikam lidah mengenai turutan perlawanan yang harus mereka saksikan kemudiannya. Mereka bertikam lidah tentang perkara sama ada mereka harus menyaksikan dahulu pertarungan di antara Pain dan Naruto Uzumaki atau pertarungan di antara Sasuke Uchiha dan Itachi Uchiha; yang mana kemudiannya mereka memilih untuk menyaksikan pertarungan di antara kedua-dua beradik Uchiha tersebut.

Ketika mereka (dua personaliti Zetsu) sedang menyaksikan pertarungan tersebut, sebelah bahagian berwarna cerah Zetsu menyatakan kemusykilannya tentang bagaiaman caranya Sasuke boleh mengalahkan Itachi dengan hanya menggunakan Sharingan biasa, manakala sebelah bahagian berwarna gelap pula menyatakan bahawa Sharingan hanyalah sekadar senjata di mana kebolehan sesuatu senjata ditentukan oleh penggunanya. Setelah Itachi mati dan Sasuke rebah akibat kelesuan, Zetsu meninggalkan tapak pertarungan dan memberikan laporan kepada Tobi. Setelah pertarungan ringkas dengan Pasukan Berlapan yang mempunyai Naruto Uzumaki, Sakura, Kakashi, Sai, Yamato, Kiba, Shino dan Hinata di dalamnya, kedua-dua mereka pulang ke tapak pertarungan Sasuke dan Itachi. Zetsu bertanggapan untuk bertarung dengan Naruto kerana memanggilnya sebagai "Aloe Vera". Mereka membawa kedua-dua Sasuke dan mayat Itachi sebelum Pasukan Berlapan tiba. Zetsu kemudiannya dilihat berada di pangkalan Akatsuki yang tidak diketahui.

Babak Sasuke dan Makhluk Berekor Lapan sunting

Zetsu dilihat bersama dengan Madara dan Kisame mengurung berekor lapan (yang mana telah berjaya ditangkap oleh Sasuke) di salah satu pengkalan rahsia Akatsuki. Namun begitu, peminat dikejutkan dengan satu fakta bahawa, berekor lapan yang sedang dikurung bertukar menjadi kepulan asap lalu bertukar rupa kepada bentuk tentakel berekor lapan. Madara kelihatan hanya berdiam sahaja, manakala Zetsu (bahagian berwarna cerah) dilihat sedang ketawa manakala Zetsu (bahagian berwarna gelap) memarahi personaliti Zetsu yang satu lagi. Kisame telah menyatakan bahawa Sasuke telah dipermainkan oleh Jinchuuriki berekor lapan.

Templat:Endspoiler

Konsep dan rekaan sunting

Fail:Zetsu Concept.png
Konsep rekaan untuk Zetsu oleh Masashi Kishimoto

Di dalam Hiden: Sha no Sho Character Official Data Book, Masashi Kishimoto mendedahkan bahawa dia asalnya bercadang mencipta watak Akatsuki sebagai sekumpulan raksasa yang "hampir tidak mempunyai rupa manusia" dan watak Zetsu direka berdasarkan tumbuhan pemerangkap serangga. Kishimoto juga turut menyatakan bahawa dia ingin menjadikan Zetsu memiliki tubuh separuh gelap dan separuh cerah agar dapat menonjolkan sifat khasnya yang memiliki "personaliti pendua".

Trivia sunting

  • Di dalam video dan lakaran oleh peminat Naruto, Zetsu lebih dikenali sebagai si separuh gelap "Zet" dan si separuh cerah "Su".
  • Oleh kerana rupanya yang seakan-akan tumbuhan pemerangkap serangga, kebanyakkan peminat percaya Zetsu ebrasal daripada perkampungan Kusagakure. Bagaimanapun, di dalam buku data ketiga watak Naruto, data untuk ruangan "kampung" untuk Zetsu masih dibiarkan kosong. Zetsu juga tidak memakai sebarang dirah dahi yang memiliki simbol rumput yang dicoret melintang yang mana ini menunjukkan kontradik tentang teori Zetsu berasal dari kampung Kusagakure.
  • Menurut Pain, sebab Zetsu bertarung adalah kerana "Tanah".
  • Daripada semua anggota Akatsuki, hanya Zetsu sahaja yang masih belum pernah dilihat aksi pertarungannya.
  • Zetsu merupakan anggota ketiga Akatsuki yang diperkenalkan di dalam siri Naruto dan masih lagi aktif.
  • Zetsu dianggap kanibal, kerana dia akan memakan mayat yang berkaitan dengan Akatsuki, kadang-kala anggota Akatsuki itu sendiri atau tubuh perumah kepada makhluk berekor.

Ungkapan kata sunting

  • [Apabila Naruto menggelarkan Zetsu sebagai "Aloe Vera"]
    Bahagian Cerah: "Aloe vera?"
    Bahagian Gelap:
    "Abaikan sahaja."
  • [Kepada Madara]
    Bahagian Cerah: "Maafkan saya kerana tidak mampu bergerak dengan kelajuan cahaya seperti awak!"
  • [Kepada Tobi tentang menyertai Akatsuki]
    Bahagian Gelap: "Bodoh. Bukan semudah itu."
    Bahagian Putih: "Tidak mengapa. Tobi budak yang baik."
  • [Kepada Hidan]
    Bahagian Cerah: "Apabila anda sedih dan bersendirian..."
    Bahagian Gelap: "...kita hanya boleh bergantung kepada diri sendiri."
  • [Apabila tubuh Kirabi bertukar kepada bentuk tentakel ketika proses pengekstrakkan]
    Bahagian Cerah: "Ahahaha...tentakel!"
    Bahagian Gelap: "Jangan ketawa!"

Rujukan sunting

  1. ^ 'Manga Naruto bab 280, mukasurat 19
  2. ^ Manga Naruto bab 255, mukasurat 3
  3. ^ Manga Naruto bab 261, mukasurat 10-11
  4. ^ Manga Naruto bab 314, mukasurat 3
  5. ^ Manga Naruto bab 280, mukasurat 17
  6. ^ Manga Naruto bab 255, mukasurat 10