Dari sudut astronomi, zodiak dikatakan terdiri daripada gugusan buruj atau rasi bintang yang terletak disepanjang lingkaran (garisan) matahari. Bulan dan juga planet-planet di alam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tand

Zodiak sebagai kalendar sunting

 
Sebuah lukisan abad ke-17 daripada Svetitskhoveli yang menggambarkan Yesus Kristus dalam lingkaran zodiak.

Konsep zodiak berasal dari Babylon dimana pada tahun 2000 Sebelum Masihi digunakan sebagai kaedah untuk memvisualisasikan berlalunya waktu. Seperti kalendar, ianya dibahagikan kepada dua belas bahagian, iaitu dua belas bulan dalam satu tahun. Tanda-tanda zodiak yang digunakan sekarang adalah daripada hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada abad kedua Masihi, ketika zodiak sudah digunakan sekurang-kurangnya selama dua ribu tahun.

Tanda-tanda zodiak (astrologi) berserta maksud sunting

Pada abad kelima sebelum masihi, zodiak (astrologi) telah dibahagikan kepada dua belas bahagian yang sama (satu untuk setiap bulan daripada tahun). Berikut merupakan senarai zodiak astrologi berserta unicode dan terjemahan dengan zodiak Serpentarius diabaikan:

  • Aries (♈︎ ♈️): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar purba.
  • Taurus (♉︎ ♉️): Lembu jantan.
  • Gemini (♊︎ ♊️): Si kembar.
  • Cancer (♋︎ ♋️): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
  • Leo (♌︎ ♌️): Singa.
  • Virgo (♍︎ ♍️): Perawan.
  • Libra (♎︎ ♎️): Dacing – musim gugur 21 September.
  • Scorpio (♏︎ ♏️): Kala jengking.
  • Sagittarius (♐︎ ♐️): Sentora si pemanah.
  • Capricorn (♑︎ ♑️): Kambing laut– musim sejuk 21 Disember.
  • Aquarius (♒︎ ♒️): Pembawa air.
  • Pisces (♓︎ ♓️): Ikan.

Jadual tarikh zodiak sunting

 
Tanda-tanda zodiak seperti yang ditunjukkan dalam ukiran kayu pada abad yang ke-16.

Berikut merupakan jadual kesemua dua belas tanda-tanda zodiak (astronomi dan astrologi).

Lambang Buruj
Nama Simbol Nama Lama Melayu Nama Arab Zodiak Tropika
(2024, UTC)
Zodiak Sidereal
(2024, UTC)[1]
Nama Had IAU[2] Pancaran Solar Bintang tercerah
Aries   Hamal
حمل
حمل 20 Mac – 20 April 14 April – 7 Mei Aries 19 April – 13 Mei 25 hari Hamal
Taurus   Thaur
ثاور
ثور 20 April – 21 Mei 14 Mei – 7 Jun Taurus 14 Mei – 19 Jun 37 hari Aldebaran
Gemini   Jauza
جوزاء
جوزاء 21 Mei – 21 Jun 14 Jun – 7 Julai Gemini 20 Jun – 20 Julai 31 hari Pollux
Cancer   Sartan
سرطن
سطان 21 Jun – 22 July 14 July – 6 Ogos Cancer 21 Julai – 9 Ogos 20 hari Al Tarf
Leo   Asad
أسد
أسد 22 July – 23 Ogos 14 Ogos – 7 September Leo 10 Ogos – 15 September 37 hari Regulus
Virgo   Sumbulat
سونبولت
سنبلة 23 Ogos – 23 September 13 September – 6 Oktober Virgo 16 September – 30 Oktober 45 hari Spica
Libra   Mizan
ميزن
ميزان 23 September – 23 Oktober 13 Oktober – 7 November Libra 31 Oktober – 22 November 23 hari Zubeneschamali
Scorpio   Akrab/Kala
كالا
عقرب 23 Oktober – 22 November 13 November – 6 Disember Scorpius 23 November – 29 November 7 hari Antares
Ophiuchus   diabaikan oleh ahli astrologi Ophiuchus 30 November – 17 Disember 18 hari Rasalhague
Sagittarius   Kaus
قوس
قوس 22 November – 22 Disember 13 Disember – 6 Januari Sagittarius 18 Disember – 18 Januari 32 hari Kaus Australis
Capricorn   Jadi
جادي
جدي 22 Disember – 20 Januari 13 Januari – 8 Februari Capricornus 19 Januari – 15 Februari 28 hari Deneb Algedi
Aquarius   Dalwu
دالوو
دلو 20 Januari – 18 Februari 12 Februari – 7 Mac Aquarius 16 Februari – 11 Mac 24 hari Sadalsuud
Pisces   Hut
حوت
حوت 18 Februari – 20 Mac 15 Mac – 8 April Pisces 12 Mac – 18 April 38 hari Eta Piscium

Dalam jangka panjang, jika Kalendar Gregory tidak diubahsuai, maka ekuinoks akan dipindahkan ke tarikh yang sebelumnya.

Rujukan sunting

  1. ^ Nilai yang digunakan boleh berubah, tetapi selalunya menghampiri 24°.
  2. ^ The Real Constellations of the Zodiac. Dr. Lee T. Shapiro, director of Morehead Planetarium University of North Carolina (Spring 1977)

Pautan luar sunting