Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 36 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Antaranya ialah harimau, singa, gajah, badak air, badak sumbu, zirafah, flamingo, orang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamang, rusa, nilgai dan burung kuak. Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan telah bermula sejak Mac 2003 lagi.[1][2][3]

Zoo Taiping
LokasiTaiping, Perak, Malaysia
Koordinat4°51′14″N 100°44′0″E / 4.85389°N 100.73333°E / 4.85389; 100.73333Koordinat: 4°51′14″N 100°44′0″E / 4.85389°N 100.73333°E / 4.85389; 100.73333
Kawasan tanah34 ekar (14 he)
No. haiwan1300
No. spesies180
KeahlianSEAZA
Laman sesawangwww.zootaiping.gov.my
Anak singa di Zoo Taiping

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi. Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia.[4][5][6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Consolidate Taiping Zoo with Zoo Negara by MAK YIM SEONG, Kuala Lumpur, The Star, 15 Dec 2004
  2. ^ Sister Zoo for Taiping Zoo Planned; BERNAMA News Services 27 Oct 2004; Sarawak Tribune, 28 Oct 2004
  3. ^ The Department of Veterinary Services, Perak, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Perak.
  4. ^ About the Zoo --About Us Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine
  5. ^ Night Safari --Night Safari Main Diarkibkan 2020-09-19 di Wayback Machine
  6. ^ Stump-Tailed Macaque --The Star

Pautan luar sunting