Zulkifli Muhammad

ahli akademik dan politik Malaysia


Dato' Dr Zulkifli bin Muhammad (atau dieja Zulkiflee Muhammad[1]) ialah bekas ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas Timbalan Yang di-Pertua Agung (kini Timbalan Presiden) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di bawah kepimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Bachok, Kelantan pada 1959-1964.

Dato' Dr

Zulkifli bin Muhammad

DPMK
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bachok
Dalam jawatan
19 Ogos 1959 – 24 April 1964
Didahului olehKonstituensi baharu
Dalam jawatan
24 April 1964 – 6 Mei 1964
Digantikan oleh Abu Bakar Hamzah
Timbalan Yang di-Pertua Agung
Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1956–1964
Didahului olehCikgu Ahmad Awang
Digantikan olehMohd Asri Muda
Butiran peribadi
Lahir(1927-03-22)22 Mac 1927
Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak
Meninggal dunia6 Mei 1964(1964-05-06) (umur 37)
Kuantan, Pahang
Sebab kematianKemalangan jalan raya
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDatin Ustazah Asiah Kamaruddin

Pendidikan sunting

  • Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit hingga tamat Darjah 5.
  • Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat Madrasah Aziziah' sehingga tahun 1937.
  • 1940, memasuki Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan,Perak.
  • 1947, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya ke American University, Mesir.

Kegiatan ilmiah sunting

  • 1951-Penasihat Lembaga Pembangunan Sastera, Perak.
  • 1954-Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang.
  • 1955-Ketua bahagian politik dalam Kongres Pemuda Melayu.
  • Beliau diantara pimpinan Pelajar Melayu ketika beliau menuntut di Mesir
  • Beliau juga dianugerahkan gelaran 'Profesor' dari Universitas Sawerigading,Makassar, Indonesia sewaktu beliau masih berkhidmat di Kolej Islam, Kelang.

Politik sunting

  • 1956-menyertai parti Islam Setanah Melayu (PAS)
  • 1959-Memenangi pilihan raya Umum 1959 bagi Kawasan Parlimen Bachok, Kelantan.
  • 1956- dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (sekarang Parti Islam Se-Malaysia) ketika Burhanuddin al-Helmi dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS.

Beliau seorang pemidato yang hebat dan disegani kawan & lawan. Beliau mencipta rekod berucap di parlimen selama 4 jam. Di Parlimen beliau banyak membangkitkan isu-isu berkaitan kerakyatan, cukai, penubuhan koperasi, kepentingan pengetahuan teknikal kepada orang Melayu, perkembangan bahasa Melayu, perlunya pusat latihan guru dan yang paling penting menyeru supaya menghentikan penghantaran guru ke Kirkby dan Brinsford di United Kingdom.

Tan Sri Mohd Asri Haji Muda pernah menukilkan kehebatan Dato' Zulkifli:

“Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan.”

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia di usia 37 tahun dalam satu kemalangan ngeri bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat di Kuantan ketika dalam perjalanan pulang ke Perak dari Kelantan pada 6 Mei 1964. Beberapa jam sebelum itu beliau sempat menyampaikan amanat kepada pimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di Dewan PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan yang dikenali 'Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad'. Beliau disemadikan di kampung halaman beliau di Kg Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Sempena mengenang jasanya kepada parti, dewan di Pejabat PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu (Tempat Tuan Guru Dato' Haji Nik Ab Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Pagi Jumaat sekarang) dinamakan 'Dewan Zulkeflee Muhammad' bersempena nama beliau.

Jasa & sumbangan sunting

  • Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar.
  • Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.
  • Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan.
  • Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953),
  • Pencetus idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
  • Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan merintis Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za'ba.

Penulisan sunting

Dr. Zulkifli Muhammad juga menghasilkan beberapa buku dan rencana. Antaranya;-

Buku sunting

  • Zulkifli bin Mohamed (1953). Masharakat dan shariah. Pulau Pinang: Haji Abdullah bin Muhammad Nordin Arrawi.
  • Zulkifli bin Mohamed (1953). Syarikat dan syariat. Pulau Pinang: Zi United Press.
  • Zulkifli bin Mohamed (1963). Pegangan hidup umat Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS Pusat.
  • Zulkiflee Muhammad (1968). Satu analisa tentang beberapa masaalah hidup manusia. Pulau Pinang: Pustaka H. Abdullah.

Rencana sunting

  • Falsafah Akhlak dalam Islam
  • Umat Islam Sekarang makin Mundur
  • Peranan Filem Dalam Masyarakat
  • Economic Justice
  • Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kelantan
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K.) - Dato' (1964 - Anumerta)[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Author Zulkiflee Muhammad". Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM. Dicapai pada 22 November 2021.
  2. ^ Che Hassan bin Che Yusoff (2013). "Pemerintahan PAS di Kelantan 1959-1978: Kekuatan, Kemelut dan Kejatuhan". Universiti Sains Malaysia. Dicapai pada 22 November 2021.

Pautan luar sunting