+-×÷ (album 6ixth Sense)

Album +-×÷ adalah album studio rakaman oleh kugiran Malaysia dan Indonesia, 6ixth Sense yang ketiga. Album ini disifatkan sebagai album mereka yang paling berjaya secara komersial. Single pengenalan album ini berjudul Khatimah Cinta dikeluarkan secara airplay pada tahun 2009 ternyata menangkap perhatian pendengar, sekaligus memberi kejayaan kepada single-single seterusnya seperti Yang Sempurnakanku, Menyesal dan Cinta Matiku. Lagu single Cinta Yang Sempurna yang dibuat secara kolaborasi bersama kumpulan muzik Indonesia, Letto juga dimuatkan sebagai bonus.

+-×÷
Album studio oleh
Dilancarkan pada2010 (2010)
GenrePop
Kronologi 6ixth Sense
6ixth Sense
(2007)
+-×÷
(2010)
Tentang Kita
(2012)
Single daripada +-×÷
  1. "Khatimah Cinta"
    Dikeluarkan: 30 Mei 2009
  2. "Yang Sempurnakanku"
    Dikeluarkan: 14 Januari 2010
  3. "Menyesal"
    Dikeluarkan: 30 Jun 2010
  4. "Sepi"
    Dikeluarkan: 27 November 2010
  5. "Cinta Matiku"
    Dikeluarkan: 7 Disember 2010
  6. "Pemilik Hati"
    Dikeluarkan: 16 April 2011
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ekoran populariti yang berjaya menyanyi kumpulan muzik sediada, 6ixth Sense berupaya mengumpul lebih ramai pengikut hinggakan kumpulan ini dinobatkan artis berkumpulan paling popular sepanjang tahun 2010 serta artis mobile paling popular oleh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Di Shout! Awards 2010, kumpulan ini berjaya meraih anugerah pencapaian jualan digital tertinggi menerusi lagu Khatimah Cinta. 6itxh Sense berjaya meraih trofi muzik terulung Malaysia apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas Artis Mobile Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18 yang dijuri berdasarkan jualan digital.

Senarai Runut sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Yang Sempurnakanku"
2."Pemilik Hati"
3."Haruskah"
4."Khatimah Cinta"
5."Kita Boleh"
6."Cinta Yang Sempurna" (menampilkan Neo (Letto))
7."Sepi"
8."Menyesal"
9."Cinta Matiku"