Çayönü merupakan sebuah petempatan Neolitik di Turki tenggara yang pernah diduduki sekitar tahun 7200 ke 6600 SM. Letaknya 40 kilometer di barat laut Diyarbakır, di hilir Pergunungan Taurus, berdekatan Boğazçay, iaitu cawang hulu sungai Tigris dan sungai berjeda Bestakot.

Çayönü
Çayönü
JenisPetempatan
LokasiWilayah Diyarbakır, Turki

Archaeology sunting

 
"Rumah tengkorak"
 
Seni bina "gril"

Penggalian sulungnya diadakan oleh Robert John Braidwood pada 1964 hingga 1978, kemudian pada 1985 hingga 1991. Petempatan ini meliputi zaman Neolitik Pra-Tembikar A (PPNA), Neolitik Pra-Tembikar B (PPNB), dan Neolitik Tembikar (PN).

Stratigrafinya terbahagi kepada subfasa-subfasa yang berikut menurut seni bina dominannya:

  • bulat, PPNA
  • gril, PPNA
  • beralur, Awal PPNB
  • berturap buntar, Pertengahan PPNB
  • sel, Lewat PPNB
  • bilik besar, penghujung PPNB

Pertanian sunting

Pembelajinakan babi sunting

Çayönü mungkin adalah tempat di mana babi (Sus scrofa) mula-mula dibela jinak. Antara fauna liarnya termasuk babi hutan, biri-biri liar, kambing liar dan sebagainya. Persekitaran Neolitik termasuk kawasan paya dekat Boğazçay, hutan kayu terbuka, tompok-tompok steppe dan hutan badam-pistasio di selatan.

Penanaman bijirin sunting

Menurut laporan Der Spiegel pada 2006, Institut Max Planck untuk Penyelidikan Pertanian di Cologne mendapati bahawa leluhur sepunya bagi 68 jenis bijiran masa kini masih tumbuh sebagai tumbuhan liar di lereng-lereng Gunung Karaca (Karaca Dağ) yang terletak dalam lingkungan dekat Çayönü.

Robert Braidwood menulis bahawa "memandangkan unit HA boleh dianggap mewakili kesemua pendudukan prasejarah utama di Cayonu, maka tumbuhan emer yang ditanam di samping tumbuhan einkorn terdapat dari subfasa terawal."[1]

Catatan sunting

  1. ^ Beginnings of Village-Farming Communities in Southeastern Turkey, 1972 by Braidwood et al, Proc. Nat. Acad. Sci. USA, Vol. 71, No. 2, pp. 568-572, February 1974

Pautan luar sunting