Đoàn Văn Hậu (lahir 19 April 1999) adalah pemain bola sepak Vietnam yang bermain sebagai bek kiri atau bek tengah untuk kelab Eredivisie SC Heerenveen yang dipinjam dari Hanoi FC. Beliau adalah pemain utama pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam.

Đoàn Văn Hậu
Maklumat peribadi
Nama penuhĐoàn Văn Hậu
Tarikh lahir (1999-04-19) 19 April 1999 (umur 21)
Tempat lahirHưng Hà, Thái Bình, Vietnam
Ketinggian1.86 m
Posisi permainanBek kiri/tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniSC Heerenveen
Nombor15
Kerjaya remaja
Hanoi F.C.
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2017–Hanoi FC52(6)
2019–SC Heerenveen (pinjaman)0(0)
Pasukan kebangsaan
2016–2018Vietnam B-1915(2)
2017–Vietnam B-228(2)
2017–Vietnam B-2324(3)
2017–Vietnam23(0)
2018Olimpik Vietnam7(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 2 September 2019.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Disember 2019

Karier kelabSunting

Dia menjadi pemain utama kelabnya, Hanoi F.C. pada 2017 apabila dia berusia 17 tahun, menjadikannya salah seorang pemain Vietnam termuda untuk penampilan di V.League 1. Persembahannya dianggap sebagai antara yang paling mengagumkan di kalangan anak-anak muda di Vietnam. Beliau memenangi V.League 1 Musim 2018 dan Piala Super Vietnam 2018 dengan Hanoi F.C. Beliau juga berada di dalam kelompok Pasukan Terbaik V.League 1 Musim 2018. Dia juga terpilih sebagai pemain Kesebelasan Terbaik V.League 2019.[1] Pada 2 September 2019, beliau menyertai SC Heerenveen, liga Belanda Eredivisie pada kontrak pinjaman 1 tahun dari Hanoi F.C.[2]

Karier antarabangsaSunting

Đoàn Văn Hậu membuat penampilan antarabangsa pertamanya untuk pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam bawah-20 pada Kejohanan AFC B-16 2016 pada usia 16 tahun. Dalam perlawanan menentang Korea Utara, salah satu raksasa pemuda utama Asia dan naib juara pada edisi 2014, dia menjaringkan gol dari jarak jauh apabila Vietnam mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Korea Utara, memberi perjalanan bersejarah kerana Vietnam akhirnya akan membuat penampilan sulung utama kejohanan FIFA, yakni Piala Dunia B-20 2017.[3] Dalam Piala Dunia B-20, dia tidak menjaringkan sebarang gol ketika pasukannya tersingkir dengan hanya meraih satu mata.

RujukanSunting

  1. ^ Semuanyabola (4 September 2019). "Angkara Doan Van Hau Akaun Facebook SC Heerenveen Terima Hampir 200000 Pengikut Baharu". Semuanyabola. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  2. ^ FoxSports Asia (6 November 2019). "Hanoi FC duo Nguyen Quang Hai, Doan Van Hau win individual honours at V.League Awards 2019". FoxSports Asia. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  3. ^ VietnamPlus (15 Oktober 2016). "Cận cảnh siêu phẩm của Đoàn Văn Hậu vào lưới U19 Triều Tiên - Bóng đá - Vietnam+ (VietnamPlus)". VietnamPlus. Dicapai pada 18 Mac 2019.

Pautan luarSunting

Đoàn Văn Hậu di transfermarkt