İnsani Yardım Vakfı

Yayasan Bantuan Kemanusiaan, Kebebasan dan Hak Asasi Manusia (Turki: İnsan Hak ve Hürriyetleri İnsani Yardım Vakfı, atau İHH İnsani Yardım Vakfı atau disingkatkan IHH) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Turki. Ia terdapat di lebih 100 negara di dunia. Ditubuhkan pada 1995 dengan tujuan memberi bantuan kemanusian ke daerah peperangan dan konflik. Ia diiktiraf sebagai perunding di Majlis Ekonomi dan Sosial PBB sejak 2004.

Yayasan Bantuan Kemanusiaan, Kebebasan dan Hak Asasi Manusia
İnsan Hak ve Hürriyetleri İnsani Yardım Vakfı
Maklumat am
JenisPertubuhan amal
Ibu pejabatIstanbul, Turki
Penubuhan
Identiti
Kawasan berkhidmatSeluruh dunia
Hasil36 juta TRL (2008)[1]
Laman sesawangwww.ihh.org.tr
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Reuters melaporkan IHH sebuah kumpulan amal Islam yang memberi bantuan kepada Muslim Bosnia pada 1990-an. Selain itu terlibat dalam misi bantuan di Pakistan, Habsyah, Lubnan, Indonesia, Iraq, Palestin dan tempat-tempat lain.

The Daily Telegraph menuduh IHH sebaga kumpulan radikal Islam yang menyamar sebagai badan kemanusiaan. Penganalisis Amerika Evan Kohlman mendakwa IHH kadangkadang berfungsi sebagai barisan hadapan, berhubung dengan militan Islam dan kumpulan pengganas.Kohlman menyalahkan IHH kerana membantu pemberontak Sunni Iraq.1997 siasatan polis menemui senjata, bahan letupan dan panduan membuat bom di ibu pejabat di Istanbul.

Pihak Israel pernah menangkap ahli kumpulan IHH , Izzet Sahin kerana disyakki membantu organisasi Palestin. Jurucakap IHH, Sevil Nergis menyatakan tujuan IHH adaah membawa bantuan kepada penduduk Gaza yang disekat mendapatkan bantuan makanan, bahan bakar dan lain-lain. Tapi bagi Israel, tanpa memandang agama atau kebangsaan anda, jika anda membantu rakyat Gaza anda akan dinyatakan sebagai pengganas.

Pada 31 Mei 2010, kapal MV Mavi Marmara yang diuruskan oleh IHH dari Pelabuhan Atylya, Turki ke Gaza telah diserang oleh komando Israel di perairan Laut Mediterranean.

Rujukan sunting

  1. ^ "Gelir-Gider". IHH. Dicapai pada 2010-06-19.