Łukasz Fabiański

Łukasz Marek Fabiański (lahir 18 April 1985) merupakan pemain bola sepak Poland yang kini bermain untuk kelab West Ham United dan pasukan kebangsaan Poland. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Łukasz Fabiański
Maklumat peribadi
Nama penuh Łukasz Fabiański
Tarikh lahir (1985-04-18) 18 April 1985 (umur 38)
Tempat lahir Kostrzyn nad Odrą, Poland
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)[1]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
West Ham United
Nombor 1
Kerjaya remaja
1999–2000 Polonia Słubice
2000–2001 MSP Szamotuły
2001–2002 Lubuszanin Drezdenko
2002–2003 Sparta Brodnica
2003–2004 Mieszko Gniezno
2004–2005 Lech Poznań
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2005 Lech Poznań 0 (0)
2005–2007 Legia Warsaw 53 (0)
2007–2014 Arsenal 32 (0)
2014–2018 Swansea City 149 (0)
2018– West Ham United 98 (0)
Pasukan kebangsaan
2006– Poland 56 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 Jun 2021

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Fabianski memulakan kerjayanya di Polonia Słubice dan Fabiański kemudian sertai akademi bebas MSP Szamotuły ketika berusia 14 tahun. Selepas itu, beliua telah ditandatangani ole Lech Poznań pada musim 2004-05.

Legia Warszawa sunting

Pada musim sejuk 2005, Fabiański telah dibeli oleh Legia Warsaw. Selepas penjaga gol pertama pasukan mereka, Artur Boruc dijual ke Celtic, Fabiański mengambil alih sebagai penjaga gol utama pada 24 Julai 2005 pada perlawanan menentang Arka Gdynia, seri 0–0. Beliau membantu Legia untuk memenangi kejuaraan liga Poland pada musim 2005-06.

Pada musim 2005–06 dan musim 2006–07, beliau telah menerima anugerah "Football Oscar" sebagai penjaga gol terbaik di Ekstraklasa.

Arsenal sunting

Pada 8 Mei 2007, Fabiański telah melepasi ujian kesihatan di London selepas Arsenal bersetuju bersama Legia Warsaw dengan bayaran perpindahan sebanyak 2.1 juta euro dan perpindahan disahkan pada 11 Mei 2007 oleh pengurus Arsenal, Arsène Wenger. Beliau membuat debut untuk Arsenal pada saingan Piala Liga menentang Sheffield United dan menjadi kapten pasukan Arsenal pada perlawanan itu, Arsenal menang 3-0.

Pada kerjaya awalnya di Arsenal, dua daripada kemunculannya agak terkenal dan salah satu daripadanya ketika menang 5-1 ke atas pesaing Tottenham Hotspur pada perlawanan separuh akhir Piala Liga 2007-08 dan perlawanan pertama Liga Juara-Juara 2009-10 menentang FC Porto. Beliau telah menerima kritikan apabila menjaringkan gol sendiri apabila pasukan lawan menjaringkan gol pertama. Gol kedua apabila Porto menjaringkan gol dengan mudah. Pada Januari 2010, Arsène Wenger menyatakan bahawa Łukasz Fabiański akan menjadi salah satu penjaga gol terbaik di Liga Perdana.

Fabiański bermain empat perlawanan terakhir untuk Arsenal pada musim 2009-10 denga menyarung jersi nombor 1 apabila Manuel Almunia mengalami kecederaan. Beliau telah dikritik kerana dibolos ketika menentang Wigan Athletic dan Blackburn Rovers, tetapi mengekalkan rekod tanpa bolos menentang Manchester City dan Fulham.

Musim 2010–11 sunting

Fabiański memulakan aksi 2010-11 sebagai pilihan penjaga gol kedua. Pada 21 September 2010, beliau memulakan aksi pertama musim ini dengan menang 4-1 selepas masa tambahan ke atas Tottenham Hotspur pada saingan Piala Liga. Beliau menggantikan Almunia pada perlawanan Liga Juara-Juara ketika menang 3-1 ke atas FK Partizan. Beliau berjaya menyalamatkan tendangna penalti oleh Cléo pada separuh masa kedua. Beliau juga mengekalkan rekod tanpa bolos ketika menentang Manchester City dan beliau banyak membuat penyelamatan bola dan pasukannya menang 3–0. Beliau menjadi pemain terbaik perlawanan itu.

Pada 7 November 2010, Fabiański telah dikritik habis-habisan apabila Arsenal tewas satu gol kepada Newcastle United. Penyokong dan penyokong lawan menggelarkan beliau sebagai 'Flappy Handski' kerana beliau tidak memegang bola. Walau bagaimanapun, beliau mengekalkan rekod tanpa bolos pada perlawanan seterusnya menentang Wolverhampton Wanderers dan membuat penyelamatan pada minit akhir perlawanan dan membuat "counter-attack" yang menghasilkan satu gol. Beliau menjadi pemain terbaik perlawanan di Sky Sports pada perlawanan seterusnya menentang Everton.

Fabiański mengalami kecederaaan ketika menentang Manchester United dan kembali semula apabila menentang Chelsea dan membuat banyak penyelamatan yang membantu Arsenal untuk menang 3-1. Pada 5 Januari 2011, beliau mengalami kecederaan bahu dan terpaksa direhat sepanjang musim dan Wojciech Szczęsny menjadi penjaga gol utama.

Musim 2011–12 sunting

Fabiański membuat kemunculan pertama untuk Arsenal ketika menentang Shrewsbury pada saingan Piala Liga. Pada 6 Disember 2011, beliau telah dipilih ke skuad Arsenal ke Liga Juara-Juara peringkat kumpulan menentang Olympiakos tetapi digantikan selepas 25 minit akibat kecederaan lutut.

Musim 2012–13 sunting

Kecederaan yang melanda Fabianski pada musim 2012-13 membuatkan beliau hanya bermain lima perlawanan Liga Perdana. Beliau kembali semula pada perlawanan kedua Arsenal di Liga Juara-Juara dan menang 2-0 menentang Bayern Munich. Beliau juga mengekalkan rekod tanpa bolos apabila menang 2-0 ke atas Swansea City pada 16 Mac 2013. Beliau kemudian bermain tiga lagi perlawanan liga dan kemudian mengalami kecederaan semula.

Musim 2013–14 sunting

Ketika musim 2013-14, Fabianski digunakan di perlawanan Piala FA dan Piala Liga manakala Szczęsny menjadi pilihan pertama penjaga gol untuk perlawanan liga dan Liga Juara-Juara.

Pada 19 Februari 2014, Fabiański menggantikan Szczęsny dibuang padang selepas melakukan faul ke atas Arjen Robben ketika menentang Bayern Munich. Fabianski kemudian menyelamatkan tendangan penalti pada lewat perlawanan oleh Thomas Müller.

Pada 12 April, beliau menyelamatkan dua tendangan penalti oleh Gary Caldwell dan Jack Collison pada penentuan penalti separuh akhir Piala FA menentang Wigan Athletic. Beliau bermain pada perlawanan liga terakhirnya pada musim itu pada 11 Mei apabila menang 2-0 ke atas Norwich City. Enam hari kemudian, Fabiański bermain pada perlawanan akhir Piala FA dan mengalahkan Hull City 3–2 selepas masa tambahan di Stadium Wembley.

Swansea City sunting

Pada 29 Mei 2014, Fabianski diumumkan menyertai kelab Swansea City secara percuma ketika kontraknya bersama Arsenal tamat pada 1 Julai. Beliau membuat debut untuk Swansea pada 16 Ogos ketika menang 2-1 ke atas Manchester United di Old Trafford pada perlawanan pertama musim.

Fabiański dibuang padang ketika Swansea tewas 3-1 kepada West Ham pada 7 Disember 2014 sebab melakukan faul ke atas Diafra Sakho.[2]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Fabianski mewakili Poland pada 2011.

Fabiański membuat debut untuk pasuakn kebangsaan Poland pada perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi pada 29 Mac 2006.

Beliau termasuk dalam skuad Poland di Piala Dunia FIFA 2006 dan berada di kedudukan penjaga gol ketiga di belakang Artur Boruc dan Tomasz Kuszczak. Ketika kempen kelayakan Euro 2008, beliau hanya bermain satu perlawanan ketika seri 2-2 bertemu Serbia pada 21 November 2007.

Penghargaan sunting

Legia Warsaw
Arsenal

Individu sunting

  • Anugerah Oscar Bola Sepak Poland:
    • Penjaga Gol Terbaik Poland Ekstraklasa: 2006, 2007

Catatan sunting

  1. ^ "Player Profile: Łukasz Fabiański". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-06. Dicapai pada 31 January 2012.
  2. ^ Rose, Gary (7 December 2014). "West Ham 3-1 Swansea". BBC Sport. Dicapai pada 7 December 2014.

Pautan luar sunting