Ōkunoshima (大久野島) ialah sebuah pulau kecil yang terletak di Laut Pedalaman Seto, Jepun di bandar Takehara, Wilayah Hiroshima. Ia boleh disampai dengan menumpang feri dari Tadanoumi dan Ōmishima. Terdapat tapak perkhemahan, trek jalanan dan tempat bersejarah di pulau berkenaan. Ia sering kali dipanggil Usagi Shima (うさぎ島, "Pulau Arnab") kerana bilangan arnab feral yang banyak yang menduduki pulau itu; arnab-arnab tersebut agak jinak dan akan mendekati manusia.

Ōkunoshima
Nama asli:
大久野島
Ōkunoshima dilihat dari pulau Ōmishima, dari arah tenggara.
Geografi
Lokasi Laut Pedalaman Jepun
Pentadbiran

Ōkunoshima memainkan peranan yang penting ketika Perang Dunia Kedua sebagai sebuah kilang yang menghasilkan gas beracun yang digunakan untuk kebanyakan perang kimia yang berlaku di China.[1]

Sejarah sunting

 
Arnab di pulau berkenaan.

Pulau tersebut merupakan sebuah kawasan tanaman sehingga Perang Jepun-Rusia apabial sepuluh kubu dibina untuk melindunginya. Tiga keluarga pemancing tinggal di pulau itu.[2]

Pada tahun 1925, Institusi Sains dan Teknologi Tentera Darat Imperial Jepun memulakan program rahsia untuk mencipta senjata kimia, berdasarkan kajian yang luas yang menunjukkan bahawa senjata kimia dicipta di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah.[2] Jepun merupakan salah satu penandatangan dalam Protokol Geneva pada tahun 1925 yang melarang penggunaan perang kimia. Walaupun penciptaan dan penyimpanan senjata kimia tidak diharamkan, Jepun memastikan kerahsiaan penciptaan senjata kimia yang dijalankan pada tahun 1929 dengan ketat, sehingga membuang rekod pulau Ōkunoshima daripada beberapa peta.[3] Kilang tersebut dibina dari tahun 1927 sehingga tahun 1929, dan merumahkan sebuah fasiliti senjata kimia yang menghasilkan lebih daripada enam kilotan gas mustard dan gas pemedih mata.[2]

 
Robohan kilang menghasilkan gas (dan stesen kuasa digambarkan di sini yang membekalkan tenaga kepadanya), masih berdiri sehingga kini.

Pulau tersebut dipilih untuk kesunyiannya, kesangsian kepada keselamatan, dan kerana ia cukup jauh dari Tokyo dan kawasan lain sekiranya berlaku bencana. Di bawah kuasa angkatan tentera Jepun, pemproses pengawet ikan tempatan ditukarkan kepada sebuah reaktor gas toksik. Penduduk tempatan dan pekerja yang mungkin akan bekerja tidak diberitahu apa yang dihasilkan oleh kilang itu dan semuanya dilindungi sebagai rahsia; suasana pekerjaan agak kasar dan ramai menderita daripada penyakit berkaitan pendedahan toksik.

Dengan pengakhiran perang, dokumen berkaitan kilang dibakar dan Kuasa Pendudukan Pihak Berikat membuang gas tersebut dengan membuang, membakar atau menanamnya, dan orang ramai diberitahu untuk senyap berkaitan projek itu. Beberapa dekad kemudian, mangsa dari kilang itu diberikan bantuan kerajaan untuk rawatan. Pada tahun 1988, Muzium Gas Beracun Ōkunoshima dibuka.

Kini sunting

 
Pandangan pulau tersebut dari Kurotaki-yama.

Kebanyakan arnab yang tinggal di pulau itu merupakan keturunan arnab-arnab yang dibiarkan berkeliaran secara sengaja apabila pulau berkenaan dibina sebagai taman selepas Perang Dunia Kedua. Ketika masa peperangan, arnab juga digunakan di dalam kilang senjata kimia itu untuk menguji keberkesanan senjata kimia berkenaan. Arnab tersebut dibunuh apabila kilang itu dirobohkan dan tidak berkaitan dengan arnab yang berada di pulau itu pada zaman sekarang.[4] Pemburuan arnab di pulau berkenaan dilarang, dan anjing dan kucing tidak dibenarkan di pulau itu. Robohan kubu lama dan kilang gas itu boleh dijumpai di seluruh pulau; kemasukan dilarang kerana ia terlalu bahaya. Disebabkan oleh pulau tersebut sebahagian daripada sistem Taman Negara Laut Pedalaman Jepun, terdapat sebuah pusat sumber bahan dan muzium gas terletak di seberang laluan.

Pada tahun 2015, BBC mempersembahkan sebuah siri televisyen pendek dinamakan Pets - Wild at Heart, yang mencirikan tingkah laku haiwan peliharaan, termasuk arnab di pulau berkenaan. Siri tersebut menunjukkan banyak pelancong yang datang untuk memberi makan kepada arnab.[5].

Muzium Gas Beracun sunting

 
Muzium Gas Beracun yang dibuka pada tahun 1988 untuk mengajar orang ramai tentang peranan pulau tersebut dalam Perang Dunia Kedua.

Dibuka pada tahun 1988, muzium itu "dibina untuk memberi amaran tentang kebenaran mengerikan tentang gas beracun kepada seramai orang yang mampu."[6]

Hanya sebesar dua bilik, bangunan kecil itu membekalkan sebuah gambaran kesuluruhan biasa tentang pembinaan kilang itu, suasana pekerjaan dan kesan gas beracun kepada manusia. Keluarga pekerja yang menderita daripada kesan bekerja di kilang itu menderma beberapa artifak untuk membantu bagi menceritakan nasib pekerja apabila mengendali gas dengan alatan keselematan yang buruk yang sering rosak.

Bilik kedua menunjuk bagaimana gas beracun menjejaskan tubuh badan manusia melalui peparu, mata, kulit dan jantung. Gambar mangsa dari Iran dan Iraq menambah amaran muzium tersebut.

Sebagai mana yang telah diluahkan oleh bekas penjaga muzium, Murakami Hatsuichi, kepada The New York Times, "Harapan saya adalah orang ramai akan melihat muzium di Bandar Hiroshima dan muzium ini, agar mereka akan belajar bahawa kami (orang Jepun) merupakan kedua-dua mangsa dan peyerang dalam peperangan. Saya harap orang ramai akan menyedari kedua-dua aspek dan kepentingan kedamaian."[7]

Di muzium berkenaan, pelawat boleh mengambil panduan ke beberapa robohan kubu yang ditubuhkan ketika Perang China-Jepun Kedua dan kilang gas beracun. Kebanyakan bangunan telah rosot, namun masih boleh dikenali.

Muzium tersebut ditujukan terutamanya kepada rakyat Jepun, tetapi terjemahan bahasa Inggeris disediakan di ulasan kesuluruhan setiap bangunan.

Perjalanan sunting

Cara terbaik untuk pergi ke pulau dari kawasan utama adalah dengan menaiki kereta api Sanyō Shinkansen ke Stesen Mihara (hanya kereta api Kodama berhenti di sana); di Mihara, naik kereta api Kure Line tempatan ke stesen Tadanoumi, dari sana, berjalan ke terminal dan tumpang feri. Habu Shesen sekarang juga menjalankan feri laluan terus dari Pelabuhan Mihara ke Okunoshima pada hujung minggu.[8]

Juga lihat sunting

  • Tashirojima, Jepun, juga dikenali sebagai Pulau Kucing disebabkan oleh bilangan kucing yang tinggi
  • Aoshima, Ehime, sebuah "Pulau Kucing" yang lain di Jepun

Rujukan sunting

  1. ^ The Wages of Guilt: Memories of War in Germany and Japan, (New York: Meridan, 1994), 111.
  2. ^ a b c Yuki Tanaka. "Gas Beracun: Kisah Yang Jepun Hendak Lupa". Bulletin of the Atomic Scientists, October 1998. pp. 10-19.
  3. ^ "Permulaan Kilang Beracun" (Pameran Muzium Gas Beracun Ōkunoshima: Pulau Ōkunoshima, Wilayah Hiroshima), dilawat pada Disember 10, 2006.
  4. ^ "Temu bual dengan bekas pengarah muzium gas beracun, En. Murakami" (dalam bahasa Jepun)
  5. ^ "Pets - Wild at Heart" bbc.co.uk
  6. ^ "Muzium Gas Beracun Ōkunoshima" (ŌkunosPameran Muzium Gas Beracun Ōkunoshima: Pulau Ōkunoshima, Wilayah Hiroshima), dilawat Disember 10, 2006.
  7. ^ Nicholas D. Kristof, “Jurnal Okunoshima; Sebuah Muzium Untuk Mengingatkan Orang Jepun Tentang Kesalahan Mereka Sendiri,” The New York Times, Ogos 12, 1955, sec. 1, p. 2.
  8. ^ http://rabbitisland.com/access.htm

Pautan luar sunting