Buka menu utama

Phoenix Bangkit merupakan album solo keenam M. Nasir yang diterbitkan pada tahun 2001.[1]

Phoenix Bangkit
Album studio oleh M. Nasir
Dikeluarkan pada11 Jun 2001
GenreRock, Folk, World, & Country
SyarikatWarner Music
Kronologi M. Nasir
Srikandi Cintaku
(1999)
Phoenix Bangkit
(2001)
Sang Pencinta
(2006)

Album ini memuatkan semua sepuluh lagu karya M. Nasir yang mempunyai konsep muzik dan lirik yang ada hubungkait antara satu dengan lain. Sementara enam dari sepuluh lirik pula ditulis sendiri oleh M. Nasir. Selebihnya dihasilkan oleh Loloq, S. Amin Shahab dan Seth.

Lagu-lagu dalam Phoenix Bangkit memberikan ciptaan yang stailis terhadap melodi yang akrab dengan Melayu di Nusantara dengan elemen-elemen muzik Timur Tengah yang menghantar persoalan dan menuntut penghayatan. Lirik disampaikan dengan perlambangan dan menampilkan ikon-ikon sejarah dari tamadun Timur Tengah yang diketahui umum.[1]

Lagu dalam album ini ialah Raikan Cinta (M. Nasir / M. Nasir), , Asirah (M. Nasir/ S. Amin Shahab), Sahabat Gua (M. Nasir / M. Nasir), Phoenix Bangkit Dari Abu (M. Nasir / M. Nasir), Bila Rumi Menari (M. Nasir/ M. Nasir), Dah Lagu Tu (M. Nasir / M. Nasir), Melawan Arus (M. Nasir / M. Nasir), Langgam Pak Dogo ( M. Nasir Loloq), Oh... Anak (M. Nasir / Loloq) dan Hijab Kekasih (M. Nasir / Serth).[2]

Phoenix Bangkit dalam adalah karya unggul M. Nasir dan merupakan sebuah interpretasi kesinambungan budaya antara Nusantara dan Timur Tengah.[1]

Senarai laguSunting

No. TajukPenulis Masa
1. "Raikan Cinta"  M. Nasir 5:15
2. "Masirah"  M. Nasir/S. Amin Shahab 5:04
3. "Sahabat Gua"  M. Nasir 5:50
4. "Phoenix Bangkit Dari Abu"  M. Nasir 5:24
5. "Bila Rumi Menari"  M. Nasir 5:42
6. "Dah Lagu Tu!"  M. Nasir 4:24
7. "Melawan Arus"  M. Nasir 5:43
8. "Langgam Pak Dogo"  M. Nasir/Loloq 6:23
9. "Oh! ... Anak"  M. Nasir/Loloq 4:07
10. "Hijab Kekasih"  M. Nasir/Seth [2] 6:04

RujukanSunting

  1. ^ a b c Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN, "Phoenix Bangkit...karya unggul M. Nasir" Utusan Malaysia hiburan 28/06/2001. Diambil 09 Disember 2018
  2. ^ a b Oleh M Nasir, "Phoenix Bangkit" Apple Music Preview Phoenix Bangkit M Nasir Pop 2001. Diambil 09 Disember 2018

Pautan luarSunting