Saudagar Mimpi

(Dilencongkan dari (Album) Saudagar Mimpi)

Saudagar Mimpi merupakan album solo ketiga oleh M. Nasir, dikeluarkan pada 30 April 1992 oleh BMG Music Malaysia.[1][2] Album ini mempunyai pengaruh muzik Melayu Nusantara dan memperlihatkan M. Nasir mencipta dan menulis sendiri lagu-lagu dalam album ini. Ia menjadi kejayaan komersial.[3]

Saudagar Mimpi
Album studio oleh
Dilancarkan pada30 April 1992
Dirakamkan pada1990–1992
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
Genre
  • Rock
  • folk
  • world
  • country
Panjang56:47
BahasaMelayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatBMG
PenerbitM. Nasir, Aziz Bakar, A. Hamid Samion
Kronologi M. Nasir
S.O.L.O
(1989)
Saudagar Mimpi
(1992)
Canggung Mendonan
(1993)
Single daripada Saudagar Mimpi
  1. "Apokalips"
    Dikeluarkan: 1992
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

Saudagar Mimpi mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.[4][5] Album ini memuatkan semua lagu yang dicipta sendiri oleh M. Nasir dengan lirik ditulis oleh beliau sendiri bersama S. Amin Shahab, Loloq, Nasir Jani dan Bob.[3]

Terdapat sebuah lagu Inggeris dalam album ini bertajuk “Monsoon Dance” yang dicipta khas oleh M. Nasir ketika beliau menyertai program muzik di Australia.[6] Dalam temubual bersama URTV, M. Nasir berkata tujuan beliau memuatkan lagu Inggeris dalam Saudagar Mimpi bukanlah untuk menidakkan kelebihan bahasa Melayu dan membanggakan orang putih. Katanya: “Lagipun saya berharap dengan adanya sebuah lagu Inggeris dalam album ini akan menarik bangsa lain untuk turut mendengar lagu-lagu Melayu yang lain".[3]

Keluaran dan sambutan sunting

Saudagar Mimpi dikeluarkan pada 30 April 1992 hingga kejayaan komersial. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Apokalips" dan "Di Balik Cermin Mimpi".[7][8] Sehingga Julai 1992, album ini telah terjual sebanyak 50,000 unit.[9]

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisMasa
1."Apokalips"M. Nasir/Loloq6:55
2."Inang Pulau Kencana"M. Nasir5:50
3."Keroncong Nostradamus"M. Nasir/Loloq2:17
4."Di Balik Cermin Mimpi"M. Nasir/S. Amin Shahab3:41
5."Gong Impian"M. Nasir/Nasir Jani5:07
6."Hidayah"M. Nasir4:26
7."Bikin Filim"M. Nasir/Nasir Jani5:45
8."Insan Dan Manikam"M. Nasir/Loloq6:14
9."Gurindam Gunung Tahan"M. Nasir/Loloq5:39
10."Di Jalan Sesat"M. Nasir/Bob4:44
11."Monsoon Dance"M. Nasir5:32
Jumlah masa: 56:47


Pensijilan sunting

Negara Pensijilan Jualan/Pengedaran
Malaysia Platinum[7] 50,000[9]

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 30 April 1992 CD, kaset, muat turun digital,[10] media penstriman,[11] BMG Music Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ "M. Nasir mahu melangkah jauh". Berita Harian Singapura. 16 Ogos 1992. m/s. 10.
  2. ^ Mumtaj Begum (31 Disember 2019). "Even at 62, M. Nasir is far from done". The Star Online. Dicapai pada 26 April 2020.
  3. ^ a b c "M. Nasir tidak pernah nyanyi lagu orang lain". URTV. 15 April 1992. Dicapai pada 26 April 2017 – melalui Prahara Seni.
  4. ^ "M. Nasir di alam fantasi". Berita Harian Singapura. 21 Jun 1992. m/s. 8.
  5. ^ Nur Hajar Mohamed (21 Februari 1992). "M. Nasir magic once more". The Malay Mail. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  6. ^ "M. Nasir cipta sejarah hasilkan lagu Inggeris". Berita Minggu. 1 Mac 1992. m/s. 9.
  7. ^ a b Mohd Azhar Md Isa (15 Jun 1992). "Pelancaran dan anugerah platinum M. Nasir - Saudagar Mimpi". URTV. Dicapai pada 26 April 2018 – melalui Prahara Seni.
  8. ^ Zieman (20 Februari 1992). "Nasir comes out with his "dream merchant"". New Straits Times. Dicapai pada 7 Disember 2020.
  9. ^ a b Azwani Abdul Ghani (6 Julai 1992). "M Nasir terpaksa jual kaset sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  10. ^ "Saudagar Mimpi, album by M. Nasir". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  11. ^ "Saudagar Mimpi by M. Nasir". Spotify. Dicapai pada 10 Mei 2018.

Pautan luar sunting