.NET Framework

platform perisian yang dibangunkan oleh Microsoft

Microsoft .NET Framework ialah sebuah rangka kerja perisian yang boleh dipasang pada komputer yang mempunyai sistem pengendalian Microsoft Windows. Rangka kerja ini mengandungi sebuah pustaka kod yang besar dan mesin maya yang menjalankan atur-atur cara yang ditulis dalam rangka kerja ini. .NET Framework menyokong pelbagai bahasa pengaturcaraan dan membolehkan keupayaan saling kendali antara bahasa, yang mana setiap bahasa boleh mengguna pakai kod yang ditulis dalam bahasa lain; khususnya, pustaka .NET boleh dicapai daripada semua bahasa pengaturcaraan yang disokong oleh .NET.

Yang berikut ialah senarai bahasa yang disokong secara rasmi oleh .NET: