.my
.my merupakan kod negara domain peringkat tinggi Internet (ccTLD) untuk Malaysia. Ia merupakan skim alamat Internet yang diperuntukkan bagi Malaysia sama seperti .uk untuk United Kingdom dan .th untuk Thailand.
.my | |
Diperkenalkan | 1987 |
---|---|
Jenis TLD | domain peringkat tinggi |
Status | Aktif |
Pendaftaran | Malaysia Network Information Centre (MYNIC) |
Penaja | MIMOS Berhad |
Kegunaan | Entiti yang mempunyai hubungan dengan ![]() |
Kegunaan sebenar | Popular di Malaysia |
Sekatan pendaftaran | Kehadiran Malaysia diperlukan; pelbagai sekatan khusus untuk subdomain yang berbeza |
Struktur | Pendaftaran boleh dilakukan di peringkat ketiga di bawah beberapa label peringkat kedua |
Dokumen | Registration; FAQs; Perjanjian pendaftaran nama domain |
Dasar pertikaian | Dasar Penyelesaian Pertikaian |
Laman web | MYNIC |
Diperkenalkan | 2011 |
---|---|
Jenis TLD | domain peringkat tinggi |
Status | Jarang Aktif |
Pendaftaran | {{{registry}}} |
Penaja | {{{sponsor}}} |
Kegunaan | {{{intendeduse}}} |
Dokumen | {{{document}}} |
Dasar pertikaian | {{{disputepolicy}}} |
Laman web |
Pendaftaran merupakan tingkat ketiga di bawah nama peringkat kedua .com.my, .net.my, .org.my, .gov.my, .edu.my, .mil.my dan .name.my. Subdomain ".name.my" adalah khas untuk domain persendirian individu, manakala pendaftaran untuk subdomain lain hanya terbuka kepada syarikat dan pertubuhan.
.my dianggap sebagai sumber negara Malaysia dan peraturannya disediakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. MyNIC diberi tugas mentadbir ruang nama .my.