1000000000 (nombor)
1,000,000,000 ialah nombor asli selepas 999,999,999 dan sebelum 1,000,000,001.
Senarai nombor – Integer 100000000 1000000000 10000000000 | |
---|---|
Kardinal | Satu bilion |
Ordinal | Kesebilion |
Pemfaktoran | 29 · 59 |
Binari | 111011100110101100101000000000 |
Heksadesimal | 3B9ACA00 |
Dalam simbol saintifik, ia ditulis sebagai 1 × 109. Kuantiti fizikal juga dapat dinyatakan menggunakan awalan SI giga.
PengungkapanSunting
Terdapat seberapa istilah digunakan untuk angka besar ini:
- bilion (Jawi: بيليون, ejaan lama: بلون) - serapan Bahasa Inggeris: billion, perkataan ini dahulunya boleh merujuk kepada dua angka berlainan sama ada "satu juta juta" (1,000,000,000,000) dalam bahasa Inggeris British ataupun "satu ribu juta" seperti mana disebut di atas dalam bahasa Inggeris Amerika Syarikat.[1]
- milyar[2] (Jawi: ميليار) - serapan Bahasa Belanda: miljard meminjam Bahasa Perancis: miliard yang lebih khusus dipakai di Indonesia.
- zilion atau zilyun (Jawi: زلون) - didapati pada manuskrip tertentu seperti ‘Alam al-Hussab (1889) karya Ahmad Khatib al-Minangkabawi.[3]
- ribu juta
RujukanSunting
- ^ "How many is a billion?". OxfordDictionaries.com. Dicapai pada 13 November 2017.
- ^ "milyar". Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
- ^ Shaharir Mohamad Zain; Zahrin Affandi Mohd. (Januari 2018). "Reka Cipta Sistem Bilangan Perpuluhan Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Mendahului Sistem Bilangan Perpuluhan Dalam Bahasa Inggeris". Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. 11 (1): 4, 10–11.CS1 maint: date and year (link)