100 Hari Mengenal Cinta

100 Hari Mengenal Cinta ialah novel 2017 oleh penulis novel Malaysia, Syu Ariani, dikeluarkan pada 2017 oleh Penulisan 2U. Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk Dekatkan Jarak Kita oleh TV3 pada 2017.[1]

100 Hari Mengenal Cinta
Umum
PengarangSyu Ariani
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitPenulisan2U
Tarikh penerbitan
September 2017
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman579
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789672102212

Sinopsis sunting

Airina Hanissa menjadi tunangan Harris tanpa sebarang rasa cinta. Setelah Harris ketahuan hanya mempergunakan Airina untuk memburu cinta wanita lain, Airina nekad untuk putuskan pertunangan sekaligus membatalkan majlis perkahwinan mereka. Hazizul Amin, adik sebapa Harris, muncul memberi idea.

“Kita kahwin. Untuk 100 hari. Kalau lepas 100 hari kita masih tak boleh terima satu sama lain, aku janji aku lepaskan kau.” – Hazizul Amin

“Tapi kenapa 100 hari?” – Airina Hanissa

“Aku nak kenal cinta dengan kau dalam masa 100 hari tu.” – Hazizul Amin

Airina akhirnya bersetuju dengan idea Hazizul demi keluarganya. Bermulalah perjalanan mereka dalam mengenali apa itu cinta. Hari demi hari berlalu dan Airina mula mengenali siapa Hazizul Amin sebenarnya. Ternyata lelaki itu menyimpan kisah sedihnya sendiri. Hati Airina mula terbuka untuk Hazizul dan dia harus akui, dia sudah mengenali cinta. Tetapi bagaimana pula dengan Hazizul?

Dugaan melanda perkahwinan Airina dan Hazizul apabila Syida menggoda Hazizul. Perasaan cinta ditolak ke tepi, hanya prasangka buruk dan rasa dikhianati menguasai diri. Airina menuntut cerai meski 100 hari belum lagi berakhir.

“Ceraikan saya!” – Airina Hanissa

“Abang takkan lepaskan sayang. Orang yang dah tolong abang overcome trauma abang. Orang yang dah lama ada dalam hati abang sejak dulu lagi. Tak pernah ada perempuan lain selain sayang!” - Hazizul Amin

Daripada dulu lagi? Airina termangu sendiri. Apa maksud Hazizul? Sebuah lagi rahsia yang disimpan Hazizul diluahkannya. Percayakah Airina pada kata-kata Hazizul? Mampukah mereka pertahankan pernikahan mereka ataupun mereka akan berpisah selepas 100 hari yang dijanjikan itu tamat? Hanya Airina dan Hazizul sahaja yang boleh menentukan pilihan mereka.

Keluaran dan legasi sunting

100 Hari Mengenal Cinta dikeluarkan pada 2017 oleh Penulisan2U. Pada tahun yang sama, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Samarinda bermula 21 November di TV3, dibintangi oleh Ayda Jebat dan Syafiq Kyle.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ 100 Hari Mengenal Cinta by Syu Ariani Goodreads. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  2. ^ Drama Dekatkan Jarak Kita (TV3) My Infotaip (20 November 2017). Dicapai pada 11 Mac 2018.