Buku / Novel
{{{imej}}}
10 Juta Pulus
Siri
Pengarang Asal Masdalifadzlie M. Saaid
Penterjemah
ISBN ISBN 978-967-5136-54-2
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Negara Malaysia
Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 3/16/2010
Bilangan Muka Surat 216
Harga Malaysia Barat RM14.00/Malaysia Timur RM16.00(2010)

Novel 10 Juta Pulus ditulis oleh Masdalifadzlie M. Saaid dan diterbitkan pada 2010 pada harga Malaysia Barat RM14.00/Malaysia Timur RM16.00(2010). Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN13 978-967-5136-54-2. Idea asal penceritaan ini adalah ilham Ahmad Patria Abdullah.

10 Juta Pulus yang bergenre sains fiksyen dan komedi dirasmikan oleh Mamat Khalid di PWTC pada 28 March 2010.[1]

Godaan sunting

Blurp

Zombie lembab terhegeh-hegeh yang menakutkan. Puntianak kacak yang dapat memanjat pokok dengan pantas sambil membawa gadis cantik di belakangnya. Makhluk asing berkulit biru tinggi menggalah dan tidak cukup baju.

Semuanya tiada kena-mengena dengan cerita ini. Ini cuma cerita biasa.

Ada protagonis kurus, gemuk, sebuah robot suka menggodam dan puntianak yang suka Flussig Die Tomate.

Mereka tidak menyelamatkan dunia daripada serangan makhluk asing yang tidak 'begitu asing'.

Malah, mereka juga tidak cuba menyelamatkan gadis cantik daripada puntianak yang hauskan darah ataupun serigala jadian yang marah kulitnya dijadikan beg Prada.

Musuh mereka cuma kapitalis tamak. Ceritanya biasa-biasa sahaja, bukan?

Watak sunting

Watak Utama

Idriz - Pekerja di Konsortium Cekik Darah yang baru sahaja kehilangan kerja.

Zohok - Seorang penganggur, juga teman serumah Idriz. Sangat obses dengan dunia robot.

Pangeran Vincent - Makhluk vampira yang baru sahaja terjaga daripada tidur panjangnya. Berkelana mencari kekasihnya.

Oki-Doki - Sebuah robot ciptaan Zohok yang suka menggodam tanpa disuruh.

Watak Sampingan

Encik Gah Gah - Pemilik Putar Alam Berhad, juga ketua FAZZ, organisasi jenayah terbesar di kota Metro Utama.

Kirol - Pembantu Encik Gah Gah yang lurus bendul.

Katerina - Kekasih Pageran Vincent yang berdarah pari-pari.

Tuan Sepol - Pengarah Jabatan Muzium Negara.

Sarjan Loh Mak - Ketua pengawal di Muzium Nasional.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting