15 Puasa (telefilem)

15 Puasa merupakan sebuah telefilem Malaysia pada tahun 2004[1] dibawah arahan Mamat Khalid yang bertemakan suasana di bulan Ramadhan pada tahun 1971.

Telefilem ini tidak diketahui ramai sehinggalah sekuelnya yang diterbitkan pada tahun 2017, 13 tahun selepas 15 Puasa diterbitkan mendapat sambutan hangat.[2] Rata-rata pelakon yang membintangi telefilem ini kemudiannya membintangi filem-filem arahan Mamat Khalid seperti Zombi Kampung Pisang dan Man Laksa.

Disebabkan jarak waktu yang panjang antara 2 telefilem ini, ada watak yang telah pun kembali ke rahmatullah seperti Arwah Loloq, Yasmin Ahmad. Manakala Man Kadir aka Pak Jabit dan Rab Khalid (Yeh Sekupang) meninggal selepas 16 Puasa disiapkan.

Rosli cuba untuk curi curi makan di bulan puasa. Bersama Haslam mereka mencuba berbagai cara untuk curi makan yang akhirnya menyusahkan mereka.

Rocky yang menjadi runner pergi membeli roti canai tetapi dia mati digilis steamroll. Haslam pula ditangkap polis sebelum sempat menjamah nasi kandar. Rosli pula sorang diri cuba menjamah nasi lauk ayam di tepi sungai malangnya kunjungan secara tiba tiba YB ke situ membatalkan hajatnya.

Dia kemudian cuba memanggang ayam di dalam hutan tanpa diketahui sesiapa. Rancangannya itu berjaya, sebelum sempat dia makan ayam itu, kakinya terkena jerat dan tergantung kaki ke atas kepala ke bawah.

Pelakon

sunting

Kesinambungan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-26. Dicapai pada 2021-04-20.
  2. ^ https://www.remaja.my/takkk-sabarrr-netizen-tak-sabar-tonton-filem-18-puasa-di-kampung-pisang/