18 Puasa Di Kampong Pisang
18 Puasa Di Kampong Pisang ialah filem komedi keagamaan Malaysia 2021 yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Filem ini merupakan gabungan daripada dua karya Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.[1] Namun begitu, Bezanya 18PDKP kali ini disambung terus daripada siri tv Kampong Pisang Bersiri-siri yang mendapat sambutan hangat daripada penonton.
18 PUASA DI KAMPONG PISANG | |
---|---|
Pengarah | Mamat Khalid |
Berdasarkan |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Disunting oleh | Amen Khalid |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Durasi tayangan | 1 jam 35 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | 1 juta |
SinopsisSunting
Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.
MenarikSunting
Watak 'Tyson' lakonan Namron dan Jaafar Onn adalah watak yang sama dilakonkan oleh Khir Rahman dalam filem seram juga arahan Mamat Khalid, "Lebuhraya Ke Neraka". Judul 18 Puasa di Kampong Pisang diberi nama kerana filem ini lebih tertumpu kepada dimensi siri "Kampong Pisang Bersiri-siri" disambung menggabungkan elemen dari francais 15,16 dan 17 Puasa.
Seperti dalam trilogi Puasa sebelum ini Ngasrizal Ngasri melakonkan watak 'Nasri' tetapi dalam sekuel kali ini sebagai 'Barkoba'. Begitu juga dengan Aziz M.Osman yang memegang peran Ajis dalam trilogi Puasa tetapi dalam 18PDKP sebagai Pak Jabit.
PelakonSunting
- Bell Ngasri sebagai Barkoba
- Kazar Saisi sebagai Pak Din
- Mat London sebagai Pak Karim
- Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
- Siti Elizad sebagai Kiambang
- Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
- Joey Daud sebagai Daud M
- Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
- Ahmad Yasin sebagai Ahmad Yasin
- Afea Deana sebagai Yah Kuchei
- Namron sebagai Tyson
- Jaafar Onn sebagai Tyson
- Yeop Hitler sebagai Manap Sengau
- Man Raja Lawak sebagai Penjaga Neraka
- Ustaz Kazim Elias sebagai Ustaz Kazim Elias
- Abdul Rani Kulup Abdullah sebagai Rani Kulup
SambutanSunting
Dalam masa 3 hari selepas ditayangkan, jualan filem secara terus di Astro First ini berjaya mencecah 1 juta ringgit.[2] Kecemerlangan itu diteruskan lagi apabila setelah 18 hari ditayangkan, 18 Puasa telah mengutip 4 juta ringgit. [3]
RujukanSunting
- ^ https://www.kosmo.com.my/2021/04/18/barkoba-beg-hitam-tular-18-puasa-mamat-khalid-raih-rm1-juta/
- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/04/696253/watak-barkoba-tular-filem-18-puasa-di-kampong-pisang-raih-rm1-juta
- ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/raih-rm4-juta-dalam-18-hari-filem-18-puasa-di-kampong-pisang-terus-pikat-hati-penonton-296206