18 Puasa di Kampong Pisang

(Dilencongkan dari 18 Puasa Di Kampung Pisang)

18 Puasa Di Kampong Pisang ialah filem komedi keagamaan Malaysia 2021 arahan dan skrip Mamat Khalid. Filem ini merupakan gabungan daripada dua karya Mamat, iaitu Kampong Pisang dan 16 dan 17 Puasa.[1] Dibintangi oleh Bell Ngasri, Kazar Saisi, Aziz M. Osman, Namron, Jaafar Onn, Siti Elizad dan ramai lagi, ia mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Filem ini ditayangkan pada 15 April 2021 hingga kejayaan komersial dan merupakan filem terakhir arahan Mamat sebelum kematiannya pada Oktober 2021 akibat serangan jantung. Filem ini kemudian disambung terus menerusi siri TV, Kampong Pisang Bersiri-siri yang mendapat sambutan hangat daripada penonton.

18 Puasa di Kampong Pisang
PengarahMamat Khalid
Penulis
  • Mamat Khalid
  • Nelly Nasir
  • Nazeed Mahat
Dihasilkan oleh
  • Hasmah Hassan
  • Mamat Khalid
Dibintangi
Sinematografi
  • Roslan Jalaludin
  • Ismail Abu Bakar
Disunting olehAmen Khalid
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 15 April 2021 (2021-04-15)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM5 juta

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

Menarik sunting

Watak 'Tyson' lakonan Namron dan Jaafar Onn adalah watak yang sama dilakonkan oleh Khir Rahman dalam filem seram juga arahan Allahyarham Mamat Khalid, "Lebuhraya Ke Neraka". Judul 18 Puasa di Kampong Pisang diberi nama kerana filem ini lebih tertumpu kepada dimensi siri "Kampong Pisang Bersiri-siri" disambung menggabungkan elemen dari francais 15,16 dan 17 Puasa.

Seperti dalam trilogi Puasa sebelum ini Ngasrizal Ngasri melakonkan watak 'Nasri' tetapi dalam sekuel kali ini sebagai 'Barkoba'. Begitu juga dengan Aziz M. Osman yang memegang peran Ajis dalam trilogi Puasa tetapi dalam 18PDKP sebagai Pak Jabit.

Pelakon sunting

Sambutan sunting

Dalam masa 3 hari selepas ditayangkan, jualan filem secara terus di Astro First ini berjaya mencecah 1 juta ringgit.[2] Kecemerlangan itu diteruskan lagi apabila setelah 18 hari ditayangkan, 18 Puasa telah mengutip 4 juta ringgit. [3]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting