18 September
tarikh
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2023 |
18 September merupakan hari ke-261 (hari ke-262 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 104 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. Selain daripada itu, tarikh ini juga merupakan tarikh lahir kepada Wanita paling sado di tanah air iaitu Nor Shahira Amira Binti Abdul Rani
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Chile.
Peristiwa Sunting
- 96 - Nerva telah dilantik oleh Senat untuk menjadi Maharaja Rom, yang pertama daripada Lima Maharaja Baik.
- 1502 - Christopher Columbus mendarat di Costa Rica dalam pelayarannya yang keempat dan yang terakhir.
- 1809 - Teater kedua Royal Opera House di London dibuka selepas teater asal musnah terbakar setahun sebelumnya.
- 1851 – Akhbar metropolitan terbesar di A.S., The New York Times diasaskan.
- 1895 - Daniel David Palmer (gambar) memberikan rawatan kiropraktik pertama kepada Harvey Lillard yang pekak.
- 1919 - Kerajaan Belanda memberikan hak kepada golongan wanita untuk mengundi.
- 1931 - Peristiwa Mukden: Satu bahagian Landasan Kereta Api Manchuria Selatan yang dibina Jepun dimusnahkan, kononnya oleh penentang dari China, memberikan dalih kepada Jepun untuk menawan Manchuria.
- 1943 - Perang Dunia Kedua:Republik Sosial Itali secara rasminya telah ditubuhkan oleh Benito Mussolini yang dipaksa oleh Adolf Hitler. Negara ini merupakan negara boneka kepada Jerman Nazi.
- 1947 - Akta Keselamatan Kebangsaan mula berkuatkuasa, mengasaskan Agensi Perisikan Pusat dan menaik taraf Tentera Udara Amerika Syarikat.
- 1961 - Kapal terbang yang membawa Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld terhempas dalam keadaan misteri berhampiran Ndola, Rhodesia Utara, membunuh 16 orang.
- 1976 - Upacara pengebumian Mao Zedong berlangsung di Beijing.
- 1998 - Pertubuhan bukan untung ICANN ditubuhkan bagi mengurus pemberian nama domain dan alamat IP Internet.
- 2011 - Hujan monsun menyebabkan banjir di wilayah Sindh, Pakistan, menyebabkan lebih 340 orang maut dan sejuta rumah rosak.
- 2011 - Gempa bumi bermagnitud 6.9 berhampiran sempadan India–Nepal menyebabkan sekurang-kurangnya 102 kematian.
Kelahiran Sunting
- 1895 - John Diefenbaker, Perdana Menteri Kanada Ke-13
- 1976 - Ronaldo, bekas pemain bola sepak A.C. Milan
- 1998 - Cut Syifa, pelakon wanita Indonesia