1992 di Malaysia merupakan ulang tahun ke-35 kemerdekaan negara.

1992
di
Malaysia

Dekad:
Lihat juga:
Malaysia berjaya merangkul kembali Piala Thomas pada 15 Mei 1992 selepas kali terakhir memenanginya pada 1967.

Perjawatan sunting

Peringkat persekutuan sunting

Peringkat kebangsaan sunting

Peristiwa sunting

  • 1 Januari – Selangor Pewter bertukar nama kepada Royal Selangor.
  • 1 Januari – Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia telah dikorporatkan sebagai Pos Malaysia Berhad.[1]
  • 22 Februari – Sudirman Haji Arshad, penyanyi dan Penghibur No. 1 Asia meninggal dunia pada usia 37 di rumah kakaknya di Bangsar, Kuala Lumpur. Jenazahnya telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal.[2][3][4][5][6]
  • 16 Mac – Bagunan lama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran.
  • 20 April – A. Rahim, pelakon veteran Malaysia meninggal dunia pada usia 61 tahun di dalam vannya di Hulu Klang, Selangor akibat serangan jantung. Jenazahnya disemadikan di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.
  • 15 Mei – Pasukan badminton lelaki Malaysia memenangi Piala Thomas kelima di Stadium Negara, Kuala Lumpur sejak 1967 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 3-2.[7]
  • 16 Mei - Gas Malaysia Berhad, syarikat gas asli Malaysia telah ditubuhkan.
  • Mei – Slogan baru "Malaysia Boleh" diperkenalkan.
  • 20 Jun – 13 mati dalam letupan tangki dan api 24 jam di Pelabuhan Klang, Selangor.
  • 28 Jun - Pesta Bunga di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
  • 25 Julai - 9 Ogos – Malaysia bertanding di Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, ​​Sepanyol. Badminton Malaysia, pemain beregu lelaki, Razif Sidek dan Jalani Sidek memenangi pingat pertama pernah Olimpik pada temasya ini.
  • 15 Ogos – Proton Saga Iswara telah dilancarkan.
  • Ogos – Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Ia adalah pertama kali dalam sejarah dimana bandar di Asia dipilih sebagai tuan rumah Sukan Komanwel.[8]
  • 23 Ogos – Perlumbaan lumba kuda yang terakhir di Selangor Turf Club, Kuala Lumpur diadakan sebelum berpindah ke lokasi baru di Sungai Besi.
  • 29 September – Krisis gangguan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia.
  • September – Majlis pecah tanah untuk Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil.
  • 15 Oktober - Satu kebakaran di Lapangan Terbang Subang, enam bulan selepas kebakaran besar memusnahkan Sayap Selatan Terminal Satu pada bulan April.
  • 30 November - Satu kejadian serangan yang melibatkan Sultan Iskandar Johor dan Douglas Gomez, seorang jurulatih hoki membawa kepada kegilaan media dan seterusnya pindaan kepada Perlembagaan Malaysia 1993.
  • 25 Disember - Konsert Ikhlas Tapi Jauh diadakan di Stadium Negara, Bukit Jalil, menampilkan persembahan daripada Sheila Majid, Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Zubir Ali, Amir Yussof dan Azman Warren.[9]

Hari Kebangsaan sunting

Tema utama sunting

Wawasan Asas Kemajuan

Kelahiran sunting

Tarikh tidak diketahui sunting

Kematian sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Pos Malaysia". www.pos.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2018-02-09.
  2. ^ "Sudirman meninggal dunia", Berita Harian, 23 Februari 1992.
  3. ^ "Legendary singer Sudirman Arshad dies", New Straits Times, 23 February 1992.
  4. ^ "Sudirman sudah tiada", Utusan Malaysia, 23 Februari 1992.
  5. ^ "Sudirman passes away", The Malay Mail, 23 February 1992.
  6. ^ "Penghibur no.1 Asia, Sudirman meninggal", Harian Metro, 23 Februari 1992.
  7. ^ Tony Francis, "The glory days returns", New Straits Times, 17 May 1992.
  8. ^ Roper, Alexander. "The Bidding Games: The Games Behind Malaysia's Commonwealth Games". Academia.edu. Dicapai pada 30 September 2013.
  9. ^ "Roslan Aziz Rancang Comeback Konsert Ikhlas 1992 Untuk 2011 via @AtiliaCLPT". BMalaysia. 8 September 2011. Dicapai pada 18 Ogos 2014.
Didahului oleh
1991 di Malaysia
Tahun di Malaysia
1992
Diikuti oleh:
1993 di Malaysia